Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, April 8, 2017

SOLO TRIP: PENANG: FORT CORNWALLIS

18/1/2017

(Note: Semua gambar tidak diedit, diambil dengan Lenovo A 7000 Plus, kecuali watermark diedit guna Photoscape dan gambar selfie edit dengan Photoshop untuk flipping)

*

Bila tapak kaki tu bertahi lalat, langkah mesti mahu panjang punya. Kebetulan pulak GB dapat projek kat Penang, memang la lagi panjang langkah GB hehehe. Sementara projek ni belum start construction, banyak la gap antara waktu selesai kerja dengan waktu pulang. Siapa yang kenal GB memang tahu GB spesis tak boleh duduk diam. Peluang sepelaung tak boleh dilepaskan. Takde kereta? Takpe. Uber ada. Grab pun ada. Hehehe.

Biasanya GB tak plan awal-awal pun mahu menjelajah ke mana kalau out station hari tu. Yang GB plan adalah, nak makan apa. Hahaha. Tapi tak selalunya yang kita plan nak makan tu kita akan dapat. So kali ini lepas habis meeting dan inspection, GB terfikir nak try mee sotong. Dari mee sotong tu membawa ke Fort Cornwallis, sebab frankly GB tak pernah masuk dalam tu. So, why not kan? 

Flight pagi macam biasa. Sampai nanti terus amik Uber, sampai client's office meeting terus start.



Walau nanti ada sikit refreshment, GB tetap makan jugak. Masa ni layu kalau tak dapat kopiiii~

Musim Chinese New Year ni. Meriah sungguh decoration!


Dan, bila segalanya selesai, GB pun terus contact Uber membawa kita ke Padang Kota Lama. Nak makan mee sotong!

Dekat aje. Tapi bila sampai, tengok eh, dekatnya dengan Fort Cornwallis...! GB suka struktur kota macam ni, sebab teringat Galle Fort kar Sri Lanka. Jalan-jalan pusing-pusing, GB decided untuk masuk. Mee sotong boleh tunggu.


Eh sukanya...!!!

Dari luar cantik. Dalam tak tahu macam mana.

Ada students Masters dari USM tengah buat kajian pasal infra bawah tanah area kota tu. Nak kesan infra lama, rasanya lah..

Entrance! So inviting!



Beli tiket dan masuk! Tiket RM10 untuk local.
Kena pakai ni


Disebabkan mengejar masa, takde lah GB mengikut plan yang dicadangkan. Lagipun jalan jalan sendiri aje takde guide. GB jalan je mana-mana yang berkenan.



I love this spot!


Gudang Menyimpan Peluru

Takde orang sangat time ni. Ada la beberapa mat salleh dan satu family local. Dan GB yang bergerak solo. Panas terik! Maka nya bila nampak gudang peluru lama ni, GB pun masuk tengok-tengok..


Ada dua ruang aje. Sejukkk dalam ni. Dinding dia tebalnya lebih sekaki! 500m rasanya! Seram? Tak.. sebab tak fikir pasal benda tu. Tapi takde la nak duduk lama-lama, sekejap aje.






Dan di luarnya ada trenching dalam macam ni.




Bagi GB kota ni terlalu umm... taktau nak cakap. GB suka explore. Tapi banyak tempat dirantai atau ditanam dengan shrubs untuk mengawal pergerakan. Alahai.. Jadi agak terbatas lah langkah GB.


Macam ni. Tak dapat la GB belek meriam lama tu,,,

Kene mencelah-celah tengan nak amik gambar tanpa halangan. 

Betul betul mengahadap ke laut



Rumah api

Best kalau dapat jalan kat situ. Tapi tak boleh access.


Cantiknya batu dia... tapi batu kat kota ini tak pernah saksikan sebarang peperangan sebab tujuan asal kota ni dibina adalah untuk jadi pusat pentadbiran aje...

Meriam Seri Rambai




GB perasan simbol yang sama kat meriam di Bukit Malawati. Freemason kah?




Francis Light Statue


Dan sekarang kita menjelajah ke sebelah satu lagi pulak. GB suka la dinding batu tinggi macam ni. Rasa sangat nostalgik!


Sebelah sini ada bangunan perlindungan. Dan ada sebuah gereja kecil.


 Chapel

Kecil dan kemas. GB masuk meninjau-ninjau. Takde apa sangat kat dalam. Nak tanya guide pasal apakah masih berfungsi? Tapi diorang tak layan GB sebab sibuk melayan guest Mat Salleh mereka. Hehe takpe. Takdehal.









KOTA - When Francis Meets Rempah Restaurant

Satu perkara pada hari tu. Bateri phone GB sangat cepat drained out, sampai GB terpaksa tumpang charge kat toilet. Lepas tu keluar pusing-pusing amik gambar, low balik. Time ni GB takde power bank. Sebab ingat install apps Battery Doctor tu boleh la save battery sikit. Tapi nan hado.

So bila nampak restoren ni, GB pun masuk. Kang bateri kong cemana nak contact Uber? Hahaha!!
So niat asal memang semata-mata nak tumpang caj bateri aje. Tapi takkan nak tumpang free? Order la kopi secewen... Sambil caj sambil buat keje dan tumpang aircond.


Ni? Dancing Goat nama dia. HItam pekat melekat. GB minum tak taruk gula. Tapi agak tinggi asid.



View dari meja GB.

Dan si Francis sedang membaca. Selamanyalah dia kat situ.


Agak-agak boleh snap dalam 20 gambar lagi dan boleh contact Uber untuk pergi airport, GB pun keluar. Sebenarnya tak banyak mana pun charged, padahal lama juga GB duduk dalam tu. Last-last baru tahu cable tu yang dah rosak. Grrrr.

Ala-ala Ta Phrom kat Siem Reap pulak. Hehehe

Rumah apinya gini rupa dia..



Oh, cantiknya sebelah sini... pegi lah kejap...



Cantikkk...



Dan ini access lagi satu. 
Maka dari sini GB decide untuk keluar. Sebab jam dah pukul 4 lebih. Nak makan mee sotong lagi. Nak pegi airport lagi. Tapi selpie lah sikit sebelum keluar heheehe~







Ok dah. Selesai satu Kota. Suka sangat walau tak habis pusing pun. Panas sangat lah. Berpeluh satu badan. Bateri pun macam-macam.

Tapi, dipendekkan cerita, GB tak makan pun mee sotong tu, Sebab bateri drained out dengan galaknya sampai mati masa tengah tunggu Uber. Cis. Terpaksa tumpang caj kat public toilet kat situ dan contact another Uber. Hahaha!!!

~End of this trip~

16 comments:

  1. Nama ja org utara....
    Aku pun tak penah masuk tempat nih...
    Hehhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!!! aku bet orang Penang pun mesti ramai tak pernah masuk sini. hahaha!!!

      Delete
  2. Wow.. Bestnya... Says pun tgh becuti d Penang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teebaik!! Penang bab makan la.. memang syok!

      Delete
  3. GB. Dulu pun sy guna telifon yg Sama -Lenovo A7000plus tapi HP tu mampu bertahan 2 je, pastu rosak. keypad dia yang Rosak.huhu.. So terpaksa tukar hp.. Skrang sy pakai Vivo.. Alhamdulillah, gambarr pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. saya baru je pakai lenovo ni. considered as emergency phone lepas note 2 jatuh terhempas lantas koma. Vivo cantik jugak gambarnya eh?

      Delete
  4. Nnti nekcik pun nak backpack penang lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang best nekcik. Nak backpack dengan gb tak? Hehe

      Delete
  5. Itulah dekat tapi bukan main susah nak sampai hu..hu

    ReplyDelete
  6. atrget mee sotong kelaut nampaknye yer GB, tapi seronok dapat jalan2 lawat tempat bersejarah

    ReplyDelete
  7. kemas jugak dalam fort tu..akak ambik gambar kat luar je
    2x pi situ tak pernah tau acaner rupa dalam
    hoit pi tukar hp..eh..cable charger hp hahah
    akhirnya update la jugak

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum GB.

    First time masuk sini dan yes...interesting! Penang merupakan tempat saya membesar. Mee PATA sangat famous kat situ tapi terlalu merah sebab kuah...dulu saya sering masuk situ dan main perang-perang sebab ada fort dan meriam....haha..

    ReplyDelete
  9. Nostalgia nya lah tempat ni.
    Dulu pernah singgah masuk sekejap kat sini tahun 2008, datang Peneng join camping badan beruniform sekolah.
    Makan-makan kat gerai sekitar Fort Cornwallis :)

    ReplyDelete
  10. Akak stayed kat Penang ni almost 2.5 years..
    tapi tak pernah sampai ke area2 dalam gambar u ni.
    sebab duduk kat seberang, belajar kat pulau..
    dan satu lagi, jenis malas nak jenjalan masa bebudak dulu..

    ReplyDelete
  11. macam tak ramai orang je, boleh tenang-tenang berjalan

    ReplyDelete
  12. Comel... teman sendiri pun tak berkesempatan masuk dalam kubu tu... Last time pegi Penang, sempat jalan-jalan kat luar kubu tu jer...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D