Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, February 10, 2017

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Summary

Entry kali ini cuma nak summarize kan trip ke Sri Lanka ni. Best sebenarnya sampai tak boleh move on. Hahaha. Kebanyakan gambar-gambar dalam ni adalah dari kawan-kawan seperjalanan, jadi banyak la muka sendiri dalam entry ni. Hehehe. 

Currency Sri Lanka Rupees tak dapat kat sini. Jadi apa kita buat adalah kita beli USD kat sini dan beli Rupees kat sana. 

As a rule of thumb, 1000 Rupees = MYR30 (lebih kurang. Sekarang? Kurang...). Makan kat sana lebih kurang 300 Rupees per person per meal. Yes, mahal. Kalau nak dibandingkan dengan Indonesia lah. 
Jadi, apa je laa yang kita buat kat sana kan?

First day, petang baru bertolak. GB baru habis meeting. Minta keluar awal sebab takut tak sempat kejar flight. Betul-betul terkocoh-kocoh tapi alhamdulillah berjaya made it on time. Sampai airport Sri Lanka dah malam dah...


We arrived first, so bergambo dulu!

Dan masih ada yang tak boleh percaya ini je beg GB sepanjang 6 hari ini. Hehehe.

And another member photographed ourselves dalam flight, menunggu time nak depart.

Tiba, terus ke tempat menginap untuk tidur malam itu...
Hari kedua, pagi tu kite jalan-jalan kat Pantai Negombo...


Pastu kita naik gajah kat Kandy...


Sekejap je. Pastu patah balik. Gayat aaaa
Dan bergambar dengan rangka gajah...
 Pastu pegi Kadugannawa, minum teh ramai-ramai..



Singgah solat kat Masjid Jame' Kandy. Dan berjumpa anak-anak madrasah yang comel-comel ni...


Posing kat World's Heritage Site, Kandy..


Hari ketiga, di Nuwara Eliya yang sejuk gedi ni kita jalan-jalan morning strolling kata omputih dan mix with the locals...


Terhendap-hendap mengutip biji benih... hehehe

Dan dapat bunga yeeeyyy!!!
Turun dari Nuwara Eliya, kita singgah ke Gregory Park ni dulu... jalan-jalan photo-photo...

Sebab ini la kita tak suka bagi orang amik gambo. Alahaiiii posingggg



Bila kat Nanu Oya, rambang mata sebab semua tempat cantik sangat. Jalan atas landasan sampailah ke jambatan!




Siap bergambar gaya tourist like sangat dengan pegawai stesen ketapi~


Tapi GB lebih teruja sebab dapat buat aksi lari kejar ketapi gaya Deepika Padukone. Hehehe!


Dan experience naik keretapi yang best sangat...


Sambil kibar kibar shawl gaya citer Hindustan..



Dan jadi paparazzi


Dan cemas sedikit bila hampir nak terjatuh masa turun ketapi. Alahaiii


Dan kembara keretapi kita tamat di Ella, buat masa ini..


Hari keempat di Waterfall View Inn di Ella.. GB berayun dalam hammock. (Dah memang pesen suka hammock, cenggitu lerr..).. sementara nak checkout selepas sarapan ohsem dan selepas puas mengadap air terjun!




Naik tuk tuk turun bawah. Semalam drama swasta, pun naik tuk tuk kea atas ni..


On the way turun posing kejap di sini, nampak view Ella Gap~


Dan lepas itu menapak di celah-celah kebun teh mencari keretapi...~


Jalan atas landasan dan perasaannya sungguh ohsem!



Jumpa stranger senegara rupanya...









Dan akhirnya, ia muncul...!



Singgah sekejap kat kebun teh yang cantik ini..


Dan on the way ke Tissamaharama kite jumpa Ravana Fall ini..


Jumpa gerai buah, beli buah avocado murah-murah...!


Hari kelima, pagi-pagi lagi dah bangun pegi Safari.. naik jeep okeh!



Dalam kawasan Safari ni ada pantai.. pernah dibadai Tsunami dulu






Lepas checkout, terus kita ke Galle. Nampak nelayan stilt fishing ni..







Tiba di Galle, terus check in kat Peddlars' Inn.


Dan kendian gi jalan-jalan pusing kota. Ada rumah api. Rumah api pun GB suka tauu~






Punya la penat sampai tertidur kat lobi..


Dan hari ke enam, hari terakhir, kita sambung jalan-jalan pusing kota..

























Dan jalan keluar kota juga...





Dan akhirnya pulang ke ganggang..



Lanka - The Food

Tak best la jalan tempat orang kalau tak dapat rasa makanan tempatan. Kitta semua bertuah sebab dapat rasa beebrapa local food sewaktu kita kat sini..

Kiribath

Any better way to eat vadei selain dari atas keretapi ?

Oh, buriyani Indian Hut. Boleh bawak ke mimpi!

Lunch hari terakhir juga sangat sedap ya ampun...

Buah buahan fresh yang sedapnya lain macam!

Hopper. Very Sri Lanka!

Dan avocadonya yang oh so creamy dan yang penting murah..!

Lanka - The People & The Culture

I love the warmth and the smiles of people of Sri Lanka ni. Every bit of it buatkan diri terlupa rumah itu adalah jauhnya beribu batu.

Apatah lagi bila terjumpa my father's lookalike dekat masjid di Kandy, sentimental betul perasaan ini.


Dengan show orang makan api lagi..


Dan uncle guard yang ada pekerjaan paling best di dunia di tempat yang sungguh cantik!


Dan budak-budak kriket ni...

Sesiapa juga akan mengukir senyum kepada kita semua walau di mana pun..



Dan yang paling diingati...tuktuk roti ini lah. Sri Lanka sangat!



Tengok la ni klip GB amik kat youtube, tuktuk roti pasang lagu Für Elise. Masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Haha!


The End


3 comments:

  1. Bersih jugak tempat dia ni ye GB
    Teringat pen pal nekcik duluczaman sekolah..org Ambalangoda sri lanka..selalu kirim teh kat nekcik..nekcik balas dgn agar agar kering sbb sebulan baru sampai

    ReplyDelete
  2. cantik2 gambar GB.
    tengok gambar pun macam kita kat sana sama.

    ReplyDelete
  3. Salam.ziarah & follow sis..

    Jarang rasanya jumpa blog yg cite pengalaman pegi negara cam Sri Langka..biasanya negara2 cam Indonesia,. Thai dll..

    Dpt jgk info psl Sri Langka..dan dr gambar dpt tgk tmpt dorg bersih kalau compare dgn blog2 yg cite pengalaman ke sesetengah tmpt kat India..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D