Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, February 9, 2017

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 14 Day 6 (Final) - Galle Fort, Galle, & The Journey Back

Hari terakhir. Nyaman sungguh rasa terjaga pagi-pagi di kota ini. Rasa selamat dan aman. Terasa bagaikan terlindung. Terlindung disebabkan adanya 'rampart' yang mengelilingi kota ini. Kota tua berusia ratusan tahun tinggalan Portugis. Kota yang sudah saksikan macam-macam sejak berabad lamanya. 

Banyak yang menarik untuk dibaca tentang kota ini. Sumber terdekat dah tentu lah Wikipedia. Tapi kalau digali lagi rasanya lebih banyak dan lebih menarik! 

The Morning Dew

Cantik sungguh view dari dorm kita. Susah nak move on sebenarnya. Tapi tak boleh berlama-lama di balkoni. Kena cepat bangun, mandi dan bersiap. Sebab mentari sangat pantas meninggi.




The Morning Stroll

Masih terlalu awal untuk sarapan. Sisa-sisa cahaya terbit mentari masih ada lagi. Jadi, jom kita jalan-jalan dulu! 

Kota ini telah mulai hidup. Orang jogging, jalan-jalan amik angin, baru balik surau. 



I'm sooo gonna miss this view after this!






















Kite terserempak dengan local people ini, tidak putus-putus kata-kata nasihat supaya mengingati Allah. Alhamdulillah... semoga beliau diberi pahala berkekalan.. Amin...


Setiap sudut di kota ini perlu ditinjau. Sebab percayalah, banyak sangat yang cantik dan unik untuk dihargai. Betul-betul heaven untuk pencinta seni. Pencinta sejarah. Dan pencinta fotografi.

























The locals are also interesting!





Dan tuktuk jual roti ini. Comel sangat! Dari jauh boleh dengar lagu apa tah GB tak tau tajuk menandakan tuktuk roti sedang ada di kawasan!


And found this loving father with his newborn daughter...


And yes, construction site!!!



Milk bar! Must try next time!

The Souvenirs Shopping kat Kedai Runcit

One thing about us kan, kitorang memang tak pegi kedai souvenirs sebab tak minat kot. Tapi bila nampak kedai runcit ni bukak, senyum lebar semua orang. Bukan main menyoping lagi kat kedai runcit tu, beli barang bawak balik. Teh la, sabun la. I don't know, but I feel so excited sebab it reflects how the locals live kot!






The Breakfast 

Kota ini tak besar sangat, tapi the slow strolling make it so huge to cover. Tiba waktunya perut dah rasa lapar dan hari makin panas. Dah waktunya untuk sarapan. Jadi kita balik ke Peddlar's Inn untuk makan dan berkemas sikit sebab nanti mudah nak check out.




Tengah tunggu sarapan siap, nampak pekerja lori sampah lalu. Oh, macam kawasan lain kat Sri Lanka ni, Galle Fort juga sangat bersih! Lori sampah pun tak berbau! Pelik betul!





For the breakfast, Kak Ana potongkan mangga yang dibeli semalam. Boleh makan sama-sama! And ada avocado jugak!

Perfect breakfast!

I noticed this: Nanti bila nak beli jem baru, pulangkan botol kosong ni dan dapat jimat Rs10!



The Stroll, continued to outside The Fort

Lepas sarapan, kita sambung jalan dalam kota dan teruskan ke luar kota. Panas, berpeluh jugak. Tapi sekurangnya dapat lihat betapa kehidupan luar kota sangat berbeza. Lebih sesak. Dan ramai. Tapi masih bersih. Dalam kota ni kehidupannya macam lebih elit dan tersusun.

Rectification of drainage works juga ada dilakukan untuk memastikan sistem saliran dalam kota kekal baik. 




Tempat ini wujud di celah-celah kedai. Kena masuk periksa baru nampak.




Gereja yang masih dalam proses ubahsuai

Post office!

Dan muzium!


Perpustakaan pun ada!








Di kota ini lembu-lembu bebas macam haiwan comel..



And this majestic Ficus benjamina!



What Sri Lanka means kalau tak ada kriket??





And we were heading outside the fort..









Berkaki ayam. Tak apa sebab bersih.








Banyak berbeza berbanding dengan di dalam kota kan??


Air kelapa kuning tak sempat pula kita rasa...
Dah tengah hari. Kita perlu bergegas kembali sebab nak lunch dan checkout dan pergi airport terus. Memang la flight malam tapi jauh jugak nak ke airport dari Galle tu!


Pintu masuk kota sedang direnovasi. Sayang sungguh..
 Tapi sempat lagi jalan-jalan lagi sebelum terus ke Peddlar's Inn.




The Lunch

Lunch kita sangatlah sedap! Ikan bakar dan nasi. Since dah hari last dan duit baki group masih banyak, kita makan mewah sikit. Mahal sikit  lah dari hari biasa. Tapi memang puas hati. Makan sedap and had a good time. Sampai terbabas timing. Hehehe...!


Masa amik gambo ni tetibe dengar orang cakap Melayu. Orang Malaysia!!!

Nyum to our lunch!


And must try the famous Gelato!

Serius sedap!!!

The Journey Back

Waktu on the way back to Colombo ni GB sempat tengok lagi apa yang patut selagi bateri kamera masih ada dan memory card belum penuh. I mean, Sri Lanka ni sangat banyak benda unik dan menarik untuk dilihat dan di capture!




Lembu kawal traffic. Mana ada kat tempat lain!




And the creativity. Daun pisang inspired design untuk bus stop!










And yes, singgah sini sekejap. Tak beli pun. Tak tau pun nak buat apa. Singgah toilet je. Hehehe~


Beautiful sunset on our last day~

Dan akhirnya malam baru sampai airport. Dalam 3 jam jugak baru sampai.









And, it's a wrap.

Sungguh Sri Lanka adalah destinasi yang unexpectedly gorgeous and satisfying. Banyak... banyak sangat yang kita buat di sana dan semuanya menggembirakan. Tak tau dah nak tulis macam mana lagi, tapi itulah dia.

Sri Lanka.

:)

No comments:

Post a Comment

...kerana komenmu begitu berharga! :D