Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, January 31, 2017

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 13 Day 5 - Outrigger Boat Fishermen, Stilt Fishing, & Galle Fort

Outrigger Boat Fishermen

On the way to Galle, kita berhenti sekejap tepi jalan bila nampak benda menarik ni. Nelayan! Atas perahu!

For info, orang Sri Lanka panggil perahu itu 'prahu'.







Stilt Fishing

Perjalanan diteruskan. Keterujaa kali kedua pula bila nampak pancang-pancang kayu ni (stilts) di tengah laut. Memang tercari-cari benda ni sebab rasa tak lengkap lah ke Sri Lanka tapi tak tengok benda ini!! Berhenti juga untuk ambil gambar!

Port pertama. Di pantai berbatu. Tak sama sepesti yang selalu dilihat di Google. Tapi cantik jugak.



Port kedua. Tak jauh dari port pertama. Kelihatan lebih seperti apa yang dilihat di Google.









Galle Fort

Lebih kurang sejam lebih setelah itu, kita sampai di Galle Fort. Kota lama pernuh bersejarah. Terasa auranya di sini. Check in di Peddlar's Inn, dan kemudia keluar pusing-pusing kota. Ke rumah api yang masih berfungsi. Tembok tinggi berjaya menyelamatkan seluruh kota sewaktu Tsunami melanda beberapa tahun dahulu.

Cuaca agak mendung dan ada sedikit gerimis, dan kadangkala jadi hujan lebat menjelang Maghrib.

Majoriti penghuni di sini adalah Muslim, dan ada sedikit penganut selain Islam. Ada masjid yang besar berdekatan dengan rumah api. Tapi kemudahan solat untuk wanita tidak begitu selesa. Tempat solatnya terpisah dari bangunan utama dan kemudahan telekung juga tidak begitu sempurna.

Makanan halal amat mudah dijumpai di sini. Dari tembok tinggi sudah terbau enaknya briyani dari restoren berhampiran. Rata-rata memberitahu harga makanan di dalam kota adalah lebih mahal berbanding di luar. Tapi jauh pula nak berjalan ke luar, lagi pula hari sudah gelap. Mahal sedikit aje... tak apa. Esok dah hari terakhir, boleh mewah-mewah sikit bab makan. Huhuhu~













Bau Briyani di Indian Hut tu sangat menggoda! 
Budak budak main kriket



Yeah.. tudia... rumah api... :)

Benda baik tak boleh sebarangan posing. Tengah pusing-pusing amik feel supaya eskpressi nanti kelihatan natural

Sekali begini aje posingnya.. haha. Ampun.. saya memang kayu!

Ah. Amik gambo budak main bola sepak lagi bagus!




Lautan Hindi. Perasaan makin tawar. Sudah tidak tahu apa yang harus saya percaya lagi. #AlFatihahMH370


Masjid ini tempat kita solat nanti

Tempat wuduk wanita. Umm...

Selesai solat, hujan masih gerimis dan kadang-kadang lebat. Nampak rumah api sudah menyalakan lampunya. Perasaan GB waktu tu... tak terkata. Macam berada dalam novel Enid Blyton. :)

Kota Galle yang sunyi sesudah senja, tapi insyaAllah selamat.

Dan bila lapar kita semua makan ini. Di Indian Hut. Sedap semua makanannya!

Malam gelap, menanti mata mahu terlelap. Cahaya dari rumah api menerangi sampai ke sini. 


4 comments:

...kerana komenmu begitu berharga! :D