Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, October 29, 2016

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 7 Day 3 - Nanu Oya Railway Station

Laluan landasan keretapi tak nampak sangat pulak... 


*

Sebenarnya sebelum pegi lagi kita dah Google macam mana rupa railway station kat Sri Lanka ni secara general dan Nanu Oya specifically. So we already know what to expect and what to see. Excited? Jangan tanya laaa….! Tapi bila dapat co-driver macam lesung batu, eventually kitorang terpaksa skip beberapa tempat best kat Nuwara Eliya dan Nanu Oya. 

Dah la bangun lambat, lepas tu cakap berbelit sana berbelit sini.

Bila kita cakap nak sampai awal kat stesen, sibuk dia cakap takde apa kat situ sampai buat muka pelik, geleng-geleng dan mengumpat kitorang dalam bahasa Sinhalese dengan driver. Ingat kitorang tak tau dia mengumpat?  Sebelum tu pun dia dah buat onar jugak, jadi membawaklah sampai ke railway station tu. Tapi bila dia repeatedly cakap ‘there’s nothing to see there’, rasa ringan je tangan ni nak jentik dia keluar dari van. Lagipun bukan dia yang drive pun! Grrr.

But we don’t want to spoil our mood with this giant maggot. 

Kita beli  tiket keretapi ke Ella dengan harga SLR1,600 sorang. Booked for 3rd class seat. 

Sebenarnya kitorang tak kisah pun pasal kelas berapa nak naik, sebab kalau dapat bergayut kat pintu train sambil lalu atas jambatan pun best jugak. Tapi kena sedar diri; bukan kitorang aja ada impian macam itu ye…

Sementara nak tunggu train sampai, kitorang dah tamak dah. Sana sini view adalah sangat cantik. Pusing la 360 darjah sekalipun, tak ada yang tak cantik! Subhanallah beruntungnya rasa diri dapat experience macam ni. Kaki pulak dah gatal-gatal nak menjejak track railway bila nampak ramai orang selamba je berjalan kat atas tu. Perasaan tu kan… classical. Magical. Priceless! Sengih sampai ke telinga semua orang! Dan GB ada satu shot teringinnnn sangat nak buat! Dan sengih itu berpanjangan sampai lah saat naik keretapi nanti.... :D



Old school tak???


Lepas dari pagar ni dah tak boleh keluar balik dah!

*

Kat atas jejantas ni lah nampak segala yang cantik indah dan best untuk di capture!



Pandang kanan!!

Pandang kiri!!!

Pandang bumbung!



Tengah tamak dan tak sabar!





So, how much would you pay for such a view?
*

Sebaik turun... nampak pekerja maintenance tengah giat berkerja. Bila nampak macam ini terus automatik rasa selamat!




Dan mulalah kita berjalan di atas landasan menuju utara. Dalam excited GB hati-hati juga. Terus mata memandang sekeliling untuk cari tempat selamat di tepi landasan. Ada juga terdetik dalam hati, macam mana kalau tiba-tiba keretapi lalu? Tapi bila tengok ramai orang, kecik besar tua muda miskin kaya selamba aje jalan atas tu tanpa rasa takut, kitorang pun turut bersama.

Oh the feeling!!!

















GB suka sangat gambo ni!!!! Thank you and credit to Anash Coconutz for the gorgeously composed picture~!








Jalan sampai jumpa sungai. Kat sini ada sedikit cuak. Kalau keretapi lalu, memang takde tempat selamat dah. Tapi rasa risau cuak tu terus hilang bila tengok orang local lain selamba aje berjalan takde takut-takut pun! Sungai kat bawah landasan tu nampak sayup-sayup, rasa gayat pulak, tapi subhanallah cantik...!!!











Tiba-tiba rasa landasan bergegar. Cepat-cepat kitorang decided untuk patah balik ke stesen. Takut ketinggalan keretapi. Atau mana tahu ada keretapi nak lalu. Tapi tengok orang lain masih lagi relaks berjalan atas landasan. Betul ke keretapi ek?

Sebenarnya ada... tapi bukan train to Ella yet. So apa yang kitorang buat... tunggu dengan excitednya dan ambik gambar moments tu semua. Sambil GB terfikir mahu laksanakan rancangan peribadi dengan bantuan kawan-kawan. Hehehe..!

Maka untuk seketika stesen menjadi sibuk dan hingar. Sehinggalah...












Sehinggalah train mahu bergerak semula... kawan-kawan bantu GB dapatkan shot berlari mengejar train ni. Alaa... macam citer Hindustan tuu.. hehehe. Terima kasih kawan-kawan!!






Dan seterusnya kita pusing lagi the whole station sampailah train ke Ella sampai. Pusing station. Beli strawberries. Skodeng. Amik Gambo.. Dan gaduh lagi dengan co-driver. Memang nak kena la dia tuh! Dia masih tak puas hati sebab GB sound dia kat Gregory Park tadi (pasal ada laaaahhh), siap bukak citer pasal ayat Quran. Dia ingat kita tak tahu pasal kitab kita sendiri yang dia nak auta-auta??

Ok dah. Sambung amik gambo.


































Marah-marah pun, bila driver mintak bayaran, kita tetap bayar lah...

Driver kita dan co-driver lesung batu tu akan drive ke Ella Railway Station dan akan jemput kita kat sana nanti. So untuk 3 jam dalam train ni, rasa oh seronoknya... hanya kita berempat dan tak ada si lesung batu tu. Syoknya...!!

***

Untuk lebih informasi tentang stesen keretapi di Sri Lanka termasuk Nanu Oya, silalah rajin klik link ini