Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, July 4, 2016

ශ්‍රී ලංකා? Kenapa Sri Lanka? - Part 2 Day 2 - Kegalle, Millennium Elephant Sanctuary

Hari Kedua (Rabu, 25/5/2016)

Millennium Elephant Sanctuary, Kegalle

Mencari pengurup wang lagi
Agak mencabar juga mencari pengurup wang yang beroperasi awal pagi di Negombo. Kerana waktu beroperasi mereka adalah 11 pagi, manakala kami pula mahu pantas kerana perjalanan harini ini jauh. Akhirnya dapat juga ditukar USD yang berkeping-keping dalam dompet dengan Sri Lanka Rupee. Pada hari itu nilai tukaran adalah SLR 146 kepada USD 1. 

Dan perjalanan bermula. Memerhati dan memerhati. Ada kesan banjir besar yang melanda baru-baru ini di sesetengah tempat. Jelas kelihatan betapa tinggi dan deras air banjir dari kemusnahan tanaman di tebing sungai.

Dua orang driver kami. 

Jalan raya merentas landasan keretapi adalah pemandangan biasa di sini

Bandar Negombo. Mencari pengurup wang.

Terusan. Bersih dan tidak busuk. Malu pula mengenangkan kebanyakan terusan/ sungai yang ada di Malaysia. 

Millennium Elephant Sanctuary, 

Sebenarnya santuari gajah ini tidak termasuk dalam itinerary. Tapi akhirnya semua bersetuju mahu berhibur dengan gajah. Kenapa tidak kan? 


Gadis penjual tiket. Tikat masuk adalah SLR2000 seorang. Perhatikan sari yang dipakai gadis Sinhalese ini. 'Ropol-ropol' pada bahagian pinggang ini menjadikan sari ini berbeza dari apa yang dipakai oleh orang Tamil.

Masuk-masuk aje terus disambut oleh scene gajah comel ni dah habis mandi!

Comelnye engkau!!! pssttt... gambar smartphone kadang-kadang lebih cantik dari kamera~


Beri laluan kepada gajah lain nak melintas dulu

Baru dia bergerak

Naik jambatan. Kalau tengok kat tepi sungai tu nampak ada kesan washed-off akibat banjir baru-baru ini...

Close up

Ada seekor sedang mandi mandi

Main sembur-sembur air dengan belalainya
Antara aktiviti di sini adalah menunggang gajah. Boleh juga nak mandikan gajah (dah termasuk dalam tiket pun), tapi sebab taknak seluar basah (lagipun baju spare tak ada), maka kita biar je gajah tu mandi sorang-sorang. Tapi naik gajah ok sebab tak kena air. Ye ke ok??

Driver kitorang nak amikkan gambo. Layan aje. Muka sebelum naik gajah.

Bagi DrSinga and Iyra naik dulu. Jauh diorang pergi, merentas jambatan dan patah balik


Tapi bila tiba turn GB and Anash, GB tetibe gayat. Dan asyik rasa nak jatuh je bila gajah tu gerak-gerak.

Cuba untuk bertahan lagi. NAk betulkan duduk, tapi lagi rasa nak jatuh. Dah la tinggi!

Bertahan untuk 5 saat

10 saat

15 saat

20 saat

25 saat

30 saat. Ok cukup. Jom la patah balik sebelum kita lalu kat jambatan. Lagi tinggi tu ada sungai. GB taknak jatuh dalam sungai!


Rasa gembira pulak dapat patah balik. ehehehe

Anash sempat selfie. Nasib baik sempat. Dah la tak puas naik gajah dengan GB ni!




Dah selamat turun, gajah pun minta upah. Ada banyak buah sebagai upah. GB tak suapkanlah tapi...



Ok kita kene gerak. Perjalanan masih jauh. Tapi sebelum tu mehla amik gambo dulu sekeping dengan rangka gajah ni. Real skeleton. Yang ini takpe. GB ok.
Sebenarnya gajah tu tak salah. GB pun tak salah. Cuma rasanya kitorang takde chemistry. Takpelah. Dengan banana boat pun GB takde chemistry. Apatah lagi roller coaster. Tapi in the future mungkin GB boleh try semula menunggang gajah. Tapi kalau tak boleh juga, kenalah faham ini..., 'Not everything is meant for everyone'.

Boleh gitu?

~akan bersambung~