Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, December 18, 2016

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 12 Day 5 - Yala Safari, Tissamaharama

Yala National Park

Pagi-pagi sesudah Subuh kita semua dah keluar dan naik jeep untuk ke Safari. Jarak dari hotel ke Safari tu lebih kurang 20km jugak kalau tak silap. Jeep ni pun bukan main laju, tapi sebab jalan nya boleh la tahan ok maka laju-laju pun kitorang masih ok lagi. Terbuka tapi berbumbung lah, maka bila muka ditampar angin pagi macam tu, rasa mengantuk pun hilang.

Urusan tiket semua disetelkan oleh driver kita. Kita tunggu je dalam jeep, dan kemudian dibawa terus ke entrance Safari, dan sekali lagi urusan di entrance juga ditanggung beres.


Safari Entrance

Masa sampai sini queue dah panjang. Jadi bersabar sahajalah.




Teruja nak tembak sunrise kat Safari ni sebenarnya. Ingatkan boleh lah, tapi rupanya tak berapa nak boleh. Satu, sebab pagi ni mendung sikit dengan ujan gerimis, so sunrise pun tak berapa nampak. Kedua... sebab jeep ni laju dan kitorang melambung-lambung dalam tu! Laju sangat macam tengah racing!


Nampak tak laju??


Ada kelihatan ray of lights dalam mendung-mendung berawan tu. Dan cahayanya jatuh pulak kat atas tasik. Cantik ni kalau kena angle dan setting nya. Kitorang cakap kat driver... stop la kejap.. nak amik gambo sunrise. Dia stop, tapi sekejap gila. Lepas tu kembali memecut macam nak race. Sedih tengok sunrise tak jadi kat Safari ni dalam kamera. Tapi rupanya dia tengah kejar sesuatu... sesuatu yang lebih rare (untuk kitorang dan untuk kebanyakan orang sebenarnya) lagi!

Sunrise tak jadi

Kat sini... stop. Banyak jeep kat depan tengah stop juga. Dan kitorang disuruh diam. So semua orang diam. Mencari juga apa yang ada kat situ? Tapi tak nampak apa pun...









Rupanya ada leopard atas pokok! Puas teropong akhirnya nampak!! Rasa nak menjerit time tu. Rasa excited dalam takut pun ada sebab mana tahu tetiba leopard tu terkam kita? Tapi ni sebenarnya jauh ni..


Cantiknya kau!!!

Dah puas tengok yang ini, jeep kitorang mengundur dan berlalu ke tempat lain pulak. Stopped kat sini, driver kita tunjuk tuuuuu jauh kat seberang tasik tu... ada apa?? 


Gajah sefamily!! Subhanallah cantiknya!!! Besar dan wow!! Dekat! Diorang jalan betul-betul dekat dengan jeep yang kita naik. Dan paling best, jeep kita je yang ada time tu!!! Hahahaha!!!



Comel sangat!!!
Lepas tu jalan lagi. Sambung melambung-lambung dalam jeep. Dan join group of jeeps kat sini. Ada apa pulak? Oh, another leopard?? Apa lagi, meliuk lentuk badan keluar jeep sebab nak cari angle. Tak boleh keluar, bahaya, Jadinya hanya dari atas jeep ke kitorang boleh menembak. Tapi syukur sebab jeep kitorang selalu dapat the best spot untuk view the leopard. Hebat lah driver kitorang!

Dipendekkan cerita, kitorang nampak leopard 3 kali! Tahu tak ada orang pernah datang Safari ni berkali-kali tapi bayang leopard pun tak nampak??

Nampak tak muka ada sengih ni??





 







This is my favourite shot, taken with my Galaxy Note 2. To get this shot, boleh bayangkan cemana ganas GB keluarkan badan dan sebelah kaki kepit kat palang jeep supaya tak terjatuh keluar?



Gajah dan nampak. Leopard dah nampak. Marilah kita berehat sekejap. Nak breakfast. Port rehat ni tepi pantai. Pantai ini pernah dilanda Tsunami dulu, yang sama melanda Aceh. Banyak juga nyawa terkorban, tapi haiwan-haiwan Safari selamat sebab diorang ada sixth sense untuk selamatkan diri..


Oh ye, breakfast kita dah dipacked oleh hotel. Sebab kita kan keluar awal pagi tadi. Ada pisang, nenas, telur rebus dan sandwich. By the time nak makan ni GB dah lapar sangat dah.


Makan sampai licin! Ops!

Muka orang lapar gila. Pic by Iyra. Thank youuu~
Lepas tu baru boleh jalan ke pantai, tempat yang pernah dibadai Tsunami dulu..





Tebing pasir yang tinggi ni membuatkan GB tak dapat cecah cecah kaki kat air laut. Tinggi, lebih kurang 5 kaki dari gigi air. Dan ombaknya juga deras.




Tu tompok-tompok taik gajah.

Ada tugu peringatan Tsunami di sini.


Tugu dibina di atas tapak rumah yang musnah dibadai dulu...


 

Macam biasa, tepi pantai memang banyak Crown flower ni.
Dan penjelajahan diteruskan... view dalam Safari Park ni keseluruhannya lebih kurang macam kat gambar-gambar ni..


Hujung belah kanan tu Elephant Rock. Nampak macam Gajah tengah berjalan.






Stop sini kejap.. nampak gajah lagi~



Kalau kat sini haiwannya macam ini lah.. ada rusa, burung-burung, buaya, kerbau, babi hutan...

Tapi takde la scene buaya cari makan melibas-libas macam kat dalam National Geographic tu. Kalau ada memang GB nak stay lama sebab nak amik gambo sampai bateri abis!

Tapi takde.. sini aman je...


























Dan gajah lagi. Sungguh bertuah kitorang asyik terserempak dengan gajah. Kali ni jumpa betul-betul dekat entrance nak menghala keluar, masa nak balik. Sedap je dia makan kat situ.





Puas hati sangat. Driver kitorang cakap kitorang dah nampak semua major attractions kat Safari ni dalam tempoh setengah jam aje, maka boleh lah dipendekkan masa kitorang kat dalam tu. Sedangkan sepatutnya 4 jam duduk dalam tu, tapi, masuk jam ke 3 kitorang dah balik. Ada orang datang dari pagi sampai tengah hari, leopard pun tak nampak.

OK jugak. sebab pusing-pusing pun nanti nampak lagi gajah, leopard, rusa, burung, babi. Heheh. So balik awal lah boleh rehat dan main wifi lama sikit, sebelum check out untuk ke destinasi seterusnya. Hoyeh!!!





18 comments:

  1. salam ziarah..

    seronoknyer bercuti kt safari..dekat jer rasa dengan alam semulajadi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok Juls.. mendekati alam semulajadi katanya.. hehehe

      Delete
  2. hoih seronoknya
    tapi macam takut plak leopard tu nasib behave eh
    ke memang behave haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. fazleyatul aini,
      memang behave leopard2 tu. dah kenyang kot. hahaha

      Delete
  3. assalam gb,
    mcm tak percaya ini blog gb..banyaknya gambar ^__~. Cantik2 semua di sana ...tak sangka betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ati dah lama tak baca blog gb ek? tekejut tgk gambo banyak. hahaha!

      Delete
  4. Rasa macam bahaya naik jeep tak berjaring... kalau tetiba jaguar gendut tu melompat masuk... camna agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mie, kalau berjaring kiotang pulak tak bebas nak meliuk lentuk. tapi ada kes gajah datang bermesra kat jeep dan tunjal2 gading dia kat orang tau. tapi bukan la kat kitorang. hehehe

      Delete
  5. Kakak dah rasa macam kat National Geographic pulak
    Eh... masih tak habis lagi cerita Sri Lanka ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zakie,
      national geographic lebih hebat kak. haha. dah nak abis dah ni. tapi sebab banyak nak taruk gambo so mungkin lagi 2 entry baru habis kot.

      Delete
  6. mcm best jer cuti2 nyeeeeee hihi

    ReplyDelete
  7. seronoknye dpt tgk haiwan dkt gitu.. tp tak takut ke? ke sume tu dh jinak? hihi

    ReplyDelete
  8. Menarik... Kereta tu terbuka... idok ke harimau datang terjah... :)

    ReplyDelete
  9. 1. Bestnya nampak Leopard. Kira yang bertuah jelah yang nampak ni ye., haha
    2. Tu telur apa? Burung ke?
    3. Bestnya safari ni. Tak payah pergi sampai Afrika sana.
    4. Baiknya hotel siap tapaukan breakfast!

    ReplyDelete
  10. banyah kejadian kejadian lembut di sini..
    kahkahkahhhhhh

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D