Dan tunggu guide sampai. Lepas tu dia singgah kedai beli barang dapur dan aturkan kitorang naik tuk tuk pergi ke rumah dia. Makan malam tu dia kata nak belanja.. makan kat rumah dia sebab abangnya yang kerja Chef kat Dubai balik cuti. Kitorang ok je. Makan pun sedap. Mak ayah dia pun ok. Yang mangkuk lesung batu tu anak dia aje.
Eh tetibe... hihihih |
Pokok avocado lebat berbuah...amboiii...!!! |
Ye... masih mangkuk lagi...
Kitorang dah plan nak tidur kat Waterfall View Homestay malam tu. Dah book awal-awal lagi. Sebabnya? Adalah sebabnya...
Tetiba dia propose tidur kat tempat lain, lebih besar lebih luas lebih murah katanya. Ada view cantik katanya. Ada sungai belakang rumah dan meja kopi minum-minum kat laman. Sebenarnya dia bukan propose tapi lebih kepada memaksa. Kita 4 orang dah hangin. Sebab dah dipaksa-paksa sangat... okelah kitorang nak pegi tengok dulu, tapi tak janji nak tidur situ atau tak. Rupanya sepupu sepapat dia punya rumah. Rumah yang isolated, sekeliling gelap gelita, bilik extended dengan dinding penuh kesan tumbuhan menjalan macam rumah hantu! Kalau malam lapar nak minta makan kat siapa? Paling penting, kalau jadi apa-apa nak minta tolong kat siapa?
Gila nak tidur kat situ??
Takde cara lain, kitorang berkeras. Suara kita dah tinggi, muka dah jadi serius. Dia bagi alasan; jauh la, payah la, van tak boleh naik lah.. ada kitorang kisah? Memang la finally dia bawak kita sampai ke simpang nak ke homestay tu tapi drama tak berakhir di situ sahaja... dah macam filem Tamil bertekak kat simpang jalan dengan dia dan tuk tuk driver (tuk tuk je boleh naik sebab jalannya teruk.. tapi ada kitorang kisah??). Dan di penghujung drama, kitorang menang. Puas hati!
***
Perjalanan naik ke homestay adalah curam securam curamnya... tuk tuk sampai bau hangit nak panjat ke atas. Gelap gelita tak nampak apa sebab dah malam. Tapi bila sampai... ada bunyi alam yang sungguh mengujakan, dan homestay owner sambut dan hidangkan kopi panas siap ada biskut boleh cicah-cicah. Kitorang pun minum kopi sambil meraikan kemenangan mengalahkan kejahatan. Yeah!

Hahaha...puas hati bila dah menang kan? :)
ReplyDeleteWahh. Boleh tahan jugak ya geng GB ni bertekak. Haha.
ReplyDeleteLauk pauk macam sedap je nampak. hahaha.
ReplyDeleteNama dia bukan main barat. Ada sejarahnya ke? - Khai
'meraikan kemenangan mengalahkan kejahatan. '
ReplyDeletekahkahkahhh
macam deepavali lak!!
tuk tuk kita orang tak buat wheelie!
rugi!
ko sampai sekarang tak tulis lagi email komplen si mangkuk tu kan!!??