Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, November 19, 2016

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 10 Day 4 - Waterfall View Homestay, Ella


Waterfall View Homestay ini bukanlah diberi nama sedemikian tanpa sebab. Pagi itu sesudah subuh dan matahari mulai naik, tirai kegelapan tersingkap dan kelihatan di hadapan mata kita semua sebuah pemandangan yang indah, yang bak kata GB, 'worth punching people for'. We did last night, but not the punching though, just the fight with the driver yang cuba nak auta kitorang itu ini tentang homestay ni. 

Pagi di Waterfall View Homestay

Disebabkan homestay kita tidak mengadap arah Timur, maka tak dapatlah view sunrise. Tapi takpe. Sebab kita mengadap sesuatu yang sama mengujakan. Pagi-pagi lagi sudah keluar bilik membawa segala jenis kamera yang ada hehehe sebab tak mahu terlepas momen waterfall disimbahi cahaya matahari pagi. Rugi tau kalau terlepas!!



Kithal Ella Waterfall

Nama ni GB google sebenarnya. Kalau ikut Shandy the homestay owner, waterfall ni dipanggil Little Rawana Fall. Sebenarnya kalau ikutkan Rawana Fall yang sebenar letaknya agak jauh dari sini, jadi GB fikir mesti ada nama lain yang sebenar untuk waterfall ini. Jenuh jugak meng-google dan cari atas google map, baru la jumpa...

Kithal Ella Waterfall nama sebenarnya..

Ilmiah tak? Hahaha!!!

Ni bilik ada cermin besar juga... depan sana ada waterfall. Tak ke boleh tumbuk orang untuk view macam ni??

Dari balkoni nampak waterfall!!! 

Cantiknya Subhanallah...

Pe lagi... tamak lah lepas tu! Takleh move on. Mandi pun takmau. Sayang takut ketinggalan view. Padahal ada je waterfall tu kat situ walau lepas mandi pun... insyaAllah... hehehe

Ada gaya Mahsuri kat Sri Lanka tak? Heheheh!

Keluar jap nak tengok ada apa di laman...

Ada ini....
Dan ada ini...

Dan ada ini!!

Homestay ni ada rooftop garden. Bestnya!!! Tapi itu private space, so takdelah kitorang pergi naik atas... Gambar ini dicilok dari DrSinga. Hahaha!!!

Ok ke balkoni semula. Dah warm up sikit dan bersedia untuk mengadap waterfall lagi!!

Gambo balkoni dan bilik kitorang, juga dicilok dari Dr Singa!

 

Bunga yang GB dan Iyra dapat semalam GB gigih taruk dalam botol air dan bawak bersama ke homestay ni walau kene pegang kuat-kuat masa naik tuktuk semalam. Kembang dah dia... 


Matahari dah makin tinggi dan cahayanya menyimbah kat waterfall!! Cantiknya!!!!



Di sekeliling ada hutan Eucalyptus!!

Sempena anniversary Elly si member Kejabab, AnashCoconutz lukiskan doodle khas untuk diorang dari kitorang kat  Sri Lanka!

Hashtag mudahterhibur

Makin lama makin terang dan makin cantik..!


Tengah snap gambo tetibe dengar bunyi keretapi, sama macam bunyi keretapi yang kitorang naik semalam. Masa tu memasing pasang telinga, dari mana? Tetibe dia muncul!! Keretapi warna biru tu muncul betul-betul kat railway bridge sebelah waterfall tu!! Kelam kabut semua orang nak snap gambo! GB? Composition ke mana setting ke mana dah tak sempat nak fikir, yang penting snap!! Dan inilah hasilnya... ahahahaha!!!

Celah siapa laa GB menembak tuh?
Fikir-fikir balik, rasanya tak nampak pun waterfall ni semalam masa on the way ke Stesen Keretapi Ella. Tak lalu kot.. Atau tak nampak?




Untung kau jadi pokok pisang kat sini... hari-hari boleh tengok waterfall...
  
Amik gambo jantung pisang lah pulak...




Close up sikit...

Close up lagiii....

Dan hampir terang semuanya

Close up waterfall pulak. Air mengalir dah makin laju tu..

Zoom out balik.. itu je la kejenye.. zoom in.. zoom out. zoom in.. zoom out. hehehe



Tetibe nampak ada orang berjalan kat landasan keretapi dan turun kat air terjun tu. Wahhh... menarik ni!! Macam nak buat je... macamm...




Breakfast

Semalam Gb ada sebut kat Shandy nak try Sri Lanka traditional food for breakfast.. egg hopper. Rupa dia macam apam lenggang tapi ada telur mata kat tengah. Yang takde telur mata pun ada, namanya plain hopper. Semalam Shandy cakap nanti dia tengok dulu, sebab nak buat tu amik masa jugak nak sediakan tepungnya. So kitorang ok je, kalau ada rejeki, dapat lah makan..

Sekali pagi ni masa breakfast diorang sediakan egg hopper yang GB teringin sangat tu. Gembira? Huiii... mesti lah!!

Bukan setakat tu, ada jugak plain hopper dan string hopper (macam putu mayam) selain roti putih, dah kopi bersama susu segar. Ada juga buah dan curd dan honey. Huiii sedap betul makan kat sini!!

Ni lah curd. Macam plain yogurt. Tapi lebih kental dan rasanya masam. Makan dengan buah.

Dah berapa kali breakfast kat Sri Lanka ni, diorang memang tak kedekut susu. Murah agaknya susu kat sini?

Nindiaaaa flatlay!

Sorang satu dia sediakan! Siap boleh minta tambah kalau tak cukup. Hahaha!!!

Ni, breakfast GB! Seronoknya dapat makan apa yang diidamkan. Hehehe~



While having breakfast...

Masa tengah makan-makan... tetibe dengar lagi bunyi keretapi.. Terus masa tu bertempiaran semua orang berlari amik kamera dan berada di posisi masing-masing. Harap-harap keretapi tu lalu kat sini pleaseee!! 

Tunggu....

Tunggu lagi....

Eh, ter close up pulak!


Dan itu diaaa akhirnya muncul!!!!!

Kagum!

My favourite!

Panjang!

Dan... habis...
Dengan muka gembira masing-masing sambung habiskan breakfast. GB tambah lagi kopi dan setelah itu semua siap untuk checkout sebab tuk tuk akan sampai kejap lagi.

Sebenarnya semalam janji dengan tuk tuk kul 9 pagi naik turun bawah, tapi disebabkan payah nak move on kitorang pun pospone ke jam berikutnya.. hehehehe

Sebelum tuktuk sampai GB amik lagi gambo waterfall. Dah cerah betul dah waktu ni.


Bunga ni dah kembang menjelang waktu checkout. GB press dalam buku.

Selpie sket pic TQ to AnashCoconutz!

Ni dua dua cilok dari blog DrSinga. Apa yang menarik di sini dan sekitarnya. Air terjun tu tak jauh mana pun... boleh je sampai dengan berjalan kaki menelusuri railway dari stesen Ella ke Stesen Kital Ella. Air terjun tu ada di antara kedua-dua stesen tu. Tapi seba kita semua mengejar masa, maka takpelah. Kita tak buat.



IKLAN SEKEJAP

GB google macam mana rupa air terjun ni dari sebelah railway tu. (Nampak sangat tak boleh move on!). Dan ini yang GB dapat, dari TripAdvisor. Linknya kat sini.

Read here


Photo from TripAdvisor (Links here and here)
OK SEKIAN IKLAN

Ini gambar GB cilok dari DrSinga. Conquer hammock sementara tuktuk nak sampai...


Cak!


Checkout

Selpi sikit dengan tuktuk. TQ AnashCoconutz, GB pinjam gambo!


Dan mula lah berhentak-hentak dalam tuktuk yang laju gila dalam perjalanan turun ke bawah. Siyes, memang curam! Nasib baik kali ini dah takde bunga ros dalam botol air untuk dijaga dah, Hehehe~



Laluan sebelah je dengan railway!


Tuk tuk berhenti kejap kat sini. Untuk apa? Untuk view ini... apa ni?? Jap nak refer entry DrSinga jap. Den pun dah lupa. Hehehe...

..............................................

Aha! Ella Gap! Ni yang bawah ni Ella Rock...






Batu pun cantik.... haiiii...
Sebelum turun bawah mari kita bergambo dulu. Bukan dari kamera GB pastinya. Heheeh

Ok sampai dah bawah. Ni la dia simpang naik atas Homestay tu. Sini jugaklah kitorang bertekak semalam dengan mangkuk tuh. Ni nak mengadap dia lagi. Grrr... 

Kau jangan ikut boleh tak???


Pusing-pusing Pekan Ella naik kereta cari mangkuk tu. Sini je buang masa dah berapa lama. Nampak tak? Dia buat perangai lagi. Mangkuk!!!

9 comments:

  1. Jauhnya berjalan. Sampai sri lanka 😃 jauh berjalan luas pemikiran. Semoga berjumpa hikmah

    ReplyDelete
  2. cantiknya gambar2 GB
    aku baca blog ko ni sungguh supan ok, ntah nape, tak baca laju2 tapi slow and steady!

    ketatnya zoom kat air terjun, cantik bebeno kan

    ReplyDelete
  3. mangkuk itu memang memangkuk-kan kita kita kita kita kannn...
    huhu
    throwbek entry ..gile gigih ilmiah kali nih hehehe

    ReplyDelete
  4. putu mayam dan kueh serabai melaka je namanya dalam bahasa melayu.. kehkehkehh..

    habis berterabur egg hopper dengar keretapi lalu!
    kita pun mesti ada lalu sini kan masa datang tu..
    tapi tak perasan, sebab air terjun nya kat bawah

    ada kejadian-kejadian lembut tak masa kat sini nak ambik gambar keretapi tu ??!!
    kahkahkahhh

    ReplyDelete
  5. Letih kakak rasa walau tak ikut sama..

    ReplyDelete
  6. krik krik krik,....senyap2 pergi, tak ajak pun..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Nasib baik ada mangkuk tu, boleh gak turun bawah.....agak2 mangkuk tu hayun tak?😄

    ReplyDelete
  8. awak ni kan...
    gambar google earth mula2 tu je dah buat kita stress.
    seolah2 tengah buat kerja ofis ttg road lingkages utk menghubungkan green & blur corridor.. OMG

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D