Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, September 18, 2016

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 5 Day 3 - Nuwara Eliya

 Good Morning Nuwara Eliya

Terjaga dari tidur dalam kesejukan dan terus diri menyedari sedang berada di Nuwara Eliya; 1,868m dari paras laut,  kawasan tersejuk di Sri Lanka. Kaki terasa sengal kebas kerana cuaca yang begitu sejuk, mahu memijak lantai dan ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat Subuh juga seakan berjalan di atas ketulan ais. Sejuknya.... brrrr...!!!

Semalamnya sewaktu tiba tiada apa yang boleh dilihat, segalanya hitam gelap, tidak langsung boleh bayangkan bagaimana keadaan sekeliling dalam gelap zulmat begitu. Hanya kabus tebal sahaja yang kelihatan, itu pun kerana disinari cahaya lampu kereta kami. Dan apabila tiba di Hill Breeze Holiday Bungalow, tempat kami tidur malam itu, terus sahaja masuk ke dalam kerana di luar begitu sejuk berangin. Dan selesaikan makan malam; kami makan kottu yang dibeli, dan pemandu kami juga masakkan sejenis hidangan ikan untuk kami cuba. Tapi semua penat untuk terlalu menikmati apa yang ada; dan agak marah juga atas beberapa insiden; cuma kenyangkan perut sekadar mampu dan masuk terus ke bilik untuk rehat dan prepare apa yang patut untuk esoknya.

Dan pagi ini, barulah kelihatan bumi Nuwara Eliya yang rupanya sangat indah ini. Nyaman, dan ada kebun-kebun sayur di sekeliling tempat penginapan. Apabila keluar dari bilik, terasa udara penuh dengan aroma bawang besar lantas membuat kita semua tertanya-tanya, kebung bawangkah semua ini?

Sebenarnya bukan bawang, tapi leek. Patut lah aromanya sebegitu...

Terasa membuang masa diam sahaja di sini tanpa keluar melihat sekeliling. Dari kejauhan sudah kelihatan pagi di sini sudah mulai hidup. Nampak segala bunga, sayur, bukit-bukit, penduduk tempatan, dan segala yang indah di sini dalam kelam kabus yang kadang-kadang menebal juga dan laju berlalu menampar sejuk segar pada pipi. Subhanallah...

Kita semua segera keluar. Dan GB tinggalkan kamera di bilik, dengan hanya berbekalkan smartphone, cuba merakam keindahan di Nuwara Eliya ini.




Orang kalau dah rajin, kat tempat orang pun dia tetap rajin. Hehehe





Makhluk bergerak spotted!

Bagai menyerap aura bunga-bunga, nampak tak betapa berseri Dr Singa?

Terlalu banyak bunga. Geram kalau dibiarkan!








Orang lokal yang ramah tamah

Iyra bersedia untuk rock the day!




Tempat cantik dan bersih begini, longkangnya juga cantik berbunga!

Thanks Coconutz Ana tolong amikkan gambar!







Ini misi berjaya kami - tangkap lokal dan selfie beramai-ramai!


My selfie attempt. Not as good as Coconutz Anaa

Terlalu subur bunga di sini. Biji benihnya bercambah di tangkai!

Tuk tuk!


KEmbali ke Bungalow untuk sarapan


Lantern bunga teratai - mereka masih lagi dalam perayaan menyambut hari Buddha


Kiribath

Antara misi berjaya juga. Ini adalah kiribath, hidangan Sri Lanka. Nasi impit yang seakan nasi lemak tapi dimpit dan dipotong begini; sambal, pedas sangat!!!!; dan gula untuk kami supaya pedas sambal boleh dikurangkan.

Sebenarnya sedap juga. 2 ketul jugak GB makan. Oh, mungkin juga sebab Iyra bawak serunding, jadi makannya berselang dengan sambal dan serunding. Senang nak dibuat ni. Akan GB buat sendiri tak lama lagi.




Kopi. Dan susu segar. 

The journey continues dan kejutan manis

Kita harus bergerak untuk aktiviti seterusnya pada hari ini. Aktiviti major, highlight of the trip. Tapi sebelum itu ada kejutan manis buat Iyra. Dia dapat bunga dari pemandu kita. 



Sebenarnya GB pun dapat juga. :)

Dari pemilik bungalow. Bunganya GB pressed dalam buku dan sekarang sudah kering sempurna.








18 comments:

  1. Amboihh.. Dapat bunga ros lagi tu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki!!! orang bagi kite amik!! hahaha!!

      Delete
  2. tengok semua gambar ni dapat rasa macam tempat tu segar dan nyaman je
    ececeh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun!! sejuk segar dan berbau bawang! eh!!

      Delete
  3. Oh cik bunga....:)), best nya tengok gambaq ni semua....rasa macam mck juga ada di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tu le tujuan GB mCk.. biar la yang tengok ni rasa macam ikut bersama. hehehe

      Delete
  4. Gadis bunga dapat bunga ye..

    seronok kalau ada di tempat yg hijau2 ni kan..
    rasa segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang pantang tengok bunga ni kak yan hahaha. kaau orang tak bagi pun saya mintak. hahaha!!

      tapi yg ni orang bagi la.. ngeee

      Delete
  5. apesal akak tak perasan entry nih...
    cis cis..
    mendamaikan kan kan kan
    (teringat sejuk pastu tak mo mandi opss...)

    ReplyDelete
  6. mmg kwsn ladang tnam bunga2 ke mcm cameron higlnds tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kawasan ladang sayur. bunga tu tanam tempat lain kot. lupa pulak nak tanya...

      Delete
  7. seronoknya berjalan2 pusing dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tapi belum sampai 5/100 dunia pun lagi.. hehehe

      Delete
  8. Kiribath!!! Sedap!!!
    Kalau GB buat, jemput la saya ye.. hehehe

    Beautiful captures, as always :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you en syed..

      insyaAllah kiribath tu kalau Gb buat GB tayang ek! hahahaa

      Delete
  9. pesal la akak tak perasan entry nih ...hahahahah
    lagi lagi mana lagi entry
    throwback sungguhla

    hahaaa..
    ampun ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pegi lagi laaa. akak tak perasan ek? hahaha!!!

      Delete

...kerana komenmu begitu berharga! :D