Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, August 6, 2016

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 4 Day 2 - Kandy Dance & Kandy World's Heritage Site

Perjalanan ke Kandy menyaksikan kesesakan teruk, tak tahu kenapa, mungkin kerana hujan atau memang itu perkara biasa di situ. Walau hujan, masih kelihatan bersihnya.

GB yang duduk di seat penumpang di hadapan terasa seperti Kandy ini GB yang punya. Beratus-ratus gambar diambil - semuanya dan segala yang terlihat dan tersempat - dan kebetulan pula di tengah kehujanan itu pelangi indah muncul di ruang angkasa Kota Warisan Dunia Kandy.







Dan membuat pusingan besar mengelilingi Kandy Lake - terasa seperti deja vu, mungkin kerana adanya pokok-pokok besar hujan-hujan yang persis di Taman Tasik Taiping. Terasa belonged pula di sini. Hahaha!


Kesesakan lalulintas tadi membuatkan kita semua terlewat untuk Kandy Dance. Masuk pun dah di pertengahan. Tiketnya pantas dibeli dan dibayar dan terus sahaja kami semua masuk mencari tempat duduk yang kosong. Hampir penuh juga sebenarnya.

Kandy Dance

Agak menarik Kandy Dance ini, sebab berbeza dari budaya kita semestinya, dan paling penting di sini dapat dilihat keunikan seni Sinhalese yang selalu disalah anggap oleh ramai orang 'sebagai serupa dengan India'. Sebenarnya tak sama. Unik dan berbeza. Kami tunggu sampai habis persembahan dan di penguhujungnya suda ada beberapa ratus gambar lagi (puluh mungkin) yang GB sudah tangkap. Hehehe.












































Selepas persembahan kebudayaan, ada pula persembahan main-main dengan api. Penintin dibenarkan datang ke sekitar pentas untuk saksikan dengan lebih dekat. Berbahang rasanya. Berpeluh-peluh. Kamera GB pun terasa suam-suam hangat sebab memang api betul pun yang mereka mainkan tu!






Kandy Lake & Kandy City

Menariknya Kandy Lake adalah kerana pokok-pokoknya sangat besar - ada antaranya sebesar 2-3 pemeluk! Dan lebih mengujakan lagi adalah kerana adanya pokok avocado yang besar dan sedang berbuah! Penggemar avocado akan rasa teruja sebab tahu sahajalah kan betapa mahal dan kecil avocado di Malaysia! Kalau dapat tanam sepokok yang sebigini hasilnya di laman sendiri alangkah seronok!


GB lupaaaa nak ambil daunnya untuk di press dalam buku!!!







Antara hotel tertua di Sri Lanka!

Perayaan Wesak menyaksikan banyak bunga-bunga dan kelopak bunga- seperti ini - dijual di sana-sini!

Heritage building yang mengujakan!




Dan ahhh.... kopi!


Kami tidak menunggu terlalu lama di Kandy sebelum bergerak ke Nuwara Eliya. Cuaca semakin gelap dan sejuk. Dan sebelum tiba ke tempat penginapan di Nuwara Eliya, kita beli sesuatu untuk makan malam. Nanti makan di sana.

Kottu - macam roti canai yang dicincang lepas tu digoreng macam nasi goreng. Sedap nih!!!



12 comments:

  1. Mak fikir perempuan yang berpakaian kuning itu pakai baju ala2 kebaya yang diikat dengan kain pada pinggang (macam wanita di Bali selalu pakai), tapi tengok berkali2 rupa2nya itu perut dia! :)

    ReplyDelete
  2. 1. Bangunan buruk tapi kawasannya nampak bersih sangat
    2. Muka mereka tak macam India sangat - ada sikit macam org Melayu
    3. Lain kali kalau beli roti canai tak habis boleh buat macam itulah kalau sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak zakie,
      hampir semua tempat yang saya pergi kat sana memang bersih. agak kagum mungkin sebab sebelum ni kita anggap sri lanka sama macam india atau negara lain yang sedang membangun. muka mereka banyak yang macam serani, especially yang beragama kristian. kalau yang islam mukanya ara-arab dan ada juga macam melayu atau macam orang india.

      sampai sekarang saya lupa nak recycle roti canai buat kottu. hahaha!

      Delete
  3. Foto-foto jilat api tu terbaik!! Nice captures GB! :)
    Err... why foto-foto penari tu GB capture diagonal macam tu GB? Just wondering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tq en syed. bila saya tau ada aksi main-main api, ini antara shot yang saya nak amik. alhamdulillah berjaya.

      shot lain senget2 sebab sebelah tangan saya kepit henpon. kalau nak straightenkan nanti telepon jatuh. hehehehe

      Delete
  4. best jalan2 tempat orang ni dapat tengok budaya mereka kan
    kottu tu sekali tengok mmg nampak macam nasi goreng !

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pun lebih kurang!!! buleh buat tu kalau ada roti canai tak abis makan!

      Delete
  5. Berapa lama persembahan tu.. mcm terpukau je dgn tarian dia huhuu.. well keadaan kat situ mcm tmpt bersejarah sgt :D

    teringan nak makan roti canai goreng tu huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugak sebenarnya. tapi kitorang sampai lambat sikit. show memang best!

      Kandy ni memang world heritage site. so kalau spend masa lama sikit rasanya banyak lagi bangunan lain boleh tengok dan capture~

      roti canai goreng tu senang jaa nak buat. hehehe

      Delete
  6. Waahh awesome nya performance tu.. Best trip ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. one of the bst trips bagi GB. tapi sebenarnya semua trip pun best!!

      Delete

...kerana komenmu begitu berharga! :D