Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, August 2, 2016

Sri Lanka ශ්‍රී ලංකා - Part 3 Day 2 - Kadugannawa Tea Factory, Kadugannawa Jumma Masjid, and random pictures from Negombo to Kandy

Kadugannawa Tea Factory

Walau bukan jenis tempat pilihan bila travel, tapi rasanya bagus jugak kita singgah di Kadugannawa Tea Factory ni sekejap sebab dah memang on the way pun ke Kandy. Sebelum tu driver kita nak bawak pegi herbs garden tapi kitorang cakap taknak taknak!! Sebab bukannya apa... satu, memang takde dalam itinerary, and dua, kita memang tak berapa minat tempat-tempat macam tu.

Disebabkan teh adalah antara komoditi utama Sri Lanka, jadi why not kan? Tea Factory ini (gigih nak cerita walau dah lupa-lupa) cuma tempat pemprosesan dan tempat jualan, ladangnya takde di situ. Adalah searis pokok teh di trim jadik hedges sekadar contoh agaknya kepada pelawat. Tapi GB tak petik pulak daunnya untuk di press dalam buku. Haishhh~


Welcome to Central Provice. Menuju tanah tinggi dengan udara yang sejuk dan nyaman.

Lalu kat Kadugannawa Rock Tunnel ni untuk ke Tea Factory. Batu ini dah lama wujud, dan ditebuk, bukan diletupkan, agar boleh dilalui di bawahnya masa zaman pembuatan jalan oleh British dulu. 

Haaa ini gambar lama yang GB snap kat dinding Tea Factory tu.. Lama dah terowong batu ni.

Kene berjalan memenjat sikit untuk ke sini. Dalam nanti kang panjat-panjat juga. Panjat tangga, Maka di sinilah pentingnya kasut yang selesa supaya kaki tak sakit..


Sedikit tanaman pokok teh. Setakat banyak ni rasanya nak proses buat teh secawan pun payah...

Elevator untuk daun teh. Bukan orang punya..

Gadis cantik ini - Malki namanya- membawa kita pusing seluruh kilang dan dia ceritakan dengan detail tentang cara-cara proses daun teh. Bahasa Inggerisnya bagus!


Nampak tak bersungguh-sungguh Malki bercerita. Barulah tau rupanya segala jenis teh yang ada di pasaran ni asalnya dari spesis pokok teh yang sama - Camellia sinensis. Cara pemprosesannya yang menghasilkan serbuk teh berbeza jenis dan gred. Gittewww...

Ini macam 'ketuhar' untuk mengeringkan daun teh. Nanti akan diekstrak lagi sampailah ke bahagian yang tak sesuai direndam untuk diminum - stem nya - dan akan dikitar semula jadi baja dan sebagainya. Bagus juga. Banyak jugak ilmu dapat kat sini. Takde la sibuk je nak mintak teh halia tapi tak tau apa-apa pasal teh.

Dan selesai pusing-pusing kilang, kita dihidangkan teh percuma. Teh adalah pekat dan tidak bergula (GB memang suka minum takde gula ni). Tapi di sini, ada cara unik untuk minum teh. Caranya kemam dulu gula melaka seketul (macam dalam gambar) dan kemudiannya minum teh. Sedap jugak. Dan paling penting, rare!


Oh, driver kitorang nak amikkan gambar. Sila lah posing.

Lepas dah beli teh untuk souvenirs dan beramah mesra dengan gadis-gadis local ni, kitorang pun nak jugak bergambar di kaunter ni. Sebab sangat berwarna warni dan ceria!

Kadugannawa Jumma Masjid

Map dari Tea Factory ke Kadugannawa Jumma Masjid


Selesai di kilang teh, kita terus sahaja cari masjid untuk solat. Solat adalah perkara mudah di Sri Lanka sebab ramai orang Islam (bermazhab Shafie) dan masjid pun banyak. Di sini, di Kandy ini, dan di seluruh perjalanan umumnya, GB perasan sesuatu tentang orang Sri Lanka. Tapi biarlah GB tak cerita apa yang GB perasankan tu. Cuma, nak beritahu ni. Di Sri Lanka memang ada bangsa Melayu, minoriti, tetapi mereka ada di seluruh Sri Lanka, dan di sesetengah daerah, komuniti Melayu Sri Lanka ini memang ramai. 

Di masjid yang kita singgah untuk solat ni GB terpaku bila terjumpa seorang pakcik, yang sekali pandang memang sangat kuat gen Melayunya. Abdul Samad namanya. Dan pakcik ini juga terus sahaja bertanya adakah kami ini Melayu?

Walau tak fasih berbahasa Melayu, tapi rasa seronok juga jumpa bangsa serumpun di tempat yang jauh dari rumah. Dan lebih seronok, atau mungkin juga terharu, kerana pakcik Abdul Samad ni, wajahnya, matanya, malah senyumnya, sangat serupa dengan ayah GB!

Buat GB tertanya-tanya; ada kah gen Sri Lanka dalam darah GB?


Masjid ni sedang dalam renovasi untuk menambah ruangan dan madrasah untuk wanita lengkap dengan bilik air dan tempat wuduk, tapi GB rasa dah lama direnovasi tapi belum siap-siap, sebab GB tengok dalam Google Street View lebih kurang macam masa kami ke sana juga progressnya. Mungkin memerlukan sumbangan orang ramai agar dapat segera disiapkan. Sama juga macam kes di Malaysia, tempat ibadat, terutamanya masjid, perlukan sumbangan orang ramai supaya projek boleh siap.



Kami menumpang solat di bahagian madrasah untuk kanak-kanak. Selesai solat baru sedar, ramai sungguh yang memerhatikan kami. Haha! Dah setelah itu perjalanan diteruskan ke Kandy.

Sementara nak ke Kandy, GB share dulu apa yang kita makan waktu tengah hari tadi dan Sri Lanka yang bagaimana yang GB capture dan sempat letak di sini.

All veggies lunch.  Buffet style. Yang paling kiri itu cendawan, macam goreng berempah. Terlalu sedap sampai rasa nak habiskan semua! Harga makan di sini lebih kurang RM10  sekali makan. Ye. Mahal...



Ramai juga selesa berkaki ayam. Tapi tidak hairanlah, negaranya bersih!








Buah avocado sungguh banyak dan murah!!!

Dari Sinhalese adalah berbeza sari India





13 comments:

  1. bestnye dapat pergi sri lanka. nanti nak pergi jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dorsett pink,

      alhamdulillah. sri lanka ni syok juga. kalau nak pegi gb will say go!

      Delete
  2. tu diaaa..dah start citer srilanka
    (grab popcorn mkn sensorang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini sikit popkon! gigih ni nak menaip mengedit gambo bagai!!

      Delete
    2. hahahahaa.. asyik memvaca terlupa popcorn huhuu.. :P

      Delete
  3. Saya kalau ke blog GB ni, mesti cari street shots :).
    <3 <3 <3 them all!!
    Paling suka shot pakcik yang luka jari duduk di belakang lori tu! Awesome!
    Dan yg lelaki tgh turun dari tuk tuk tu. Nice moment captured.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sebab tu saya suka dok depan. sebab mata saya tamak. semua saya nak capture. hahaha!

      Delete
  4. cekut pop corn dak ana....

    ko kalau tak abis update sebelum next trip... tinggal kat epot!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa ugutt!!!! nangisss *sambil sumbat popkon!

      Delete
  5. Replies
    1. hi cik azz, jauhnya 3 jam setengah terbang dari KL. hehehe!

      Delete
  6. ok dah nampak muka geng2 yg ke sri langka tu huhuu.. :D

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D