Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, June 25, 2016

ශ්‍රී ලංකා? Kenapa Sri Lanka? - Part 1 Day 2 - Villa Eco Green & Negombo Beach, Negombo


Hari Kedua (Rabu, 25/5/2016)

Negombo

Angin Kencang di Villa Eco Green, Negombo
Hari kedua bermula dengan angin kencang sampai terangkat-angkat zink kat kawasan bersebelahan. Usai solat Subuh, kitorang duduk sekejap kat balkoni. Ada sayup-sayup loceng gereja dari arah Barat. Gelap lagi waktu tu. Bulan terang benderang tapi dalam sekejapan sahaja sudah ditabiri awan tebal. Terbit mentari juga tak begitu kelihatan. GB fikir masih ada tempias-tempias hujan lebat yang sudah melanda Sri Lanka tak lama sebelum tu. Dengan cuaca macam tu, harapan masih samar-samar. Adakah segala rancangan akan berjalan dengan jayanya atau sebaliknya?




Optimis

Berbekalkan wifi percuma, di dalam map nampaknya ada pantai tidak jauh dari homestay ini. Patutlah lain macam kencang anginnya. Angin laut rupanya. Kalau begitu bukanlah atas faktor cuaca semata-mata maka anginnya kencang sebegini. Nampak ada cahaya di hujung harapan kami. Dan di luar pula semakin lewat hari semakin cerah dan awan tebal pun mula perlahan-lahan menjauh. Matahari memancar dan terasa masa terbazir kalau tidak digunakan untuk menjelajah di luar, sekurang-kurangnya sebelum kami bergerak jauh hari ini.









Nelayan dan Lautan, Negombo Beach

Setelah bersiap dan berkemas, sementara menanti sarapan disediakan, kami berjalan menuju pantai. Mereka kata tak jauh, kurang lebih 200 meter sahaja. Pagi yang cerah mula disibukkan dengan aktiviti warga lokal. Sekolah mula dipenuhi pelajar. Kedai-kedai sudah pun dibuka. Motosikal, basikal, van, kereta dan tuk tuk mula meluncur di atas jalan. Ada orang sudah mula berjualan ikan segar di tepi terusan. Dan selanjutnya, bau laut mula menerjah hidung. Bunyi hempasan ombak sudah kedengaran, dan pantai mula kelihatan. Teruja? Lebih dari itu. Udara diapungi dengan bau ikan. Kerana rupanya ada bot nelayan dan aktivitinya; banyak juga; di pantai tersebut. Maka boleh agak apa yang terpancar di wajah kami semua?







































Sarapan, Villa Eco Green, Negombo
Jauh juga sebenarnya kami berjalan kaki pagi itu. Pergi balik lebih kurang1.6 km. Cukup untuk menjelaskan kenapa kami habiskan semua yang dihidangkan semasa bersarapan. Siap minta tambah! Dan perlu GB nyatakan di sini, walaupun Sri Lanka terkenal dengan teh nya, tetapi pagi ini GB dan kawan-kawan tetap minta kopi. Dan kopinya adalah sedap!



Pengembaraan Bermula
Sebelum sarapan habis, pemandu yang kami nantikan pun tiba. Dua orang. Seorang memandu dan seorang lagi lebih kepada 'pemandu pelancong'. Katanya disebabkan perjalanan yang jauh maka sebaiknya mereka berdua. Kami tak kisah asalkan perjalanan lancar.

Ya... sebelum drama bermula...

Kami daftar keluar, dan perjalananan (dan drama) pun bermula...

~akan bersambung~


5 comments:

  1. wah peta tu...baru nampak kedudukan sebenar ecohomestay dengan lokasi nelayan
    not in the itinerary but we just ...do it..
    sempoi

    ReplyDelete
  2. jauh jugak korang berjalan, bukan setakat 200 m seperti yang dinyatakan
    apa pun tetap suka gambar2 nelayan kat tepi pantai ngan burung2 berterbangan

    dah agak GB mmg selalu kat belakang, sebab amik gambar keliling ngan detail

    gambar ombak menghempas pantai tu tinggi betul!

    ReplyDelete
  3. kan best kalau jln2 naik basikal. jalan kaki pon rasa mcm jauh je. hehee
    nanti boleh ajak travel sekali. heee

    ReplyDelete
  4. Beruntung la GB dapat ambik gambar nelayan2 tepi pantai tu. Also gambar penduduk2 situ. You know la me kan, mmg suka sgt foto2 macam tu! :)

    Aaaa... thank you for inserting the google map photo of the nelayan tepi pantai tu. I like!

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D