Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, June 12, 2016

ශ්‍රී ලංකා? Kenapa Sri Lanka? - Part 1 Day 1




Sedikit intro.

ශ්‍රී ලංකා = Ceylon = Sri Lanka

Tahu tak ada satu page kat Wikipedia yang hanya ceritakan pasal nama-nama Sri Lanka sahaja? Punyalah banyak nama dia. Ceylon la.. Sinhalese la, Eelam la... tu belum lagi termasuk nama gelaran atau jolokan. Ada yang gelarkan ia Teardrop of India, tapi personally GB suka yang ini; The Pearl of the Indian Ocean. Boleh baca panjang lebar dekat sini kalau rajin.

Ramai yang salah anggap Ceylon ni India (ye..ada yang fikir begitu ok...) atau sama macam India; baiklah, kat sini boleh la kita kaitkan sebab pulau ni diduduki oleh orang-orang Sinhalese yang berasa dari India Utara pada tahun 543 BC (sumber); di situ lah keterkaitannya. Selain dari lokasinya yang berada di penghujung Selatan India.

Kepercayaan Buddha tiba di sini semasa pemerintahan kerajaan Devanampiya Tissa pada 250 BC, dan selepas sehinggalah ke hari ini, Buddha telah menjadi kepercayaan anutan terbesar di Sri Lanka. Pernah menjadi kerajaan yang berkuasa sehinggalah dijajah oleh kuas Eropah, Portugis dan Belanda pada kurun ke 16 dan 17. Setelah itu, seperti juga Melaka dan kebanyakan kuasa lain yang dijajah, Ceylon menjadi semakin lemah.

Ceylon akhirnya merdeka pada 1948 dan menukar namanya kepada Sri Lanka pada 1972. Pernah menjadi negara bergolak apabila majoriti Sinhalese dan Puak Pemisah Tamil berbalah dan akhirnya berperang pada 1983.

Baru-baru ini Sri Lanka telah dilanda hujan lebat paling buruk dalam tempoh 25 tahun, yang mengakibatkan terjadinya tanah runtuh yang membenam seluruh kawasan perkampungan dan ratusan orang mati tertimbus, dan sekadar mengimbas kembali, Sri Lanka juga pernah dilanda Tsunami yang sama yang membunuh ratusan ribu orang di Acheh pada 2004, dan puluhan ribu penduduk Sri Lanka terbunuh; tetapi setelah itu Sri Lanka bangun kembali dari segi ekonomi dan membuat kemunculan semula yang hebat, terutamanya dalam industri pelancongan dan dilawati oleh pengembara dari serata dunia.

Dan masih ada yang bertanya, "Kenapa Sri Lanka???'

*

Day 1. Departure.

Seriosanya... GB mati-mati ingat flight pukul 10.40pm. So dah plan nak keluar ofis pukul 6 dan terus gerak amik Dr Singa dan terus ke Putrajaya Sentral. Anggarannya paling lambat dalam pukul 8 sudah ada di KLIA2. Siap berangan nak pegi gym dulu dalam sebelum amik Dr Singa.

Sekali, beberapa hari kemudian baru perasan flight sebenarnya pukul 9 malam. Nak keluar ofis pukul 6? Nak pegi gym dulu? Memang tak laaa... totally revamp abis semua planning. Plan terbaru, pukul 4.30pm keluar ofis, paling lambat 7pm kena ada di KLIA2.

Tapi boleh pulak ada meeting untuk projek baru kat Selayang yang akan bermula 2.30pm. Masa ni jantung dah berdebar. Tak boleh tidak, meeting habis atau belum, pukul 4pm wajib keluar! Nasib baik ada backup, pergi berdua dengan office mate. Jadi memang langsung tak fokus sebab asyik berdebar memikirkan entah jalan sesak, entah ada apa-apa nanti yang akan melambatkan perjalanan, sebab dari Selayang ni. Mahu solat asar dan tukar baju lagi, takkan nak pakai baju kerja sampai ke sana. Oh no!!!

Tapi dipendekkan cerita kami semua selamat ada di airport tepat pukul 7 malam, dan GB sempat solat asar dan tukar baju di R&R Seri Kembangan lagi!

Anggota trip rela-rela Sri Lanka. Seorang lagi tak sampai lagi waktu ni. Credit group selfie photo to Anash Coconutz



Cubaan group selfie sendiri dengan cukup 4 orang

Tunggu masuk waktu untuk buat solat Jamak 

Dan habiskan masa di boarding hall mereply watsap client dan contractor. Credit photo to DrSinga

Kena isi arrival card


Dan lepas tu makan nasi lemak Pak Naser

Tidur sekejap sambil taruk mask mata ni. Lepas beberapa lama mask ni jadi hangat sangat pulak sampai rasa tak selesa. Lepas tu GB cabut, dan bermula episod air turbulence yang agak menakutkan. Naik turun jugak plane masa tu.  Mengucap banyak-banyak dan tawakkal kepada Allah. Ingat pesan mak ayah supaya betulkan niat nak travel ni sebab nak melihat kebesaran Allah. InsyaAllah akan diselamatkan perjalanan. 
Flight lebih kurang 3 jam 20 minit, tapi kita sampai awal. Lebih kurang pukul 10.30pm waktu Sri Lanka kitorang sampai. Alhamdulillah smooth landing despite the scary turbulence kat atas tadi. Tapi rasanya teruk lagi air turbulence masa GB dari JB ke Subang beberapa tahun lepas. Melompat air oren time tu!

Alhamdulillah selamat sampai. Dan barang-barang letrik duty free ni menyambut.  Wow. Mesin basuh. Cemana nak angkut kalau tetibe beli ni balik karang??

Bandaranaike Airport, Colombo. Dekorasi tanglung bunga teratai sebab mereka sedang berayakan Wesak. Seminggu tau!

Selfie dengan tajuk 'walau tadi kecut perut dalam flight, turun je kat airport kene la buat muka fresh. kita tak tahu siapa kita akan jumpa kat sini atau kat mana-mana.'. Ye GB, kau belum tahu,

Datang sini takde check in luggage. Memang pesen kitorang macam tu. Balik karang ada. Hehehe

Nasib baik ada tulisan Bahasa Inggeris. Nak cari driver kita ni~

Ok dah jumpa driver. Sekarang GB nak pegi tukar duit USD   dengan Sri Lanka Rupees. Bendahari, memang macam tu dah.

Sedikit hujan. Tetapi dekorasi lantern teratai buat airport nampak ceria.

Tiba di homestay (boleh baca lebih lanjut kat blog DrSinga dan Coconutz Anash), GB terus tanya wifi dan password. Hahaha!!! Nak bagitau family laa dah selamat sampai....!

Ada sculpture uncle ni menyambut kat homestay. Menarik jugak idea lighting gini. Boleh tiru.

Homestay luas dan selesa. 

Bilik air bersih dan luas

Dan bermula sesi kira-mengira sebelum tidur sebab esok kita akan berjalan jauh! Padahal tadi rasa macam dah tidur lama... kena tidur lagi ek??


~End of day 1~

10 comments:

  1. seram weh... terserempak dgn pakcik tak pakai baju bawa lampu tu...hehehh

    ReplyDelete
  2. bestnyaa... nanti boleh la masukkan SL dlm list travel

    ReplyDelete
  3. yang akak tau, namanya Ceylon je dulu.
    memang best ye GB Sri Lanka ni.

    ReplyDelete
  4. nice trip... saya mengikuti gambar2 menarik trip ke sri lanka ni melalui IG anda :-)

    ReplyDelete
  5. Ok...nanti mak singgah lagi untuk sambung baca... :)

    ReplyDelete
  6. ilmiahnyer entry nih...
    jaga-jaga...paste link bakal terjadi
    hahahah
    weh..kami dah sampai nuwaraeliya....
    (bakar line)

    ReplyDelete
  7. laa... baru first day!!?
    kita dah sampai jembatan!!
    hahhahaaa...

    [ bakar line macam anash ]
    hahhaaaaaa

    chop..
    tak perasan pun ada air turbulence!!
    ada ke..?
    gegor sikit je ..

    ReplyDelete
  8. patut la dia lambat, yang len2 tak cite pun pasal makan nasi lemak
    GB je cite pasal nasi lemak
    tak pe GB, derang ngelat ye
    nanti kita babab derang

    ReplyDelete
  9. kita suka baca.. hehehe.. aah masa air turbulence tuh kak izat tido.. kahkahkah..
    lupe nak beli TV bawak balik mesia.. haishhh!

    tahniah sebab berjaya update~

    ReplyDelete
  10. Patung org tua tu menakutkan la.. hehehe...

    You all travel bawak backpack je ya? Alamak, saya selalu bawak beg besar. Backpack yg saya ada kecik!

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D