Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, January 11, 2016

Sumatera Barat : Pecah kaca pegah piring, jom kita tengok orang menari! - Day 3 Part 5

1/11/2015. Ahad

Sepulangnya kita dari Bonjol, kita check in dulu. Malam ni tidur kat homestay. Gambar homestay ada kat blog Elly kat sini, sila tengok!

Rehat jap, ada yang tidur, mandi, makan buat kopi bagai, pastu siap nak pegi dinner dan aktiviti malam.

Aktiviti malam??

Yaaa... kite nak gi tengok orang menari-nari nih. Paunchu cakap kalau cukup 10 penonton baru show on. Maka kita tunggu sahaja info sambil makan Serabi Bandung!







Dapat info, show jalan! Maka kite pun ke sana, bayar tiket 75 ribu rupiah (rasanyaaa, nanti cek balik). Yang menarik pasal Cultural Show ini selain dia tunjukkan kebudayaan masyarakat Minang, ada jugak tarian piring. Itu highlight of the night lah kiranya. Selain tu, macam-macam perasa ada dalam show ni. Manis ada. Cemas ada. Sedih ada. Ngeri pun ada. GB bagi dua ibu jari terangkat!


Show dimulakan dengan acara makan sirih dahulu. Sirih dihulur kepada penonton untuk dijamah. Adatnya begitu maka siapa yang dihulur sirih itu perlulah jamah sedikit. GB tak kena tapi. Hehehe~






Lepas tu penari dan pemain muzik jemput penonton naik atas mencuba alat muzik mereka. Sambil menari lah kan. Ada yang sporting tak kurang juga yang malu-malu. GB selamat sebab eh, nak amik gambo nih! Hehehe~





Semangat pakcik ni!




Yang ini moodnya sedih. Muziknya juga sedih. Malah intonasi penceritaan dalam bahasa Minang itu juga berbunyi sedih. GB tak paham tapi, 100% dialek Minang! Tapi boleh rasa la sedihnya sebab muziknya tu sayu sangat!



Ni bab sweet, tarian payung. Tarian kisah percintaan anak anak muda. Ololo~





Ini bab cemas. Silat. Sangat tangkas dan pantas. Hampir tak terkejar GB nak snap gambo. Kejap ke kiri stage, kejap ke kanan. Kejap ke atas pun ado. Nasib jelah mana yang ter captured nih~














OK. Mula dah bab ngeri. Ni la tarian yang ditunggu-tunggu. Tarian piring. Piring dipecah-pecahkan dan dihimpunkan. Lepas tu... tengok je lah sendiri gambar-gambar nih ek!!




Muka eksaited nak tengok adegan ngeri~

















OK dah abis. Last part, diajak sekali lagi penonton naik atas menari-nari. Kitorang terkecuali tapi. Macam tak biasa. Heheeh~




Punye steady muka lepas dah pijak-pijak kaca!



Tengoklah esok, adegan apa lagi akan kita face? Hahaha. Next entri okeh!!

13 comments:

  1. tarian piring.... pijak kaca ke... wahh.... keballll

    ReplyDelete
  2. Busy GB ye - lambat update
    Kakak ada tengok Dr. Singa punya blog yg ini.

    ReplyDelete
  3. cepat sikit habis kan... kite nak link ke link je ... ahahahhaaa

    ReplyDelete
  4. Best nyer...
    Pijak kaca segala
    Tq Gb share dgn kami
    Budaya minang lak tu
    Seronok akak baca

    ReplyDelete
  5. kagum dan best!
    cepat GB sikit lagi nak habis tu :)

    ReplyDelete
  6. go go go GB, lagi sket nak khatam
    ekekekekekkeke
    amboi semangat kak izat tengok tarian tu

    eh eh dia link gak ke blog kita wakakakakakkakakaka
    sambil perati dak jujie wkakakakaka

    ReplyDelete
  7. wuiihh..xdarah plak kaki diaorg ye...

    ReplyDelete
  8. kamonn!!
    sikit lagi finishing line!

    siapa tak habis entri next travel kena tinggal !!!!
    * pandang budak sorang tu *

    ReplyDelete
  9. Susahkan nak capture tarian dan especially aksi silat tu! Well done! Nice shots!

    ReplyDelete
  10. suka tengok awak capture moment :)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D