Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, January 9, 2016

Sumatera Barat : Menjelajah Garis Pembahagi Bumi di Equator Bonjol - Day 3 Part 4

1/11/2015. Ahad

Bonjol adalah nama kecamatan (subdistrict) di Kapupaten Pasaman. Yang bertuahnya adalah lokasinya terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa. Bonjol juga adalah tempat kelahiran Tuanku Imam Bonjol, pahlawan yang hebat menentang penjajah masa zaman pemerintahan Belanda dulu.

Nak ke sana tu jauh jugak. Disebabkan Bonjol terletak di laluan Trans-Sumatra yang menghubungkan Padang ke Medan, maka setiap kenderaan dari Padang ke Medan atau sebaliknya pasti akan melintasi garisan Khatulistiwa ni. Dan disebabkan kita bergerak dari Kelok 9, maka kita pun terpaksalah melintas tempat jualan jagung yang sedap, maka kita pun kene lah stop dan beli, buat makan-makan dalam kete. Hehehe~

Puding jagung dan bergedel jagung. Sedap!!
 Dan di dalam perjalanan, nampak lah view-view yang macam ini...
Jalan lurus di gambar bawah kiri sekali itulah 'luruihlah jalan Payakumbuah' yang ada dalam lirik lagu Ayam Den Lapeh Oii Oii!!. Heheh~

Kota Bukit Tinggi

Dan singgah makan tengah hari di Bukit Tinggi. Makan kali ini stail ampera atau nasi campur. Dalam every trip kitorang memang jarang makan nak formal sangat sebab nak merasa cara orang tempatan makan. Ye lah.. orang tempatan tak hari-hari makan di Restoran Nasi Padang.

Walaupun ampera, tapi masaknya sedap dan suasanya sama je macam kedai makan nasi campur kat Malaysia ni. Takde nak aircond bagai, kipas dinding sudah. Rumah makan je pasang aircond. Dan of course makan stail ampera harganya lebih murah!


Time ni jerebu, tapi kualiti udara di sini sudah semakin baik walau tak sepenuhnya.

Ampera

Kita teruskan dulu perjalanan ke Bonjol, nanti patah balik ke Bukit Tinggi sebab malam ni kita akan menginap di sini.

Equator Bonjol

Sebentar lagi, kita akan melintasi Khatulistiwa! Yeayyy!!! (Sorak GB dan yang lain-lain!!)

Ni sebenarnya gambar masa nak balik. Tapi belasah lah kan!


Wow.

Perasaan tak terungkap waktu ni. Sambil mencuba mengesan apa-apa perbezaan pada tubuh.. maklumlah... tengah ada kat garisan tengah pembahagi bumi. Selangkah sahaja, kita berada Hemisfera Selatan dan Hemisfera Utara. Mata liar memerhati penduduk di sekitar sini, mana tahu ada perbezaannya. Lebih sihat ke.. atau lebih kacak ke... atau lebih awet muda ke...

Hahah!! Sudah! Solat dulu sebelum apa-apa pun.  


Dan mari kita bereksperimentasi di sini!





Amik-amik gambo dulu!

Sebenarnya ada banyak eksperimen orang dah buat kat Equator ni, tak semestinya di Bonjol lah. Antara yang paling terkenal adalah coriolis effect. Boleh gugel kalau nak tau apa bendanya coriolis effect ni. Tapi kitorang tak buat lah. Buat benda lain je.




Selatan


Utara


Pak Awi. Menjual T-Shirt di sini. Petani by profession. Tapi berbual dengannya buat GB sedar, beliau itu orang bijaksana yang menjadi petani kerana itu peluang untuk menjadi yang lain adalah terbatas, mungkin atas faktor keluarga, ekonomi, atau apa sahaja. Kalau kawan-kawan ke sana sampaikan salam GB kat Pak Awi ye!


Dan aktiviti bermula.

Note: Sakit tau tangan GB diorang tarik gini. Kalau korang tak kental, otot tak pejal, jangan buat di rumah tau! Hehehe~

Nampak tak bersungguh-sungguh Kina menarik tangan Elly untuk tarik tangan GB. Macam nak tercabut rasa!






And lastly sebelum pulang, aktiviti membeli T-Shirt la. Kat Bukit Tinggi karang takde jual T-Shirt Equator ni rasanya. GB beli la complete untuk mak ayah adik-adik dan anak buah. GB punya, kaler pink!

Dah petang, eloklah kita balik. Ada 60km nak tempuh ni sebelum sampai ke Bukit Tinggi.
Masa on the way balik, Elly sakit perut pulak. GB syak dia makan terung goreng rangup kat ampera tadi banyak sangat kot. Memang sedap pun terung tu. GB pun makan banyak walaupun kalau ikutkan pantang sebab angin!

Dah meraung dia kat belakang sebab sakit perut dan nak membuang. PaUnchu pulak mencelinat drive laju-laju sebab nak cari toilet, nak kasi setel urusan si Elly tuh. Tapi boleh pulak dalam kelam kabut tu ada road construction pulak! Jem!! Masa datang tadi takde pun!

Lepas jem tu Elly meraung lagi (masa tengah jem pun kuat gak dia meraung) mintak tandas. Ni dah tahap emergency nak singgah rumah sape-sape pun boleh dah ni..

Nampak satu gerai... kitorang pun cadangkan berenti kat sini, tumpang tandas dia. PaUnchu turun bertanya sebab kalau GB yang turun panjang pulan bualnya sebab takut memasing tak paham dialek masing-masing. Nak tau dialongnya, sila rujuk gambar di bawah~

'Buk, boleh ditumpang tandasnya??'
'Sini tandas ngak ada, tapi kalau mahu, bisa sahaja di tepi kali, di belakang!'
(Elly: Apa?? Tepi kali??? Ngak mauuuu!!!!!)
Dan last-last jumpa masjid ni... hehehe. Lega Elly!



Dan setelah itu perjalanan diteruskan ke Bukit Tinggi. Hehehe~


5 comments:

  1. haa tu diaaa....kat tepi kali jerk..senang open air..ha..ha
    len kali jangan buat lagi ye dak elly...jgn lupa diri bila makan tu yooo

    ReplyDelete
  2. Hadoiiii...bila tiba bab mencari tandas ni, mak teringat kat ayah je... dia pun kalau dah nak membuang memang tak boleh tahan-tahan...hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahah.. nasib baik pak unchu jenis yg memahami..

    ReplyDelete
  4. Amboi2 siyes weiiiiii angin x ingat....kita pun syak angkara terung wakakaka

    ReplyDelete
  5. Huh! Cemas betul saya baca!
    Mesti nanti later2 bila reminisce akan kata, 'Ingat tak that time bila Elly...' Hehehehe...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D