Pagi di Bukittinggi dimulakan dengan sarapan yang ohsem. Sarapan disediakan oleh tuan punya homestay. Lontong nasi dan bihun dan cucur. Lontongnya enak banget. Masak lodehnya sedap sekali! Nasi impitnya bertekstur sedikit berbeza dari apa yang selalu GB makan di Malaysia. Tapi enak sih!
Walaupun kita punya satu malam lagi di Bukittinggi, tapi kita checkout homestay ni. Sebab nanti malam kita akan menginap di Hello Guesthouse, yang lebih dekat dengan bandar, dan yang penting ada wifi. Hehehe.
![]() |
Jalan masuk ke homestay tempat kitorang bermalam. Dah checkout baru amik gambo~ |
![]() |
Kota Bukittinggi yang akan mulai sibuk kerana hari itu adalah hari bekerja~ |
![]() |
Lobang Jepun - Terowong yang digunakan pada zaman penjajahan Jepun dulu. Kita tak singgah. |
![]() |
The Great Wall of Koto Gadang - Kita tak singgah sini. |
Ngarai Si Anok |
Sungai Landia
Kite stop sini kejap in the way ke Puncak Lawang. Sebab sini ada jual souvenirs berasaskan kulit kayu manis dan yang lebih special, view di belakangnnya. Macam gambar kat bawah ni!
Puncak Lawang
Sebenarnya trip ke Bukittinggi ni memang kena repeat. Sebab masa kita pergi ni jerebu masih belum reda. Jadi banyak view indah terselimuti kelabu jerebu, yang meruntun jiwa sanubari sebab egh... kelabu je tak nampak apa-apa.
Sebab tu kat Puncak Lawang pun kitorang tak nampak apa pun menghala ke Dana Maninjau kecuali kelabu juga..
Dan menoleh ke belakang. Dan nampak ini. Keindahan di sisi lain Puncak Lawang.
Kelok 44
The idea untuk ke Kelok 44 adalah untuk melihat apa yang menjadikan kelok ini terkenal. Mungkinkan kona lipatnya yang menjadikan ia terkenal? Atau apa?
Kite stop di sini sahajalah. Di kelok 37. Ada tempat wisata. Dan semestinya orang berjualan. Di tepi jalan yang sempit yang dilalui oleh kenderaan yang sedang menuruni dan menaiki bukit dan di selekoh pulak pu!!! Bahaya untuk yang berniaga dan yang mahu membeli, macam kita! Namun di sini GB beli lah sikit souvenirs..
Dan teruskan perjalanan.
Makan!!!
Skodeng! |
Special di sini adalah gulai ikan laut. |
Dan yeah, GB order teh teur ni. Sedap! |
Dan setelah itu kite ke pejabat pos sekejap. Kononnya nak cari setem dan poskad. Tapi dapat setem sahaja. Poskad takde, kalau ada pun tak cantik. Kata mereka, watsap kan ada?
Nangis!
Nota: Prangko = Setem
Pasar Di Atas, Menara Jam Gadang
Ada GB cakap tak kitorang belum pergi shopping lagi? Atau window shopping?
Oklah, ini mungkin the only waktunya kitorang akan berwindo shopping dan bershopping sikit. Masing-masing pun bukan kaki shopping. Kalau GB, dapat sehelai tudung bermotif Padang/Bukittinggi untuk diri sendiri itu sudah cukup bagus. Hari tu masa pegi Joga dapat shawl batik sehelai. masa ke Siem Reap dapat shawl silk sehelai. Masa kat Acheh, takdo. Now, nak lah cari sehelai. Maka kerana itu GB asyik mengusha kedai tudung aje. Namun rata-ratanya fesyen di sini adalah sama macam kat Malaysia. Sebab ramai penjual tudung amik stok kat sini kot!!
Namun akhirnya GB dapat juga, 2 helai. Hahaha. Pastu barulah beli souvenirs sikit untuk family dan kawan-kawan pulak...
Dan pada masa yang sama, amik-amik gambolah!~
Bika Talago = Kuih Neraka
Nama kuih neraka ni bunyinya macam seram. Macam pedas gila. Tapi rupanya nama jolokan itu diambil dari cara pembuatannya yang berapi-rapi! Rupa dia macam lempeng je pun. Tapi tebal sikit. Dan yes, sedap!
Inilah talago nya... tasik kat belakang ni. Dan di belakaaaang sana yang tak berapa kelihatan tu... itulah Gunung Marapi. Oh sedih tak nampak. Sah kena repeat!
Pandai Sikek
Pandai Sikek ni adalah pusat tenun dan kraftangan yang terkenal di Sumatera Barat. Bukan sahaja di sini, malah di seluruh Indonesia. Kalau tak, takkanlah Pandai Sikek diabadikan di dalam not Rupiah Indonesia?
Namun apa yang lebih best adalah di sini ada view ohsem Gunung Singgalang. Yang mana waktu sampai kitorang tu kena pulak dengan waktunya, sunset.
Maka kerana itu kitorang ke belakang lah dulu, ke ladang-ladang, untuk mengabadikan momen romantis Gunung Singgalang di kala benam mentari, dan ehem, untuk solat juga. Eheheh~
Dinner, Ampera di Padang Panjang
Malamnya, Pa'Unchu bawak kita ke Padang Panjang. Kita ampera kali ini. Tempatnya macam di pasar malam, tapi masaknya sedap sekali. Ada juga di situ Pacu Kuda yang menjadi lokasi penggambaran Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tapi sebab dah malam dan takde proper lighting, maka gambarnya gelap-gelap jugalah. Huhuhu~
Nindiaaa pacu kudanya |
So malam ni pulang kekenyangan, check in kat Hello Guesthouse. Online, dan bersiap berkemas bersilat berkuntau untuk checkout dan pulang esok. Huwaaaa!!!!!!

menggamit memori lama semasa abam kie ke sana tanggal November 1993. kepingin banget ke sana lagi.
ReplyDeletelawonya pemandangan dari atas bukit
ReplyDeleteDi Kuala Kangsar juga ada Kampung Pisang - eh! kan ada filem Zombi Kg Pisang yang sebahagian kecil penggambaran dibuat kat kampung mak tu...
ReplyDeleteBika Talago - sekarang mak tahu nama kuih yang Minik (bibik yang mengemas rumah mak) bagi beberapa kali kat kami...
Pemandangan sangat cantik. Nak ikut kalau pergi lagi, boleh? hehehe...
Pemandangan matahari mmg Ohsem..
ReplyDeleteSiap ada balikan matahari ni sawah...
Mmg terbaek.
Kena sabar menanti ek?
kalau ke Indonesia ni bas makan mmg superb kan.. teringat2 ni.
ReplyDeleteSayur salad dia punya la gomok.. Akak semai benih salad sampai sudah tak mau hidup.. ahahaha...
ReplyDeleteSuka tengok gambar-gambar yang GB ambil..
Bestnye gb da merata jln2..moga sihat n ceria selalu..eppy belated besday gb
ReplyDeletebila lagi nak jumpa ramai2...rindu semua orang!
ReplyDeleteSumatera Barat, tanah kelahiran moyang sebelah ayah saya tu. Memang teringin nak jejak ke sana suatu hari nanti. Bestnya MissGB pi jenjalan. =)
ReplyDeletegb tak meronda kat bandar padang ke..sebab nekcik nakvtau apa rupanya selepas tsunami hari tu..mesti pasarnta da cantik agaknya
ReplyDelete