Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, October 25, 2015

Discovering Atjeh: Day 3 Part 3 (Pantai Lok Nga, Kubah Kampung Gurah) dan Finale!

Pantai Lok Nga

Ye. Pantai ini juga dilanda Tsunami dulu. Dan letaknya mengadap Lautan Hindi. Menitis air mata GB di sini. Hatitisu... gitulah...

#alFatihahtoMH370

Pantai ni happening banget! Walau masih awal petang, tapi sungguh ramai orang kat sini. Takpe, cerita banyak pun tak guna. Kita tengok gambar ajelah ek!

Oh, by the way. Di sini GB ditegur 2 orang lelaki untuk kali kedua di Aceh ni. Kononnya nak tanya jalan. Gile pe tanya jalan kat tepi pantai.

Dan disebabkan GB blur plus sibuk nak amik gambo, maka takde pape pun berlaku. Sekian.

Ni bukan Jitra Kedah tau!!





Kite chop satu wakaf, duduk di situ sambil makan dan skodeng.



Ini edamame. Eh tak... soya lah!!

Stended lah minum ni kat Indo.

Durian crepe pun ado! Sama macam kat Malaysia.
 Dan sekodeng!











Kita di approach oleh seorang lelaki yang buat bisnes pemandu pelancong. Dia tengha bawak satu keluarga dai Jitra yang tengah duduk duduk makan kat wakaf tak jauh dari wakar kitorang. Kalau ada sesapa nak ke sana boleh la contact ye.


Kubah Kampung Gurah

Cantik pemandangan ke Kampung Gurah. Tapi last-last baru tau Supir tak berapa tau jalan ke lokasi kubah. maka kena lah bertanya.. Sambil tu melilau la mata mencari apa yang menarik.








Akhirnya sampai. Alhamdulillah.

Cerita menarik tentang kubah ini. Sewaktu Tsunami, kubah ni tercabut dari masjid asal yang letaknya beberapa kilometer dari sini. Dan terapung dibawa air. Dan ada seorang bernazar, kalau Kubah tu nanti mendarat di tanahnya... akan dia wakafkan tanah itu.

Berat kubah tu 80 tan. Berat kan? Of course. Made of concrete. Tapi sebelum fikir yang mistik-mistik... GB nak bagi tau... kubah tu ada ruang udara yang membuatkan ia terapung bagai pelampung walaupun berat. Ada 7 orang menumpang di situ sewaktu tsunami dan kalau tak silap mereka semua terselamat.

And again, nothing will happen without Allah's will. :)

Nak tau berapa tinggi air masa tu? Lebih tinggi dari pokok kelapa macam gambar berikut...






























Alhamdulillah selesai entries Aceh. Namun GB fikir nak buat satu lagi entri Aceh untuk letak gambar-gambar yang tak termasuk dalam entri-entri sebelum ni. Sebelum proceed dengan entri Siem Reap pulak. Dan satu lagi entri lepas Siem Riep.

Aiyoo... banyaknya hutang!!!



Discovering Atjeh: Day 3 Part 2 (Kapal Apung Kampung Lampulo, Pantai Alue Naga, Masjid Rahmatullah Lampuuk)

Ni namanya tamak habola haloba namanya. Kalau ikutkan GB nak sumbat lagi gambo lain masuk dalam entri ni. Tapi nanti banyak sangat pulak jadinya. Jadi marilah kita bersederhana.

Kapal Apung Kampung Lampulo

Since cerita pasal Kapal Apung kat Kampung Lampulo ni boleh dibaca dekat wiki dan di banyak website lain, GB takyah ceritalah kot. Just tayang gambar je. Boleh?


Kene park kat luar, jalan sikit baru sampai ke tapak kapal apung

OK dah sampai. Kapal ni terdampar kat atas rumah tu masa Tsunami melanda. Dan sekarang dibiarkan sebagai tarikan pelancong. Namun, ada sikit treatment untuk mengekalkan kapal di kedudukan sedemikian. Boleh tengok beberapa gambar di bawah ni.


Supporting column dipasang supaya kedudukan kapal apung lebih stavbil








Tak sure boleh masuk dalam kapal atau tak. Takde orang untuk bertanya. 


Pantai Alue Naga

Seterusnya kita ke Pantai Alue Naga.

Pantai ni airnya jernih dan kehijauan. Dan sangat cantik. Dan percaya tak, pantai indah ni dulu pernah hancur dibadai Tsunami. Menjadi nadi kehidupan nelayan-nelayan di sini. Untuk dapat lebih feel, GB dan DrSinga turun di hujung jalan, membiarkan Supir meninggalkan kitorang supaya kitorang dapat berjalan mencari apa yang menarik di sepanjang jalan. Panas pun GB dah tak kisah. Hitam pun hitamlah. Janji puas hati.

Dr Singa. Dan panas terik. 
Crown flowers ni banyak tumbuh liar di tepi jalan












Masjid Rahmatullah, Lampuuk

Destinasi seterusnya adalah ke Masjid Rahmatullah di Lampuuk. Lampuuk dahulu musnah habis dibadai Tsunami. Habis rata. Kecuali masjid ini sahaja. Namun masih ada kerosakan di masjid ini akibat Tsunami. 

Masjid mendapat dana dari Keraajn Turki untuk dibaikpulih, Tetapi, di suatu sudut di dalam masjid, kesan-kesan kerosakan telah dibiarkan oleh pihak pengurusan untuk memperingati peristiwa tersebut.