Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, September 16, 2015

Discovering Atjeh: Day 2 Part 3 (Kilometer 0 Indonesia, Iboih & Pulau Rubiah, & Dinner at Freddie's! )

Entri ni kite kasi sapu abis aktibiti hari ke dua ni ek. Senang. Mana la tau lagi 3 bulan pulak baru nak hapdet... abis bila nak abis kan? Ada lagi dua hari nak cover nih!

Kilometer 0 Indonesia

Kilometer 0. Atau Kilometer Nol Indonesia. Secara rasminya di sini laa titik permulaan Indonesia. Masa kitorang pegi tugunya masih dalam renovation, jadi takde la sijil tanda kaki dah jejak ke sini. Takpe. Asal ada bukti bergambar pun okey!

Plan asal nak ke sini adalah untuk tengok sunset. Tapi... terpaksa pergi tengah hari rembang macam ni sebab kene la ikut route suitability.

Model 'tetibe'. Ramai nho orang nak bergambar, kene la berpuas hati dengan view yang ada, sememntara nak tunggu turn kitorang pulak
Sementara tu pusing-pusing dulu tengok view. Orang masih ramai kat signage Kilometer 0 tuh. Orang Malaysia lain pun ramai!


Ada decking. boleh duduk makan. Tapi kitorang tak makan.

Instead... kite buat benda lain...

Buat benda ni. Nak tau apa yang CPL tengah snap?

Nindiaaa. Belerang. Sulfur. Asal dari Kawah Gunung Berapi Jaboi tadi. Boleh buat ubat jerawat nih!

Dan di bawah deck nampak ini...



Dan ini... tinggi 


Anak gelandangan Pulau Sabang
Tembak sikit sementara nak jalan ke signage KM 0. Orang dah takde tuh. Kite pun nak jugak!

Bila dah clear, naik atas, pose, dan bagi kamera kat Sonni. Hasilnya??

Tak full! Tepuk dahi makcik tau!!!

Tak puas hati lagi ni. Abaikan model yang tak dikenali tu. Tak sempat nak potosop. Hehehe~
Pak Bambang offer nak amikkan gambo view dari atas batu. Kene panjat guard rail dan memijak-mijak tebing sikit. Kalau gayat, jangan la buat. GB boleh... tapi tak buat sebab nak kejor time.. (editing gambo sedikit hampeh sebab mata GB ke screen lappy problem.. taktau laaa... )


Iboih

Pantai Iboih ni adalah antara tempat yang paling happening kat Pulau Sabang, Sini ramai maknusia. Banyak aktiviti. Dan viewnya ohsem. Lagi-lagi pulak lautnya tu air dia kan.... clear jernih berkilau kehijauan macam kristal mahal!!!

Ini air yang temankan lunch kita. Makan kat sini tak lah murah sangat rasanya. Kalau convert dah sama standard macam Malaysia juga. MEbi jugak sebab pulau kot~
Gadis Aceh. Cun-cun la orang kat sini. Gadis ni jual tiket bot, yang mana akhirnya kitorang pilih bot kaca sebab nak tengok corals. Nanti later GB update berapa kosnya sekali dengan gambo tiket!



GB tertinggal waterproof casing sebenarnya. Tapi no worries. Kat sini ada jugak kamera waterproof untuk disewa. GB tak sewa lah tapi~.
Huhuhu~

Sementara tunggu bot sampai, sempat jugak la kene ngorat dengan orang Iboih. Layan je sambil sengih-sengih, Dan tengok adik tu main laut tanpa takut lemas dan takut sunburn.. eh??


Bot kite dah sampai. Marilah kite pusing pulau tengok corals dan ke Pulau Rubiah. Baru teringat. Cikgu yang GB sayang kat SRKPT Kuantan dulu namanya Cikgu Rubiah~

Nampak tak jernih air dia macam mana...???

Tayang lagi....


Dan Iyra dah tunjuk peace. Ok kite tembak satu kali~






Dan bila tiba di lokasi corals... balang kaca pun dijatuhkan ke laut. Yang membuat kitorang semua nganga sebab terlalu terkesima sebab indahhh sangat view kat bawah ni. Yang akhinya merealisasikan impian si penakut air dan si tak pandai berenang...

Subhanallah.... Cantiknyaaaa......

Coral batik


Coral ambal (carpet)

Corals yang pernah musnah masa tsunami dulu... perlahan-lahan tunbuh semula...


Nampak tapak Sulaiman....


Ikan kecik-kecik




Kaki siapa... cuba terka??

Corals batik yang telah musnah dek tsunami dulu..










Landak laut...







Pulau Rubiah

Dan sampai ke Pulau Rubiah. Cantik. Pun ramai orang. Turun bot kene memanjat tangga ni pulak tuh. Huhuhu. Suka hati la kan nak memanjat berdepan atau membelakang.. asalkan sampai atas.







Kat sini femes dengan sate gurita. Sotong kurita tu.  Sedap! Elok sangat la lepas dah abis tenagalah sangat sebab excited tengok corals yang cantik-cantik tadi tu. Heheeh~

Sate gurita

Ada kisah dengan life jacket tuh~

Layan pulak air kelapa. Huihhhhh~

Dinner at Freddie's

Sejak dinner malam semalam dan breakfast pagi tadi, waktu makan kat Freddie's dah jadi suatu perkara yang ditunggu-tunggu. Freddie akan present apa yang akan kita makan malam tu. Sambil tanya-tanya khabar semua guests. Dan update guests tentang newcomers dan siapa yang akan pulang. Dan kita jugak amik peluang untuk kenal-kenal guests lain, dan sembang sikit walau sekadar small talks.




Pelita light pun ado!

Seafood soup!


Udang goreng tepung

Ini ada pelbagai. Kari kambing, gulai nangka, beeg lasgna, etc

Dan rice pudding yang oh so ohsem!

Tidur nyenyak malam tu!

Esok dah nak balik tapi... nak ke Banda Aceh semula.... sobs!