Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, June 15, 2015

Discovering Atjeh: Day 2 Part 1 (Sunrise @ Sumur Tiga & Gunung Berapi Jaboi)

Nota: Semua gambar adalah hakmilik penuh pemilik blog kecuali dinyatakan sebaliknya. #lupatarukwatermark

*

Sebenarnya setiap kali GB dapat tengok sunrise yang indah... hati GB ni berbunga riang. Serius. Sebab bukan semua sunrise akan menjanjikan keindahan. Ada waktunya langit mendung, jadi kelabu aja sunrise nya. Pernah dah beberapa kali GB impikan nak tengok sunrise indah-indah kat setiap tempat berlainan yang GB pergi, tak kira la dalam atau luar negara, tapi banyak kali juga berakhir dengan hampa. 

Tapi of course lah bersyukur sebab setiap sunrise tu memberi maksud bahawa hari yang baru telah bermula. 

Dan kali ini... usai solat Subuh, GB dan kawan-kawan mula terpacak bersama nyamuk dan deru ombak bersama-sama smartphone dan kamera memasing kat balcony... menantikan momen-momen indah di bawah ini... 















Ok dah cerah. Jom la mandi dan bersiap untuk breakfast yang sedap kat sini!


Breakfast juga mengadap laut. 


Kita makan ini...




Dan ini! Passionfruits!


Tepat jam 7.30, Sonni dan Pak Bambang sudah siap ada di menunggu bersama bechak masing-masing. Harini kitorang akan keluar the whole day dan pulang hanya bila sudah lewat. Sebelum bergerak, kita sembang-sembang dulu dengan Freddie the awesome guy dan update lah apa yang kitorang nak buat harini.


Ni gambo dari kamera siapa tah... yang penting bukan saya punya, Di tengah tu adalah Freddie ye.

OK. Mari kite gerak. Lalu di pekan.



Very camera friendly makcik ni!


Nyaman je naik bechak ni sebab angin dari depan belakang kiri kanan semua kena ke kita. Dan paling penting,,, takyah nak jeles dengan view yang orang lain dapat dah.. sebab semua nampak!





Semalam Pak Bambang cerita... kat Pulau Weh ni ada Bandara (airport). Kecil sahaja. Tapi connecting dari Medan dan rasanya ada juga dari Melaka tau!!! Boleh bayangkan tak mata GB ni dah bersinar-sinar??

Moh kite tinjau Bandara ni.


Nin diaaa. Lalu depan ja. Kecik ja. 

Dan kita teruskan journey,  Ikut jalan kampung. Ohsem!!


Sini first stop kita. Kawah Gunung Berapi Jaboi.

Sebelum ke sini kitorang dah google... memang ada gunung berapi di Pulau Weh ni, Kat dasar laut pun ada. Kalau boleh nak tengok dua-dua tapi moh kita tengok yang ni dulu ek!

Dari sini kena jalan lebih kurang 5-10 minit ke dalam. Sini adalah kawasan larangan merokok ok...




Sampai dah. Kat sini ada sedikit bau ala-kentut yang sinonim dengan kawasan gunung berapi. Menandakan kewujudan sulfur di kawasan ni. Tapi masih tolerable lagi... tak kuat sangat. Tapi wiev kat sini... subhanallah... nganga jap sebelum ketik-ketik amik gambo.

Nampak tak batu warna hijau tu?
Dan kaler kuning tu adalah sufur

Dan Sonni yang bawak bechak kita. Dia asyik kena je harini, Sebab senyap sangat, Tak macam Pak Bambang yang banyak bercerita, GB cakap... mana boleh awak tak bercerita... kita pelancong mesti nak dengar macam-macam stori, Lepas tu dia senyum dan cuba bercerita. Tapi banyaknya bersulam senyum la. Oh ye.. Sonni ni pembantu perubatan kat klinik kesihatan kat sini, Buat part time bawak bechak. Untuk harini, dia tukar shift sebab nak bawak kitorang. Hihihi~

Nampak tak asap-asap tu? Menandakan gunung berani ni masih aktif ya...

GB teruja sangat tengok sungai kecik dengan batu warna warninya. Sangatttt indah...!

Siapa cakap warna alam perlu tipikal biru hijau dan coklat sahaja?

Kawah ni besar sebenarnya...

Nampak tak Iyra dan DrSinga di hujung belah kiri atas tuh? So nampak tak tempat ni besar dia macam mana sekarang?


Menggelegak air panas!



Ni nak tunjukkan scale yang bukit ni tinggi sebenarnya. Photo by Others (Iyra rasanya)















Sangat mengasyikkan. Tak sedar yang diri ni dah turun kawah panjat kawah bagai. As I said... tempat ni besar! Dan cantik pulak tuh! Tapi cuaca makin panas dan kita perlu ke tempat lain pulak ye!