Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, December 12, 2015

Sumatera Barat: Surprising Morning at Abdi Homestay, Lembah Harau, Paya Kumbuh, - Day 3 Part 1

1/11/2015, Ahad

Abdi Homestay

Bayangkan, kawan-kawan bangun tidur dikejutkan deruan air terjun yang seakan begitu hampir di telinga. Dan saat menerjah balkoni, kelihatan dengan jelas di depan mata, air memutih tenang menuruni tebing batuan granite berwarna warni, yang di puncak tebing batu itu masih berselimut kabus tebal.

Nak tidur balik? Atau nak duduk di balkoni sambil minum kopi panas sehingga matahari memancar menghilangkan kabus? Atau terus sahaja ambil kamera dan keluar dari penginapan, dan menikmati nyaman udara pagi sambil mengabadikan momen di dalam memory card?

Terpulang.

Tapi kawan-kawan tahu yang mana yang GB buat kan? :)

***

Tengok la air terjun ni... viewed dari balkoni tempat GB tidur malam tu tau!!! Macam boleh dicapai-capai dengan tangan. Okla.. takleh la capai dengan tangan, tapi kalau menapak tak sampai 2-3 minit dah sampai. Dekat bebeno!



Dah rasa gatal kaki. Terus keluar intai view. Semua view kat sini cantik sangat! Sejuk dan berkabus! Best gila!



Dr Singa dah siap nak pegi meneroka sana sini dah tuh~




Dah terang. Kabus dah hilang. Cahaya matahari pagi buatkan warna warni tebing granite tu nampak sangat cantik kan?



Bertuahnya Abdi Homestay ni, sebab letaknya di lembah yang tercantik di Indonesia. Tanahnya subur dan bentuk muka buminya teramat indah. Lembah Harau ni adalah sebuah canyon yang diapit batuan granite yang tinggi, yang terhasil dari pergerakan plat bumi yang menaik dan menurun. Maka kerana itu terdapat banyak elements of surprises di sini, seperti sungai dan air terjun. Sawah padi menghijau, tebing tinggi berwarna warni yang mencecah 300 meter tingginya, dan kerana itu wujudnya air terjun dan sungai, dan terciptalah suatu corak kehidupan yang menarik di sini.

Sayang sikit sebab kita cuma tidur di sini satu malam sahaja. Takpe. InsyaAllah there will be next time hehehe. Sambil bermonolog sambil juga mata memandang ke sana sini, tamak mahukan semua.

***

Lepas dah siap-siap keas barang bagai, kita keluar semula untuk breakfast. Sementara tu intai lagi yang indah indah di sini.

Telur siput

Itik keluar pagi cari makan

Bukit di sana masih berkabus







Nasi goreang sedap yang Noni buat! Tu tomato tuh... sedap sangat!

Kitorang terus checkout dan beg nanti akan dihantar ke kereta. Kite pulak nak berjalan kaki sampai ke air terjun kat belakang sana, Bukan air terjun yang kite nampak tu. Tapi yang lain. Sini memang banyak air terjun. Iqbal (owner homestay) cakap, dalam 2km jaraknya dari situ. Nampak macam agak jauh, tapi selalunya kalau ada banyak benda best nak tengok, dan dengan kawan kawan yang best pulak tu, tak terasa pun berjalan. Tengoklah nanti.


The Homestay

So sebelum checkout baru la teringat, gambo homestay tempat kitorang tidur ni belum amik lagi. Tayang sikit lah ek. Gambar lain boleh tengok kat blog DrSinga, kat sini. For info, homestay DrSinga (share dengan Elly dan MrsSmile) tak sama design dengan GB dan CPL punya.

Kitorang ada shower head buluh ni. Diorang takde. Hehehe~

Toilet kitorang macam tak berapa luas sangat, luas lagi diorang punya. Tapi kalau malam-malam yang kat sini nampak lagi terang, Hahahaha~

Kitorang ada setingkat ni je. Diorang ada tingkat atas dan balkoni kat atas jugak. Ahh... senang cerita tengok je kat blog drSinga 

Dan balkoni kitorang  kat side. Diorang punya kat depan. Tapi semalam kitorang lepak minum kopi kat balkoni diorang la. Hihihi~

Dinding anyaman yang cantik!

Them

Just to inform.

Mereka semua termasuk GB ni, sewel sikit. Tapi itu yang buat kitorang boleh connect to each other really well alhamdulillah. Ye... ada yang penakut la, yang blur la, yang over-kompiden la, yang pakai blackberry la... dan yang suka amik gambo orang masa tengah buruk lepas tu post kt IG laaa... tapi takpe, Ada ubi ada batas beb! Eh??

Nota: Elly sponsor tudung AidiJuma untuk trip ni. Kaler pink ada kamera kiut kiut. Kalau perasan, kitorang pakai tudung yang sama cuma GB tak pakai serentak dengan diorang. TQ Ell!!!

















Next Journey Begin

So, mari kita menapak. Menikmati sisi lain Abdi Homestay. Menikmati sisi kehidupan di Lembah Harau. Dan bersedia untuk pengembaraan yang lebih best hari ini.




Till next entry!

10 comments:

  1. masyaAllah...memang cantiknya kawasan ni

    ReplyDelete
  2. telur siput macam kuih sagu pula nampak

    ReplyDelete
  3. tak sangka pulak boleh stay kat situ.. cantik nya kampong moyang kami dulu.. hehe.. lain kali nak stay sana lah kalau berkunjung ke sana lagi boleh minta jonny (geng payakumbuh) uruskan hehe

    ReplyDelete
  4. chopppp......

    mana abambennnnnnnnnn!!?
    tak jumpaaa kat tepi sana tu!!
    ko sorok eh!!??
    kehkehkehhhhhh

    macamana wa nak skodeng niii??!!

    cari kat dak juji lahhh...
    peminat setia tu..

    ReplyDelete
  5. ko bayang kan eh..
    tengah dak juji mandi guna pancuran tu..
    ada lak anak katak sesat dari air terjun termasuk kat pancuran tu..
    ko bayangkan..
    bayangkan deep deep ...

    dak elly tak perasan lagi ada pacat dalam selepar dia tu..

    ReplyDelete
  6. chopp..

    meh check check list itu..
    mana satu Ai ya ...

    ada yang penakut la, [ takut benda-benda lembek = 120 % dak juji ]
    yang blur la, [ tak mungkin Ai .. ]
    yang over-kompiden la, [ mungkin Ai ]
    yang pakai blackberry la... [ dak elly .. 120% dak elly !! ]
    dan yang suka amik gambo orang masa tengah buruk lepas tu post kt IG laaa... [ dak juji dan mungkin dak elly ..]

    kehkehkehhhhh

    ReplyDelete
  7. bestnye GB..cantik Nye kat sana..udara nyaman,segar,air sejuk..pehhhh

    ReplyDelete
  8. Speechless. Cantik sangat. Terasa sejuk nyaman.
    Tak sabar nak ke sana. Nak bangun dengar bunyi air terjun. Nak tarik nafas dalam2. Nak duduk di balkoni sambil minum teh [saya tak minum kopi.. hehehe].
    InsyaAllah....

    ReplyDelete
  9. Cntiknya view... udara pon best... mmg seronok rsa... ok jugak dok homestay ni ya... suasana amn dmai tenteram

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D