31/10/2015, Sabtu
Sebenarnya kita singgah di masjid ni dulu sebab nak solat dan nak refresh, tapi terpaksa dibatalkan sebab atas sebab-sebab tertentu yang mengganggu keselesaan nak beribadah. Pantas cari masjid lain sebab hari dah semakin petang.
Syukurlah sebab di sini masjid amat mudah ditemukan di sana sini.
Masjid Quba'
Masjid Quba' ini kecil sahaja. Macam baru. Siap ada water feature, kolam ikan, reflexology path, dan landskap menarik di hadapannya. Kemudahan bilik air dan tempat solat juga selesa dan sangat memuaskan hati. Alhamdulillah.
Kalau di negara yang susah nak jumpa masjid, redah sahaja bersolat di mana-mana kawasan asalkan bersih.
Usai solat, kita terus sahaja bergerak ke Paya Kumbuh. Tak tunggu Maghrib. Sebab kita musafir, maka diringan solat itu bagi kita. Dan dari situ nak ke Paya Kumbuh pun agak jauh juga. Tak mahu terlalu malam apabila sampai di sana. Lagipun seharian ini agak packed, jadi kaki dan badan sudah terasa sedikit sengal.
Tapi bila nampak sekumpulan orang baru pulang dari acara pacu lembu, hilang sengal. Dan mula bercita-cita untuk datang semula nanti dan mahu menonton acara pacu lembu dan pacu kuda pula.
Paya Kumbuh
Waktu malam di Kota Paya Kumbuh adalah lebih meriah dari di Bukittinggi, menurut kata Pa'Unchu. Memang happening. Banyak kedai dibuka, banyak tempat makan, dari restoren, rumah makan, sampailah ke warung tepi jalan. Di sini Pa'Unchu mahu kita cuba pisang karamel, sedap katanya. Dan murah sangat. Memang sedap sebab pada mulanya kita beli 5 je, lepas tu beli lagi 10. sebab sedapppp!
Di sini kita dinner dulu sebelum ke Lembah Harau untuk check in!
![]() |
Ini adalah password wifi. Heheheh~ |
![]() |
Dan ini.... makan malam kita. Sambal yang power tapi terlajak pedas tapi sedap giler tapi pedas giler. Fuh! |
![]() |
Masak asem |
![]() |
Yang sorang tu nampak macam tak cukup lapar je~ |
Dan ikan yang boleh terbang! |
Tak jauh dari tempat kitorang makan, kita sampai ke Abdi Homestay kat Lembah Harau. Tak jauh, tapi jalan masuknya macam kapung-kampung. Gelap gelita tak nampak apa pun. Entah hutan, entah rimba. Entah ada gajah kat depan pun kitorang tak tau. Tetibe je sampai, turun, dan beg kitorang dibawa ke homestay.
Macam biasa, drama la sikit bila nak tidur kat tempat macam ni. Ada yang tak boleh tidur sorang. Ada yang tak boleh tidur gelap-gelap. Ada yang tak boleh nampak kelibat katak. Ada yang tak boleh tengok kelibat pisang karamel dan buah markisa (eh??). Hehehe. Maka setelah bermusyawarah, kitorang amik tiga rumah termasuk satu untuk Pa'Unchu.
Dan iya... sambil disahut bunyi deruan air terjun. Katak. Unggas. Cengkerik.
Pisang karamel. Pisang dibalut dengan kulit popia, digoreng rangup. Disira dengan karamel. Makannya memang asyik, bisa terajak. Sebab sedap gila! |
Markisa dari Danau di Atas di Alahan Panjang. Agaknya tanah gunung berapi buatkan ia jadi sebegitu sedap dan wangi~ |
Kopi O power. Masih boleh tidur lepas tu~ |
Sempat juga terfikir mahu memburu milky way, tapi langit penuh awan begini...
Takpelah. Milky way can wait. But moments with MrsSmile, EllyNadira, CikPuanLawa, dan DrSinga - mungkin ini yang paling manis, buat masa ini.
Esok kita lihat sahaja apa yang menanti...

yg ni pon kite link jugak.. ahaahahaha
ReplyDeletenak kene niiiii
DeleteKe mana pun kita pergi, kewajipan terhadap Ilahi jangan dipandang sepi, kan?
ReplyDeleteTanpa izinNya, mengangkat kaki pun tak mungkin kita mampu... :)
sedangkan ada orang dihalang dari beribadat tapi tetap mahu menurut perintahNya.. inikan pula kita yang tak ada apa apa halangan langsung. :)
ReplyDeleteda eh pe enak sekali tiada spa-ce semua hurup besar..
ReplyDeletebau dia..
ReplyDeletesedapppp sangat!!
macam perfume victoria secret!!
Pacu sapi, pacu kuda, pacu itiak! :)
ReplyDeleteSuka style GB bercerita. Tak boleh stop. Macam deep gitu. Me like :).