GB terjumpa suatu tulisan tentang Lembah Harau yang agak menarik di sini. Ternyata satu malam sahaja tidak mencukupi untuk benar-benar menikmati keindahan Lembah Harau.
*
Lepas dah breakfast, dah kenyang, dah packed, dah checkout, kitorang berjalan kaki dari Abdi Homestay menuju ke kawasan sarasah (air terjun). Pa'Unchu akan menyusul kemudian, dia akan tunggu kita di mana-mana dan nanti kita akan bergerak dengan kereta keluar dari Lembah Harau ni untuk ke destinasi seterusnya.
Sementara itu... menikmati sisi lain Lembah Harau dengan berjalan kaki mungkin antara cara terbaik untuk merasa sendiri nikmatnya bernafas di lembah yang indah ini. Tidak perlu tergesa-gesa kerana kita bukan berada dalam rancangan Amazing Race pun. Cukuplah GB beramazing race mengejar dalam beberapa peristiwa kejar flight dan kejar bas yang pernah GB ceritakan dalam blog ni lama dahulu.
Sekarang masanya untuk menikmati masa...
**
Buah koko muda. GB baru first time tengok... biasa tengok yang dah hijau..
Ada sungai. Dan ada yang mencuci baju..
Aktiviti berjualan juga sudah dimulakan. Time ni GB rindu kat lens 300mm GB.
Lembu. Ke kerbau??
Tapak semaian anak padi~
Dan tiba di hujung jalan.
Tengok kanan...
Tengok kiri...
OK. Kita ke kiri.
Echo Point
Beberapa ratus meter berjalan, kita nampak tanda ini terpahat di batu.
Ini adalah titik gema, yang kalau kita berdiri di sini dan menjerit, suara kita akan bergema ke seluruh Lembah Harau, akan memantul-mantul suara tu, bergantung kepada tahap kenyaringan lah.
Suara GB tertelan di anak tekak. Bukan tu aje, masa menjerit, ada motor lalu, dah ganggu. Lepas tu, ada anjing pulak menyalak, pun ganggu dah gema suara GB.
Yang lain pun ok la suara. Semua kena try test kat sini. Kalau nak jerit **** bon**k ke, aku benci *** ke, atau I love *************** ke, boleh sangat lah kat sini. Puas hati!
Tapi yang paling puas hati suara CPL lah. Nyaring tahap bergegar tempurung kepala.
Boleh retak batu kat atas tu rasanya.
Memang bergema-gema!
Video jeritan boleh tengok kat blog DrSinga. Heheheh~
Tengok depan, ada tebing tinggi ni. Tu pasal suara kita boleh bergema.
Tengok kanan, ada juga resort kalau nak try.
Tengok atas. Air menitik-nitik kene awning tudung AidiJuma ni.
Tengok depan lagi sekali, nampak mereka dua orang. Amacam menjerit? OK?
Dah puas jerit-jerit, kita teruskan berjalan. Pa'Unchu dah melewati dan menunggu di suatu pinggiran. Kita masih belum puas meneroka. Tak mahu lagi naik kerata. Nak jalan kaki dulu di Nagari Harau ni. Please...
Tengok laa apa yang kitorang nampak....
Sawah padi terlindung mentari pagi dek tingginya tebing berwarna -warni... Serius cantik! Frankly GB tak pernah jumpa lagi view macam ni kat Malaysia. Pusing kiri, pusing kanan, takde yang lain melainkan yang cantik-cantik sahaja...
![]() |
Bentuk muka bumi yang membuatkan Lembah Harau ni cantik sangat! |
![]() |
Tanah juga subur |
Sarasah Akar Barayun
Rasanya tak terasa berkilometer pun berjalan sewaktu tiba di air terjun ni. Sebenarnya memang cecah 2 km juga, cuma tak terasa. Kat sini ada air terjun yang menuruni tebing batu, dan diadakan kolam di bawahnya buat orang bermandi manda. Di sekelilingnya ada gerai-gerai jualan makan dan cenderahati. Tipikal. Sesuatu yang kitorang tak berapa suka. Tapi takpa. Berada di celah-celah tipikaliti tak bermaksud kita kena jadi tipikal juga. Buktinya?
Nampak tak apa yang dua orang kat belah kanan tu buat?
Lepas tu, kitorang duduk kejap. Nampak benda menarik untuk dicuba. Keropok lebar dimakan bersama mie (orang sana memang eja mi sebagai mie) dan disapu kuah sate padang. Makan sambil menonton air terjun. Ok lah juga..
Dan minum air cap badak perasa jambu batu.
Dan nampak pulak spesis pokok yang menarik untuk dilihat.
![]() |
Ni Birds Nest Fern sebenarnya. masih dalam 'sarang'. GB perhatikan juga muka penjual-penjual di sini. Cantik cantik dan kulitnya bagus,. Mesti sebab air gunung nih! |
Dan...eh?
Kite kene gerak sekarang. Hari dah makin meninggi. Ada agenda lain pula selepas ini.
Till next entry ok!

macam biasa nnti iols link..
ReplyDeletesukati je pa'unchu parking tengah tehgah laman!!
ReplyDeletehahahaaaaaaaaa
eh!
ReplyDeletegambar akhir tu
amboiiiiiiiiiiii!
* qu puteh qu puteh baru lah puteh ..mmmuahhhh.. hahhahahaa...*
ReplyDelete* sambil betulkan crown *
~ dialog gambar akhir tu ..~
Kalau saya kat situ, sure jadi 'greedy' dan ambik beratus foto.. hahaha...
ReplyDeleteKenapa tak bawak 300mm tu GB?
update lah oiiiiiiii.......
ReplyDelete