31/10/2015, Sabtu
Nota:
Lubang tambang = lombong
Batubara = Arang batu
*
Lubang Tambang Mbah Soero
Jl. M Yazid, Tangsi Baru, Kelurahan Tanah Lapang,
Lembah Segar, Kota Sawahlunto, Sumatera Barat
GPS -0.67955, 100.77927
*
Lubang tambang batubara Mbah Soero ni baru sahaja diterokai sepanjang kira-kira 185 meter. Namun begitu, panjang sebenarnya boleh menjangkau 1 km. Tetapi untuk tujuan pelancongan, hanya sebahagian kecil sahaja dibuka. Sebahagian kecil itu telah dilengkapi anak tangga berserta railing serta saluran untuk mengalirkan udara segar. Sebahagian lain ditutup kerana tidak selamat untuk pengunjung, kerana kurangnya udara bersih dan gas yang ada adalah beracun. Dan salah satu faktor lagi... ada antara tempat di dalam terowong yang agak 'keras'.
Entrance adalah dari Muzium Arang Batu Mbah Soero, dan keluarnya melalui suatu laluan di seberang jalan.
Dulu, pekerja lombong adalah orang rantai (banduan yang dirantai kaki dan tangan dan kepala dan dipaksa melakukan kerja melombong, sampai ada yang mati. Yang mana mati, mayat mereka dibiarkan sahaja di dalam terowong, yang mana mungkin menjadi sebab kenapa tempat ni 'keras'.)
Mbah Soero adalah mandor yang berasal dari Tanah Jawa, yang terkenal sebagai tegas, tekun bekerja dan hebat ilmu kebatinannya serta tinggi ilmu agamanya.
Ada banyak cerita menarik tentang lombong arang batu Mbah Soero ni yang boleh dibaca di sini~
Peralatan untuk merantai banduan dipamerkan di dalam muzium.
Dan seterusnya, aktiviti yang lebih best, menjelajah ke dalam lombong arang batu! Kena pakai protection seperti helmet dan safety boots.
![]() |
Kitorang semua termasuk Pa'Unchu yang baru first time nak experience lombong arang batu ni~ |
Gambaran orang rantai pada waktu dahulu |
Dan mandornya |
Ni arang batu real. Diambil seketul buat souvenir. Dibenarkan... |
Dan pengembaraan 15 meter ke dalam tanah pun bermula! |
![]() |
Tangga dan safety railing disediakan. Lombong ni basah sebab ada mata air mengalir dan merembes ke dalamnya |
Gelap sebenarnya kat dalam ni. |
![]() |
Paip ventilation |
![]() |
Aliran mata air dalam tanah |
![]() |
MrsSmile |
![]() |
Kawasan ini tak boleh dilalui. Tapi kalau tak silap ini antara tempat yang pernah dijumpai tengkorank dan rangka manusia |
![]() |
Photo taken by Pa'Unchu~ |
![]() |
Dan akhirnya tiba di penghujung~ |
Sesudah berpeluh sakan kat dalam tu, kitorang makan aircond kejap dalam bangunan muzium, sambil menonton video. Kitorang dapat sijil sebab berjaya menjelajah dalam tu. Dan kalau nak tahu... benda kat bawah ni diperbuat dari arang batu kat lombong tu lah tau!! Berat berkilo tuh!!
Elly Nadira |
Sebenarnya bila dah balik Malaysia baru GB tau pasal tempat tu keras. Rupanya masa tu DrSinga dan lain-lain dah risau dah tunggu GB dan Elly lambat naik. Huuuu~
Puas hati dapat tengok sendiri lombong arang batu antara yang terbaik di dunia. Tapi kena ingat... lepas ni kita ada tempat lain lagi nak pergi. Mana pulak weh???
Next entry!

masa korang terkedek2 kat belakang.... instructor tu dah cerita kat kiteorang .. ade satu lorong sebelah kiri tu... depa tak bukak... sbb ritual ke gitu lah dia ckp...
ReplyDeletemesti korang tak dengar pasal tu kan...?
ade lagi.... pada buruh2 yang mati dlam tu ... depa kuburkan kan kat situ juge yeee...
sbb tu masa korang terkedek2 tak keluar2 lagi dari lombong tu pa'unchu p carik korang...
len kali sila dengar arahan....
hehehehee
hahhahaaaaaaa..
ReplyDeletetu lah..
terkedek kedek lama lama ambik gambar!!
buatnya masa korang kat bawah tu ..
tetiba dengar bunyi gamelan ..
mau mencecet lari naik atas ..!!!
kehkehkehhhh!!!
Masa masuk ke bawah tu ada tak baca2 sikit? Mesti tau, walau ke mana pun :).
ReplyDelete