Tak jauh dari Lembah Harau, sewaktu dalam perjalanan ke Kelok 9 yang tidaklah berapa jauh dari situ, kita nampak semacam ada suatu perayaan. Ramai wanita berpakaian tradisional Minangkabau dan ini buat kite semua teruja. Cantik pakaiannya! Bukan wedding tapi. Sebaliknya menyambut ketibaan/ kemenangan Batagak Pangulu.
Tak percaya?
*
Dari Lembah Harau kita ke Kelok 9. Yang menjadi tarikan di sini adalah Jambatan Kelok 9, yang menjadi kebanggaan warga Sumatera Barat. Jambatan baru sahaja siap dibina untuk memendekkan waktu perjalanan yang menghubungkan Provinsi Sumatera Barat dengan Riau. Di mana sebelum adalanya jambatan ini, Kelok 9 merupakan antara jalan (lama) yang menyeramkan dan berbahaya kerana sangat curam dan di tepinya ada jurang yang dalam. Tapi sekarang ini Kelok 9 tidaklah sepi terus, sebaliknya selalu sahaja digunakan bagi mereka yang mahu mencari spot terbaik untuk menikmati kemegahan Jambatan Kelok 9 pula. Win-win situation GB kira.
Melalui artikel yang GB baca di sini, ada 5 sebab mengapa Jambatan Kelok 9 ini sangat istimewa:
1. Merupakan Hasil Karya Anak Tempatan, menggunakan konsep green construction dan yang paling membanggakan menggunakan produk-produk tempatan. Impressive!
2. Construction yang unik - supported with 30 tiang dengan ketinggian 10-15 meter, dan design nya meliang-liuk dengan panjangnya 2.5km.
3. Panorama hutan hujan yang indah - Maka tidak hairan lah kenapa tempat ini mengundang pelancong.
4. Bersejarah - Usia Kelok 9 yang jauh lebih tua dari Indonesia - Laluan Kelok 9 telah diwujudkan pada zaman Kolonial Belanda pada tahun 1910, iaitu sebelum tahun kemerdekaan Indonesia lagi (1945). Manakala pembinaan jambatan bermula pada 2003 dan dirasmikan pembukaannya pada 2013. Lebih kurang macam kita di Malaysia lah, sebelum ada PLUS, berapa jam dari Selatan nak ke Utara ikut jalan lama kan?
5. Ikon Sumatera Barat
![]() |
Jalan lama Kelok 9 yang berliku liku |
**
Maka atas sebab-sebab ini GB terima sahajalah kewujudan gerai yang banyak di atas jambatan tu. Siap ada jagung bakar. Air kelapa. Jajan. Kerusi dan meja. Di atas jalan. Di tepi gaung. Dan takde safety railing pulak tu!!!
GB masih tak boleh terima sebenarnya...
Satu lane dijadikan tempat makan-makan |
![]() |
Bergambar di tepi gaung yang takde safety railing!!! |
![]() | |
|
![]() |
I cannot brain!! |
Ni view dari bawah. Fuh. Kalau jatuh ni... |
![]() |
Terjebak~ |
Kita teruskan ke Bukittinggi.
***
Till next entry~

Sedapnya jagung bakar.. Kipas tu pun cantik.. hehe.. Tapi gaung tu memang seram.. haha..
ReplyDeleteKalau yg pertama kali sampai ngeri juga
ReplyDeleteTapi yg berniaga tu rasa kakak dah immune tak ada gayat langsung buat mereka
ai stil kenot brain!!
ReplyDeletekita ada kipas macam tu
ReplyDeletenengok dari bawah baru perasan betapa tingginya ia!
ReplyDeletecewek2 yg ala ala senetron takde kat sini eh?
ReplyDeleteWahh.. cantiknya wanita2 berpakaian tradisional tu! Kalau saya dah minta turun dan gi ambik gambar.. hehehe...
ReplyDeleteI cannot brain also!!! Bahaya sangat!
Ya Allah!Beraninya dia orang! Tapi memnag seronok kan menyelami budaya orang lain.
ReplyDeletei oso cannot brain la wei
ReplyDeleteuntung la org duk depan
dpt snap lebey
wakakkakakakakakkaka
bluwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk