Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, December 4, 2015

Sumatera Barat: Istano Basa Pagar Ruyung - Day 2 Part 5

31/10/2015, Sabtu

GB fikir, tak banyak yang perlu GB ceritakan tentang Istana Besar pagar Ruyung ini. Banyak sumber di internet ni yang menceritakan tentang sejarahnya dan macam-macam lagi. Baca kat blog DrSinga pun boleh hehehe.

Jadi biarlah GB tunjuk gambar sahaja. Gambar dan gambar lagi!

The entrance

Bila lihat dengan mata kepala sendiri, memang GB kagum dengan senibina minangkabau Istana ini. Seninya halus dan indah dan menghiasi segenap ruang Istana di sana sini.

Agak terkejut jugak GB dan kawan-kawan sebab sebaik sampai tengok ada ramai betul orang kat sini. Ada yangberlatih menari dan ramainya pelancong, yang sudah pasti ada warga Malaysia juga di sana sini. Tapi taklah GB nak ringan mulut bertanya sebab cuaca agak panas, takde mood sangat nak sembang-sembang.



















Kesian tengok Boboboy dengan kawan dia ni. Panas macam ni dan kena berkostume begitu??











Rangkiang di laman kanan





Slanting, nampak tak?










Uikiran dan hiasan indah di segenap inci 









Kita masuk dulu. Kasut kena ditinggalkan di luar. Cuma masukkan 5 ribu rupiah dalam tabung derma dan kita dapat plastik untuk simpan kasut-kasut kita.



Yang warna hijau purple tu semua plastik plastik berisi kasut~

The Interior

Kitorang sukat setiap floor sampai ke loteng. Sungguhpun gayat sebab floor level fia tinggi dan steps dia lebih tinggi dari standard riser, namun apa yang disajikan di setiap floors dan lebih best lagi view menghala ke luar, adalah priceless. 

:)
















Looking Out

View berbeza di setiap floors. Kena rajin konan kiri kona kanan, baru nampak macam-macam view yang mengujakan. Dan mungkin lebih baik dari apa yang kita nampak di floors sebelumnya.

Atau.. adakah ini kerana GB memang tamak view??






Ni view memandang ke belakang Istana. Kitorang tak jalan sampai ke sana tapi. Cukup jamu mata dengan kamera je. Heheh.




Ada padang kuda juga






The Details

Adalah sesuatu yang mengasyikkan untuk membelek setiap details yang ada di istana ini. Asyik, dan mungkin akan terlajak lama kalau tak dipaksa beredar. Kebetulan pulak memang hobi GB membelek detailing itu ini...




















The Kitchen

Kita ke dapur istana juga. Di sini ada tempat memproses minyak lawang, dari bunga lawang lah GB rasa. Baunya segar dan boleh dicuba secara percuma. GB amik sapu kat kaki yang dah mula rasa kejang. Best! Tapi tak beli pulak. Huhuhu~








Going back

Hari dah semakin petang, sedar-sedar sahaja bila kita keluar dari Istana, orang pun dah semakin kurang, Yang ramai-ramai tadi dah balik kot. Baru rasa boleh bernafas sikit nak amik-amik gambo kat luar tu..















Di seberang jalan menuju ke tempat parkir, ada jualan. Kat sini kitorang beli beberapa jenis kerepek untuk dimakan dalam kereta. Ada sejenis kerepek ubi keledek kaler purple yang sedap sangat... tak dijual di tempat lain dah rupanya. Melainkan di sini sahaja. So kalau ada sesapa nak makan kerepek tu banyak-banyak, beli la siap-siap kat sini. Rasa dulu sebelum beli, takut salah kerepek pulak. Rasa dia manis-manis macam keledeklah. Tu yang buat geram, sebab nanti kat Bukit TInggi takde dah kerepek tu..





Ratu Sikumbang ni suaranya sebijik macam Siti Nurhaliza. Cubalah search kat Youtube, Ratu Sikumbang. Lagu-lagunya bahasa Minang asli. Memang tak faham. Tapi layannnn sebab suara dia sedap!



Next. kita nak cari tempat solat. Tak risau sebab kat Sumatera Barat ni masjid adalah sangat banyak!!


10 comments:

  1. wahhhh....

    ok nnti link.. ahahahaa

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak beli pun. balik google dengar kat youtube je. hahaha

      drSinga beli la tapi~

      Delete
  3. Hebat sungguh senibina depa ye...
    gambar cantik2 lak tu..

    akak suka lanterns tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat. berseni. dan penuh pengertian.

      bagi kita juga banyak yang boleh ditafsirkan dengan senibina mereka.

      lantern tu memang cantik, rasanya kalau antique collectors mesti cari ni!

      Delete
  4. haaaaa!!
    comel sangat Yaya dan ampek kawan kawan tu!!


    ko kenal tak Yaya tu siapa?


    ReplyDelete
    Replies
    1. errr....kawan boboboy yang pakai tudung tu kan??? hihihi

      Delete
  5. Ehh... view cantik sawah bertingkat tu shoot dari mana? Masa saya di sana tak perasan pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap dari tingkat 2 atau tingkat paling atas, memandang ke belakang di sebelah kiri. saya memang alert sikit bab sawah padi bertingkek2 nih. hehehe

      Delete

...kerana komenmu begitu berharga! :D