Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, November 26, 2015

Sumatera Barat - Selamat pagi Danau Di Atas! - Day 2 Part 1

31/10/2015, Sabtu

Pagi di Danau Di Atas adalah asyik bagi GB. Sejuk hingga ke tulang rusuk kiri (eh!). Dan lebih sejuk lagi rusuk kiri GB bila mandi pagi tu water heater tak function pulak. Gigih jugak la kecepush kecepush dalam sejuk macam tu.

Kita checkout terus sebab hari ini perjalanan kita jauh dan nanti malam menginap di negeri lain pulak. Heheh. Tapi tak lah terkejar-kejar sebab kita ada flexibility dari segi masa. Jadi pagi was well spent mengagumi keindahan daerah tersejuk di Sumatera Barat nih.

Ayuh!

*

Pagi di Penginapan Danau Di Atas

Tengok laaa view kat bawah.. berkabus-kabus. Cantik sangat!! Sejukkkk sangat!!!








Kitorang tinggalkan beg kat ruang tamu pastu keluar dengan mesin masing-masing. View macam ni tak boleh disia-siakan! Lagipun perut belum lapar. Makan kejap lagi pun boleh!

Ada tamu lain selain kita

Burung pun dah keluar nak cari makan




Kat sini aje rasanya nak dekat 50 gambo GB amik. Semua angle nampak cantik!



Bukan GB je dok mengadap view ni. Diorang pun sama!!






Bila hari makin cerah dan kabus makin hilang, perut pulak terasa lapar. Cuaca sejuk macam ni memang perut lapar lain macam sikit. Kita masuk dalam order kopi dan breakfast. Yang lain-lain nak makan nasi goreng. tapi GB nak rasa mee rebusnya. Mee rebusnya sebenarnya macam megi kite ditumis letak telur dengan sayur aje. Hehehe.


Mee rebus GB. Cepat sejuk kerana cuaca. Hehehe




Sambil kitorang makan, ada tamu yang bersantai lepas breakfast sambil main gitar dan menyanyi. Suara dia sedap! GB layannnn je sambil abiskan kopi sebab eh, sebenarnya GB memang suka dengar orang nyanyi live dan main gitar. I don't know why, tapi memang layan. Sebab tu kalau jenjalan memana lepas tu jumpa live band, GB boleh tunggu dari satu lagu ke satu lagu. That's how I appreciate music kot.

Tetibe kan kelaut...

Di balik dinding ni ada orang menyanyi dan main gitar. GB cuba amik gambo tapi reflection kuat sangat. Takpelah. 
Lepas bayar bil bilik dan makan (2 bilik kitorang + bilik Pa'Unchu + breakfast for 6 = IDR500K), kita pun angkut beg dan pengembaraan hari ini pun bermula!


Masjid Ummi, Danau Di Atas

Pa'Unchu bawa ke sini dahulu. Sebabnya di sini kita boleh lihat view dan amik-amik gambo Danau Di Atas yang berkabus tu untuk kali terakhir sebab lepas ni kita akan bergerak jauh dah dari Alahan Panjang. Untuk info, tasik ini ada kembarnya. Danau Di Bawah. Kedua-dua tasik ini senonim dengan nama Danau Kembar. Danau Di Atas punya kedalaman adalah lebih 500 meter dan boleh menjangkau lebih lagi sebab Pa'Unchu cakap sampai sekarang kedalaman tepat masih lagi diukur.

Maksudnya teramat dalam lah tu. Yang jadi dalam betul tu sebab ada rekahan bumi di bawahnya...


Masjid Ummi. Baru lagi. Cantik jugak. Tapi landscape nya belum flourished. 

Dekat dengan SMA N 1 Lembah Gumanti

Broom finished gaya nak cepat siap. Kalau GB memang rejek dah ni.

Danau Di Atas. Nampak tak belah kanan tu? TU la resort yang kitorang tak jadi tidur semalamnya tuuuuu


Ada kedai runcit baru dibuka. Jom masuk cari jajan!

Jumpa!!!

Ya udah... ayuh bergerak!!

Dan perjalanan diteruskan.

Semalam masa on the way ke Saribu Rumah Gadang, kitorang nampak la buah markisa bergantungan kat gerai tepi Jalan Padang-Alahan Panjang ni. Disebabkan bising sangat mulut kitorang semalam dok 'markisaaaa...markisa...!' makan Pa'Unchu pun singgah kat satu gerai yang alhamdulillah dah dibuka. Sebab katanya lepas ni dah takde jual dah markisa bila kita bergerak ke negeri lain.

So.. apa lagi??



Banyak markisa bergantungan. GB tak beli tapi. Yang lain-lain beli laa.

Ini pun GB tak beli.

Labu besar-besar!!! Pun GB tak beli

Terung belanda yang sedap gila dibuat jus tuh. Kita tak beli tapi diberi rasa free. Ehehehe~

GB cuma beli tuuuu je. Tomato yang merah-merah tuh. GB memang kalah sikit dengan tomato. Tabley tahannnn. Lagi pulak semalam masa lunch makan tomatonya punya lah manis!!! Sedap betul tomato sini. Rasa dia lain. Mebi sebab tanah gunung berapi kot. Lepas beli GB paksa la Dr Singa makan. Hahahahaha!!!!!

Ni isi durian terung belanda. Korang patut tengok muka sorang-sorang macam mana. Ok lah, suzie, pinjam gambo!!!







Gambo suzie punya GB taruk sini. Link laaaa. Hahaha!!! (cuba tengok GB dalam gambar ni tengah buat apa? Kalau nak tau cuba scroll ke atas sikit sampai jumpa gambo durian terung belanda! Heheheheh

Ok dah. Kite nak jalan jauh nih!!! Geleng kepala Pa'Unchu sambil "Hallo!!!!"..... snap!!!

8 comments:

  1. Setiap detik mengembara adalah pengalaman yang akan jadi kenangan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit mak. :)

      Delete
  2. broom tu buka penyapu ke..?




    tanya je..
    kehkehkehhhh

    sib baik pilih nasik goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha. broom penyapu la tuu. caranya kena pakai penyapu plastik tu dan tarik tarik kat simen basah untuk buat corak. itu namanya dia broom finish.

      sebenarnya sedap jugak layan megi tumis sejuk2 macam tu. hahahah~

      Delete
  3. Kakak tumpang tengok jadilah
    nampak muka satu-satu tahu semuanya happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, semua happy dan eksaited!! hehehe

      Delete
  4. Assalamualaikum.. syiokknya jalan-jalan sedut udara segar.. eh, buah terung tu tak sama ke dengan buah cinta kat Cameron, masam gila kan rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam che mid.. saya tak sure pulak. mungkin sama kot. yang ni yang masam tu bijinya. masam betul! tengok aje muka kitorang. heheheh

      Delete

...kerana komenmu begitu berharga! :D