Bismillahirrahmanirrahim...
Nota:
Tamakninah = gelaran yang DrSinga beri kepada GB sebab bergantungannya kamera-kamera besar kecik di bahu GB dan tak termasuk smartphone dan emergency phone atas sebab nak buat backup untuk ambil gambar.
Antipode = Bertentangan. Secara diametriknya di atas planet ni, Esmeraldas, Ecuador letaknya betul-betul bertentangan dengan Padang (sumber). Mungkin lebih senang kalau tengok kat atas globe. Dan sudah semestinya Esmeraldas juga boleh digelar The Antipodes of Padang, Indonesia.
Tapi, ini bukan kisah tentang Esmeraldas. Ini adalah kisah tentang Padang.
![]() |
Bukan setakat kamera, monopod dan remote pun GB bawak. Tapi last-last simpan dalam beg buat pekasam! Hahaha! Lesson no 1, next time jalan takyahlahh GB bawak monopod...! |
***
Sebelum trip ke Ranah Minang ni... sebenarnya kitorang berlima telah diuji dengan bermacam jenis ujian. Hampir sahaja hati berbelah bagi mahu pergi atau tak. Ditambah pula dengan masalah global seperti jerebu lagi. Flights banyak delayed dan macam-macam lagi. Tetapi akhirnya setelah kita semua berbincang, menetapkan niat kita travel ni kerana Allah, berdoa dan bertawakal... kita semua berjaya merealisasikan trip ini.
Prelude trip ini bermula sejak hujung 2014 lagi. Bermula dengan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Lepas tu berlanjutan ke teater dan novelnya pula. Semakin dekat hari, semakini teruja rasa bila masin-masing rajin menggugel tempat-tempat yang DrSinga dah listkan dalam itinerary. Kepada yang rajin baca entry kita-kita yang jenjalan sama DrSinga ni, tau lah kan itinerary nya takkan sama dengan orang lain.
Dan secara unofficially, DrSinga Travel Agency pun wujud. Hahaha!
***
Flight ke Padang ni kejap aje tapi since terbangnya pagi dan memasing sure tak sempat breakfast, kitorang pre-ordered food in flight. This time GB makan nasi lemak Pak Nasser. MasyaAllah, sedap rupanya!!! Boleh sangat kalau nak order lagi lain kali.
Sebelum sampai kitorang masing-masing nampak sesuatu yang indah. Gb nampak bulan siang. Terus berangan Puteri Impian sebab ada satu dialog ni Amy Mastura sebut pasal bulan siang masa dia tolak pinangan anak raja...
Dan disebabkan berangan, GB tak nampak pelangi dan Gunung Singgalang. Nasib baik Elly nampak dan snap gambo! Hahaha!!!
Belum sempat nak berangan panjang-panjang, kitorang pun sampai...
***
Tour guide kitorang di Padang adalah Pa'unchu Aulia. Pantas Pa'unchu kenalkan diri dan amik-amik gambar dan perjalanan yang best pun bermula!!!
![]() |
Geng DrSinga Travel Agency - CPL, DrSinga, MrsSmile, GB, dan Elly |
Agar sesuai dengan jarak dan lokasi, itinerary yang DrSinga dah beri kepada Pa'unchu telah diterbalikkan.So mula-mula kita pergi pusing Kota Padang dahulu. Sebelum bergerak untuk perjalanan jauh ke Alahan Panjang di Kabupaten Solok!
![]() |
Bumbung gonjong (senibina Minangkabau) adalah diwajibkan untuk bangunan-bangunan kerajaan di sini. Kalau private tak gonjong pun takpe. |
![]() |
Jambatan Siti Nurbaya dan kampung di sekitarnya |
![]() |
Padang pernah dilanda gempa bumi pada 2009, dan masih ada kesan tinggalannya |
Dan melalui Masjid Raya Sumatera Barat yang sangat cantik bumbungnya! |
Jual jamu kocok |
Landasan keretapi yangmerentasi kampung dan tidak berpagar |
![]() |
Dan makan es durian yang taraso lamaknya!!! |
***
Terus kita ke Alahan Panjang di Kabupaten Solok. Perjalanan agak lama, kurang lebih 2 jam. Jadi GB amik kesempatan untuk tengok view hutan pine, ladang teh, kebuh sayur, kampung-kampung dan sesekali jumpa air terjun yang terlalu ohsem di sepanjang perjalanan dan tangkap gambar banyak-banyak! For info, Alahan Panjang adalah kawasan paling sejuk di Sumatera ye. Macam Cameron Highlands dan Kundasanglah sejuknya. Tapi tak perlu la pakai baju berlapis-lapis. Kecuali kalau ada penyakit athma.
Dan akhirnya.... berhenti di ladang teh yang terbentang luas ini!!! Cantiknya subhanallah...!!!
![]() |
Saya memang tak reti selfie. Ni la kali terakhir pakai monopod dan shutter remote ni sebelum disumbat dalam beg dan tak keluar-keluar dah! |
Pa'unchu |
Sebelum bergerak, Pa'unchu cadangkan kite minum teh dulu. Kitorang ok je. Tapi since GB takleh minum teh sangat, GB abiskan ke es durian yang dibeli di Padang tadi. Sambil makan strawberry yang dijual budak-budak kat situ. Dan jajan lain yang juga dijual di warung. Tapi bila nak bayar, tuan caj IDR3500 je. Katanya teh percuma. Ehhh.... terlalu murah! Jadinya kitorang genapkan saja IDR5000. Itupun masih murah gila lagi! Tak masuk akal! Semoga Allah murahkan rezeki kakak warung tu. Hihih~
Sukirman |
Seterusnya? Kita jalan jauh juga. Tapi kita belum ada tempat tidur malam tu. Misi mencari tempat tidur bermula. Dalam entri akan datang!
Chop tempat dulu
ReplyDeletesila laa chop!
DeleteNak pinjam monopod dan shutter plis!!!!
ReplyDeleteNak register dengan wa kena bagi berat dan tinggi dan saiz kasut ya!! 😅😂
sampai sekarang simpan mana tah tak keluar lagi dari beg. cemni nak selpi??
Deletehuiii... dah update..
ReplyDeletennti kiteorg link je .. muahahaahaa
untung la duduk depan... tak mabok pinang...
#lenkalikodukbelakang..!!!
pms letteww... hewhewhew~
Deletetercapai juga hasrat kina nak berjalan bersama GB...hehehehe
ReplyDeletenanti tayang komen kina ni dekat dia tu tau :p
hahaha baik!!!!
DeleteSaya noticed ada signboards Jalur Evakuasi dan Peringatan 6 tahun Gempa Bumi. Teringat saya masa duduk di hotel Ibis di Yogyakarta dalam bilik ada pamphlet Prosedur Gempa Bumi.
ReplyDeleteThanks for all the Padang photos. Dapat 'rasa' suasananya. Love em'! :)
Cantik sungguh ladang teh tu! Kalau saya pun dah sah2 beratus foto ambik kat situ je.. hehehe...
lain en syed feeling ladang teh kat situ dengan ladang teh kat cameron. yg cameron punya memang cantik. tapi yang kat padang ni saujanaaa mata memandang....!
Deletekain sulam, kain sulam...apa kah?
ReplyDeletemau beli buk???
Deletechantek semuanyerr ;p
ReplyDeletemekasihhhh ~
DeleteSubhanAllah...
ReplyDeletepemandangan yang indah, pastinya juga memberikan pengalaman yang indah... :)