Agar mudah bergerak, kerete Pa'Unchu park di satu spot dan kita berjalan kaki aja menyukat kampung. Lebih mudah untuk cari apa yang mahu dicari dan rasa apa yang mahu dirasa. Dan tembak apa yang mahu ditembak. Hihihi!!!
Pada mulanya kita agak kecewa sebab tak nampak pun seribu rumah gadang yang beratap gonjong di sini. Hanya selepas Pa'Unchu park kereta dan kita turun berjalan, barulah nampak satu demi satu bangunan yang dicari-cari itu.
Rumah Gadang Atap Gonjong Lama
Port pertama ni rumahnya lama-lama. Banyaknya nampak macam dah tak berpenghuni. Tapi tak berani la pulak nak naik atas sebab risau ada papan yang dah reput atau struktur yang dah tak kukuh. Tapi view kat sini teramatlah cantik!!! (walaupun langit kelabu sebab masih jerebuuuu)
![]() |
Yang belah kiri yang kecik tu adalah rumah simpanan padi, rangkiang. Kalau kat Kedah kita panggil jelapang... *tetibe |
![]() |
Kucing pun ada.. lihat bumper nya.. pakai apa? |
![]() |
Ada juga kubur lama di sini |
![]() |
Kubur lama lagi... |
Ini view faveret GB |
Rumah Gadang Baru
Kawasan Seribu Rumah Gadang juga tak terlepas dari arus kemodenan. Maka kerana itu ada kawasan yang rumahnya lebih baru, namun ada yang gadang, dan ada yang biasa saja. Tapi, rumah gadang yang baru-baru ni lebih lively. Nampak berwarna warni dan nampak hidup. Tapi apa yang menarik, ada rumah yang rangkiangnya masih ada ya walau sudah semakin uzur!

Inap Desa (Homestay)
For info, ada rumah gadang di sini yang dijadikan homestay. Yeahhh... bermaksud kalu next time datang nak tidur sini boleh sangatlah! Rate yang ditawarkan adalah IDR1juta satu malam. Atau boleh juga sewa bilik sahaja dengan rate IDR250 ribu! Menarik tak??
For info, senibina rumah gadang ni memang slanting (menyenget), baik column nya mahupun lantai dan tingkapnya. Funsinya ada banyak, salah satu antaranya adalah untuk menahan dari gempabumi.
So bukan salah GB yang senget atau lens yang senget ye..!!
![]() |
Inilah homestay yang IDR1 juta semalam tu ye! |
Kita juga dipelawa naik ke homestay lain, untuk rasa sendiri bagaimana interior rumah gadang ni. Tanpa segan kitorang pun naiklah melihat-lihat.
Agak tergugat juga hati ni bila tengok rumah-rumah gadang ni, tambahan pulak kitorang memang belum ada tempat tidur. Ada juga bertanya-tanya rate yang ini berapa? Tapi tuan rumahnya tidak ada dan aga suntuk juga sebab kitorang tanya last minit.
![]() |
View dari dalam. |
![]() |
Dan GB di jendela (credit to DrSinga) |
Seribu Rumah Gadang dan Orang-orangnya
Sini tenang sahaja. Kehidupan berjalan seperti biasa. Ada urusan jual beli dan aktiviti petang juga berlaku seperti biasa. Sweet sangat!
Orang kat sini juga kreatif. Untuk create road bumber, diorang guna sahaja batang kelapa.
![]() |
Mak Upik yang peramah dan dialah yang beritahu ada homestay di sini. Bahasa minang! |
Pakcik ini juga orang kuat di kawasan ini |
![]() |
GB tak tanya apa fungsinya, tapi secara logic ini bagaikan tempat berkumpul untuk tengok TV beramai-ramai! |
Dan mereka - Kawan-kawan yang saya sayang
Puas?
GB puas. Lepas tu jumpa rumah gadang tepi jalan dah tak sibuk-sibuk nak amik gambo lagi.
Jom kita balik ke Alahan Panjang! Kita masih ada pending mission ni... nak cari tempat tidur! Berjayakah kitorang??

ok nnti sy link yg ini juga..
ReplyDeletedan saya juga sayang kamu..
Saya sayangggggg GB jugak!
ReplyDeleteCantik2 gambar GB!
Jamgan link!!!!
ReplyDeleteAttn: juji
Saya bagi jawapan bocir eh!!!
ReplyDeleteDapat dapat dapat!!
apa tu? heheh
ReplyDeletepenuh seni rumah depa ye...
ReplyDeleterumah gadang..macam teringin nak pegi....
tajamnya mata kamu GB..kite tak nampak pun kubur tu
ReplyDeleteheader awak cantik!
gambar2 semua cantik2 dan saya dah tahu kenapa awak sanggup pikul dua tiga camera sekali :)
wah best nya... kenapa saya tak jumpa tempat macam ni masa pergi dulu hehe.. nak kena repeat ni..
ReplyDeletesenibina minang tringt wak props dlm film hamka 'dibawah lindungan kaabah' yg hebat tuu. ;p
ReplyDelete