Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, November 14, 2015

Sumatera Barat - Misi Mencari Rumah Atap Gonjong, Kabupaten Solok Selatan (Day 1 Part 2)

Nota:

Atap Gonjong = Atap Minangkabau

***

Misi mencari tempat tidur bermula.

Kita pergi tengok satu hotel yang baru, tapi nampak macam belum siap. Ada bahagian struktur yang masih terdedah. Dari situ nampak Danau Di Atas agaknya tapi kalau malam dah tentu tak nampak apa-apa. Takde wifi. Tapi ada water heater - penting juga. Pa'Unchu tolong survey kan dahulu berapa cajnya satu malam. Within budget, tapi kita tak segera setuju kerana katanya nak bawa tengok satu lagi tempat. Tapi, kita semua dah lapar... makan dulu yuk!





Rumah Makan Warna Baru.

Nasi Padang.

Masaknya sedap dan GB especially sangat teruja dengan ulam sawi celurnya. Sebab daun dia tebal dan tak pahit dan sangat sedap! Sungguh tak sama rasanya dengan sawi di Malaysia! Sambil makan nasi, kita makan jajan keropok sapi, dan sambil juga tengok view Danau Di Atas yang kelihatan dari situ.




Budak ni jual stroberi. Matanya cantik warna hazel. GB nak snap depan tapi dia malu pulak~



Nindiaaaa.. kepok kulit lembu!

Jemput makan....

Dari luar rumah makan boleh nampak Danau Di Atas

Seperti yang dijanjikan kita lepas tu tengok pulak tempat lain untuk tidur. Kali ini kita cuba tengok rumah tumpangan milik kerajaan.

Villa Pemerintah Kabupaten Solok. Atau Alahan Panjang Resort.

Tengok dari jauh memang nampak cantik. Letaknya betul-betul di tepi tasik (Danau Di Atas). Ada pulak pokok-pokok pine di sana-sini Dah la cuaca sejuk. Memang ohsem sangat nampaknya.

Akan tetapi... maintenance kawasan tu hancho. Tak terjaga. Ada banyak villa berupa cottage tapi kebanyakannya kosong. Cottage yang nak disewakan tu pun nampak scary macam rumah berhantu. Memang la ada view tasik yang ohsem. Tapi keliling dan dalamnya menakutkan. Lagipun ada apa pada view kalau malam tak nampak apa-apa?

Kebetulan GB terjumpa berita tentangnya di sini.



Tengok guardhouse je dah tahu macam something wrong






  

Ni haa rumah yang nak disewakan. GB memang ragu-ragu nak masuk bila tengok rupa dia cenggini!
  
Dari dalam nampak view tasik. Sejuk. 

Selpie sedikit. Jangan tengok GB. Sebaliknya tengok je perabot yang berhabuk. Gambo lain GB tak amik sebab shocked tengok rupa dia macam tu.

Kat belakangnya ada view macam ni. 

Remark: Kawasan tu sebenarnya tengah renovate. Mungkin next time GB ke Alahan Panjang lagi kawasan tu dah siap. Boleh la try tidur tepi tasik pulak!

***

Takpelah. Pa’unchu bilang elok kite gerak aje ke Kabupaten Solok Selatan. Karena dibimbangi akan membuang masa kalau terus-terusan mencari tempat tidur si Alahan Panjang ni. Lagipun, kata pa’Unchu, Alahan Panjang tidak ramai pelancong. Tenang aja. Pasti akan ketemukan tempat tidur nanti malam.

Uii... GB menulis berslang Indo!

Ada orang mandi manda dalam kesejukan air Danau di Atas
This time kitorang takde pilihan selain percayakan Pa'Unchu.

***

Mencabar jugak bila nak tulis entri pasal tempat yang belum di cover google steet nih. Ada beberapa tempat yang GB tak pasti namanya tak dapat nak trace sebab Google Street belum cover kawasan-kawasan kat Sumatera Barat ni.






Salah satunya adalah masjid yang kitorang singgah untuk mendownload apa yang patut selain melunaskan kewajibab sebagai hambaNya. Kita singgah solat di Masjid Al-Muttaqin (setelah puas menggugel GB rasa betul la kot nama masjid ni. Lupa amik gambo masa tu) di Pantai Cermin semasa on the way ke Kabupaten Solok Selatan. Pantai Cermin, tapi tak ada pantainya. Sewaktu di sini kebetulan ada ceramah agama di dalamnya. Dalam  dialek Minang! GB dengar sebijik macam nenek mamak Hayati yang bercakap. (Hayati dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck). Tapi... sebaik aje kitorang masuk ke dalam masjid, penceramah terberhenti. Semua orang menoleh ke belakang. Siap disuruh solat di depan lagi... hehehe maluuuu ngeee. Tapi mereka sangat ramah dan mesra. Agaknya di kawasan itu jarang ada pelancong so agak pelik la kot. :)

Ini masjidnya. Banyak masjid berkubah serupa di sini.

Kat belakang masjid nampak view ini~


Dan ini

Kakak kakak dan makcik makcik sedang berkuliah

Sempat juga bertanya tanya dengan ramahnya

Bangunan beratap gonjong yang sudah usang bumbungnya

Dari sini kita perlu terus 30km lagi dan akhirnya kita melintasi sempadan Kabupaten Solok Selatan, Nagari Saribu Rumah Gadang!!!



Sebelum sampai kita berhenti kejap kat tepi jalan bila nampak bangunan cantik ni. Istano Rajo. Amik gambar jap, pastu teruskan perjalanan ke Kawasan Saribu Rumah Gadang.

Istano Rajo 


Ini baru satu. Bayangkan macam mana pulak view atap gonjong yang banyak macam ni kat Kawasan Saribu Rumah Gadang nanti?

Next entry...


7 comments:

  1. salam ukhwah dari ana, menarik perkongsian GB di sini, teruja melihat keunikkan negara orang yang di pamerkan..:)

    ReplyDelete
  2. Rp500 000 dua bilik kat situ!!
    pensan dengar!!Convention Villa tu!!
    Seram seram sejuk nak melangkah semak samun tu! takut ada nagin!!

    tapi
    bak kata Pa'Unchu
    Tenang ajaa..

    ReplyDelete
  3. The uncovered area of Padang. Perghh..mmg thrill sgt tu dik oii

    ReplyDelete
  4. ya udah....mau tidurin di mana GB ?

    ReplyDelete
  5. bestnye GB..take care..gambau ko amik cantik2..

    ReplyDelete
  6. Saya especially suka shots GB yg tembak dari dalam kereta. Terasa kembaranya :). Dapat lihat apa yang GB lihat. Nice lah!
    Sebenarnya kan, ada macam2 cara nak rakam travels kita dan ini adalah satu cara yang saya suka, yang saya sendiri pun buat juga :).

    ReplyDelete
  7. budak lelaki mata hazel tu pon pemalu mcm wak jugak erk., kehkeh2

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D