Pengalaman menarik terutamanya sewaktu di Sabang sebab kitorang pilih untuk pusing pulau naik bechak. Dengan bontot hanya beberapa kaki dari atas jalan raya, pandangan luas 360 darjah, kitorang ikut jalan kampung dan melalui kebun-kebun, hutan, terserempak dengan lembu melepak atas jalan dan monyet yang gangster, dan selalu pulak nampak view yang indah-indah sambil ditiup angin kencang bila bechak jadi laju. Banyak masjid yang cantik-cantik binaannya, dah serupa senibina Ottoman macam kat Turki. Ada waktunya berdepan dengan situasi cemas bila melalui jalan yang tak berapa elok dan ada gaung pulak di tepinya, yang mana pada waktu itu kita harus percaya penuh kepada pemandu bechak sambil berdoa banyak-banyak. Bila hujan, pakat-pakat pulak kembangkan bumbung bechak supaya tak basah. Dan jerit-jerit cemas bila dikejar monyet yang banyak di tepi jalan. Sedangkan waktu itu kita di atas bechak yang sedang bergerak. Dan bila Pak Bambang selamba tinggalkan bechaknya di tengah jalan meninggalkan DrSinga dan CPL, masing-masing cemas takut diorang kena langgar. Sonni je yang cool. Tapi selamat aje... Heheh~
Best lah experience di Aceh. Tujuan GB cuma mahu biar kawan-kawan nampak apa yang GB nampak. Dan mahu beritahu yang betapa Aceh ini suatu tempat yang ada macam-macam bagi mereka yang mahu mengembara.
Sabang (Pulau Weh)
Banda Aceh
Selain dari pengalaman yang best, GB macam biasa, kembali ke Malaysia dengan kulit yang terbakar. Hitam la 2-3 minggu. Tapi GB tak kisah. Dan adalakanya GB suka bila jadi gelap sementara tu. Rasa eksotik pulak. Cuma tak tahan bila kulit gelupas dan hidung berdarah aje.
Tapi pape pun, GB dan kawan-kawan tak serik untuk hitam demi sebuah pengalaman yang best. Thank you Allah. Segala kekayaan hanyalah dariMu.
Alhamdulillah.
~The End~

Wah sangat menasrik blog anda..pernah dahulu ke sini..
ReplyDeleteKoleksi foto2 yang best. Macam2 subjek ada!
ReplyDeleteFeels like I was there too! :)
Hitam-hitam tetap manis dipandang mata:)
ReplyDeletePuas berjalan menikmati suasana negara org.
Awk, sy nk tny pndgn kt sabang tu dgn lebih detail. Boleh?
ReplyDelete