Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, October 3, 2015

Discovering Atjeh: Day 3 Part 1 (Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh)

Hari last kat Freddie's ni terasa macam.... macam tolonglah jangan hari last lagi. Rasa macam nak extend je lagi satu malam. Tapi rasa itu GB biarkan saja berlalu sebab eh helloww... no 1) GB bukan bos. Dan no 2) Kawan-kawan pun bukan bos. Dan no 3) GB pernah dengar nasihat.... "Benda best... kene stop semasa dia tengah rasa best". Lebih kurang gitulah nasihatnya.

Bangun pagi terus amik gambo langsir. Motif???
Dan solat Subuh...


Dan packing segala barang, charger bagai... kosongkan fridge, dan turun bawah untuk breakfast dan checkout~


So kita pun bersiap dan breakfast dan checkout dan pergi ke jeti naik van. This time kita nak naik bechak sebab atas faktor keselamatan... bechak tak sesuai untuk perjalanan rushing awal pagi sebab kita tak tahu bahaya apa atau binatang buas apa yang masih berjaga di waktu awal pagi begitu. Sebab bechak kan open air. Lagipun kite nak kejar feri, sebab kalau terlepas yang pagi ni, next feri would be petang. Kita masih ada agenda di Banda Aceh dan esok pepagi buta dah nak balik KL....

This time GB prayed hard supaya janganlaa wishes masa bangun tidur tadi came true. Hahaha!!!

Macam biasa... mesti GB nak tayang makan kat Freddie's ni. Pagi ni kite makan nasik goreng. Dan ada roti bakar sapu mayo & cheese dan telur. Pastu GB amik juga fruit salad makan dengan yogurt. Dan toast sapu butter dan choco peanut butter yang sangatttt GB suka! GB ni hantu peanut butter ok. Dan ada yang chocolate pulak tu???








Macam biasa... makan sambil tengok pantai.


Sambil perhati orang
Bagus... baru la uswatul hasanah. Walau pergi pantai tapi tetap bertutup litup. (Insaf...!)
Dalam van yang bergerak menuju ke jeti

Akhirnya kite yang paling awal naik feri. Selalu macam tu~

Dan 45 menit kendia... kite pun sampai ke Pelabuhan Ulee Lheue (Ulele)

Dan moh gerak kite mencari destinasi seterusnya

Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh

Kalau diikutkan sejarah, masjid ini pernah mengalami banyak peristiwa besar, antaranya dibakar sewaktu penjajahan Belanda pada tahun 1873. (Sumber). Tapi sejarah besar yang lebih dekat dengan kita adalah sewaktu dilanda Tsunami 10 tahun lepas. Kesan-kesannya masih dapat dilihat sampai ke harini, walaupun setelah dibaik pulih. Kalau tengok betul-betul masih ada watermark dekat tiles yang ada di aras tinggi di minaret dan kubah. Malah jam besar di bahagian luar hadapan juga adalah yang telah diganti baru, kerana yang lama dihanyutkan Tsunami. Dan untuk kesekian kalinya, GB masih ak tergambarkan macam mana perasaannya pada waktu itu...










Nampak tak watermark?


Disebabkan payah nak tunggu depan masjid ni kosong, makak GB include kan sekali diorang semua masuk dalam gambo. Amik kau!

Tu jam baru..

Kat sini pun boleh nampak watermark~






Scupper drain dia lebih sekaki tu! Tapi bersih la~




Assalamualaikum...

Melangkah ke dalam... tiba-tiba bahu GB dicuit seorang lelaki sambil dia menunjuk-nunjuk ke bahagian kaki GB. GB blur jap. Sebab taktau kenapa. Mungkin ke sebab GB tak pakai stokin? Tapi orang lain pun ade gak tak pakai stokin, tak kene cuit pun. Lelaki tu pun tak cakap apa, just tunjuk lepas tu menghilang di celah-celah columns. Mungkin dia join any of the groups yang tengah berusrah kat situ kot. GB tak cam dia.

Masjid ni sangat meriah. Ramaiiiii orang tengah buat majlis ilmu kat dalam tu. Alhamdulillah...










Lepas selesai tahiyatul Masjid bagi yang boleh, kitorang pun pergi menyukat-nyukat kat bahagian luar pulak. Cuaca memang panas, GB dah ireng sebenarnya, tapi dalam masjid tu ventilation nya bagus sampai sejuk segar tak terasa bahang luar langsung.



Luar juga sibuk. Ramai orang. Yang bergambar. Yang buat kerja maintenance. Yang tengok-tengok aje...

Eye contact! Thank you!! Ok dah, boleh teruskan buat maintenance nozzle jets!


Palma kurma kat perkarangan masjid

Pakcik ni dengan kameranya. Otai nih!


Kat sini Wrightia religiosa dia sangat rimbun. Bunga dia wangi.... dan putih. GB suka!!
Di seberang jalan, GB nampak benda warna warni ni. Rupanya adalah piling hotel yang tak jadi dibina. Constructionnya diberhentikan selepas tsunami. Letaknya pulak betul-betul depan masjid. Memang patutlah tak jadi buat pun...


Nak masuk tapi tak boleh, Berpagar. Nampak cantik la dicat gini tapi masih bahaya sebab ni tetap bekas tapak pembinaan. Taktau apa ada kat sini. 


Dan kite lintas jalan ke arah masjid semula dalam panas terik, mencari destinasi seterusnya.

9 comments:

  1. Salah satu masjid yg teringin kakak kunjungi
    Betapa Tsunami pun tak menjejaskan masjid ini kan..

    ReplyDelete
  2. Cantik dalam masjidnya...ramai pula orang di dalamnya...

    ReplyDelete
  3. chantek gmbr2 aceh mcm biasa., hehe tetibe tringat 'kampong perigi aceh' jeeeew ;p

    ReplyDelete
  4. nanti pergi lagi nak ikut...tak kira!!

    ReplyDelete
  5. Hello, this coming to you from Canada. Chantek gambar2 disini...well taken. I have never been to Indonesia...from your pics the place looks beautiful.
    Sana tada tu haze?
    Have a nice day and keep a song in your heart,
    Lee.

    ReplyDelete
  6. teringin nak pergi ke sini..insyallah ...
    pictures son nice rasanya seperti berada di sana sudah..thanks for sharingh GB

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D