Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, May 28, 2015

Discovering Atjeh: Day 1 Part 5 (Freddies, Sumur Tiga, Sabang, Pulau Weh)

Nampak tak view ini? Malas nak cerita panjang-panjang... tapi nak jugak cerita panjang-panjang. Ini la dia view dari Freddie's kat Sumur Tiga tu, tempat tidur kitorang untuk 2 malam ni. Kalau macam ni punya view... 20 malam pun GB sanggup!

Nganga...!

View dari balkoni bilik. Ngangaaaaa lagi!!!

Pun view dari balkoni jugak.

Dan ini la rupa bilik kitorang. Muat untuk 4 dewasa sorang kanank-kanak atau pandai-pandai la nak adjust kan. 

Kita takleh bazirkan masa dengan duduk dalam bilik je. Sebenarnya tinggi gile nak menapak naik turun, lebih kurang macam masa duduk kat Kundasang jugak. Cuma bezanya yang tu kat gunung, yang ni kat tepi pantai. Tanpa banyak membebel, moh le kita ke pantai..

Nganga lagi tak? Ini view dari pantai~

Toleh kanan~

Cantik sangat pantai dan laut dia. Nak snorkel boleh sangat nih!



Jernih biru air dia walau dah petang.
Nak jadi cerita... ada satu keluarga Germany ni jenjalan kat pantai tu. Diorang pun menginap kat Freddie's jugak. Anak lelaki diorang, David ni... tetibe datang kat kitorang... lepas tu pegang tangan GB dan bawak berlari (bermain).

Erk!! Layan je lah.. dia pantai cakap omputih tapi... dia cakap German, so GB cakap la Melayu dengan dia. Baru la ayam dan itik! Pastu cam biasa la aktiviti kita... susun batu, amik gambo, amik gambo, dan amik gambo lagi!

















Lepas maghrib, kitorang turun bawah untuk dinner. For the first night ni kita nak dinner kat sini je instead of keluar cari makan. Senang. Kat sini dinner adalah sangat best!! Ada bercourse-course, dari starter sampai dessert dan semua adalah ohsem!!! Freddie handpicked menu dan google resepi untuk sediakan dinner yang sedap nih.

Salad asparagus dengan tembikai

Greek cucumber soup. Yang ini seriously best!!

Tuna steak yang lagi besar dari dua tapak tangan GB. Mexican styled fried rice. Bunga kobis celup telur. Dan the best eva pumpkin pancake yang ditabur sugar dan spices macam cenkih, buah pala, dan serbuk kayu manis. Kalau GB on diet time ni pun GB sanggup burn je!

Dan ini. Apple pie. Yang dibuat oleh wanita German yang dah menginap kat sini lebih kurang 20 malam gitu. Oh sungguh best! Next time kitorang dok sini, atau time GB honeymoon ke... ingat nak jugak la masak something untuk Freddie. Cekodok ke kan? Hihihi~

16 comments:

  1. bila boleh totop mulut ni!!????

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    untung la leh jenjalan ;)

    ReplyDelete
  3. hahahaa... sama macam komen akak...

    dari mula sampai abis... nganga jaa....

    meleleh air lior...

    nnti kite link yee... hahahaa

    ReplyDelete
  4. Salam GB..boleh saya tau contact atau cara booking kat freddie ni..akan ke acheh disember ni tapi nak booking awal. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. sambung ngaga jugak!
    eeeh bau nasik minyak...........:)

    ReplyDelete
  6. Budak germany tu tak ada budak lain dpt kawan anak dara org pun menjadi juga:)

    ReplyDelete
  7. Muhammad Afif
    boleh book di sini
    http://santai-sabang.com/

    Freddie akan jawab sepantas kilat!
    Have fun at Freddie's
    :)

    ReplyDelete
  8. Ohsem view, ohsem.friends, ohsem food. Apa lagi nak untuk a short holiday, kan?

    ReplyDelete
  9. Subhanallah......cantiknya ciptaan ALLAH...




    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  10. Menawannyaaa tuna steak! Oneday nak anniversary sini lah...

    ReplyDelete
  11. A place visited will be that much more memorable kalau ada bersama people you love like your sisters tu kan GB. More fun and more delightful :).
    InsyaAllah, satu hari saya ingin juga ke Freddie's.

    ReplyDelete
  12. aisey
    nampak sedap semua makanan
    dah la makanan nampak sedap
    tempat penginapan cantik gila weiiiiiiii

    tetiba nak pi sini gak satu hari nanti

    ReplyDelete
  13. wah... nasib baik last part ada gambar makanan.. takdelah ai nganga je dari awal tengok gambar2 tu.. takut meleleh air liur.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  14. pantai, food dan kengkawan yang gojes

    ReplyDelete
  15. huuyooo... menarik tu... kat tempat Freddie nie... over the sea ke...?

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D