Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, May 24, 2015

Discovering Atjeh : Day 1 Part 4 (Sabang, Pulau Weh)

Disebabkan takut ketinggalan feri, kitorang cepat-cepat bergegas ke jeti. Dan bergegas juga ke feri. Takpelah. Naik awal tak sesak sangat. Sementara nak tunggu feri penuh, datanglah pejaja-penjaja menjual macam-macam jenis makanan. GB beli kerepek pisang salai sebab masih terbayangkan kesedapan kerepek pisang salai  kat Jogja haritu. Sayang sikit rasanya tak sama. Huhuhu~

Macam bihun goreng

Jajan-jajan


Tak lama lepas tu, feri makin dipenuhi penumpang. Maksud GB, serius penuh! Dan berlayar kita, dan akhirnya sampai ke Sabang dalam 45 menit kemudian...



Kat sini... kita didekati oleh pengusaha kereta sewa dan juga bechak. Bechak sini guna motor, bukan basikal. Disebabkan kitorang-kitorang ni suka cuba benda baru... kita pilihlah bechak! Ya, dua bechak sebab kita ni berempat. Best gila naik benda ni walaupun pada mulanya GB macam tak kompiden - boleh ke bechak ni bawak GB? Hahaha~!!

Bechak Pak Bambang



Ok. Nampak sangat tak balance kan?? Kompem sepeda roda dua Pak Bambang menyumpah tak sudah! Hahaha!!! Di belakang adalah bechak Sonny yang dinaiki Iyra dan CPL. Untunglaaa banyak space..!!!


Best gila naik bechak ni. Nyaman. Berangin. Pandangan luas. Dan bebas nak klik gambo walau taruk kamera 6 inci dari atas permukaan jalan sekalipun, but at own risk lah ye. Hihihi!!

150mm from the road level in a moving bechak. Hihihi~

Haa... nampak? Best kan??

Kita lalu kawasan ladang/ kebun~

Melalui bawah gerbang 0 kilometer Indonesia yang masih belum siap 

Dan membaca cara hidup masyarakat sini dari surface nya. Sini lagi banyak motor dari kereta ya.

Dan boleh menikmati view yang ohsem!!! 

Dan lebih ohsem lagi sebab kita boleh berhenti amik gambar bila sahaja nampak view yang berkenan di hati

Disebabkan bechak ini tak lah laju sangat, kita boleh amik view macam ni, siap sempat setting-setting kamera lagi. Dan tak payah berebut tingkat dengan sesiapa. Hihihi~

Dan view ini. 
Dan kita berhenti sekejap. Untuk view ini.


Dan ini.

Dan ini. 

Okelah kan, boleh pegi amik amik gambar kejap. Dan kebetulan ada serombongan budak-budak sekolah yang dari Banda Aceh pun berhenti jugak kat sini, bersuka ria sambil bergambar. Sebagai kakak-kakak, kitorang layan je sambil tolong amikkan gambar aksi lompat. Haha!


Slang mereka tak sepekat slang orang Bandung atau Jakarta atau Jogja. Masih mudah faham. Dan diorang pulak ingat kakak-kakak ni orang Aceh rupanya. See??


Dan mereka beredar. Tinggalkan kakak-kakak berempat ni. Untuk lebih menikmati apa yang ada di sini. Heheheh~


Cantik weh pulau Weh ni. Ini view dari signage besar I Love Sabang tu.

Dan mari kite teruskan perjalanan. Kali ini kita tukar tempat partner. GB naik dengan CPL. Pun muat-muat je. Nampaknya esok kene pair dengan Iyra lah. Almaklum... sebelum ke Aceh ni GB makan banyak. PMS. #alasan!

Bechak adalah antara pengangkutan awam favourite di sini


Aha. View yang GB suka!!!


Hari dah petang. Pak Bambang bilang sekejap lagi kita akan sampai kat Freddie di Sumur Tiga. Freddie?

Yes. Next entry GB akan cerita pasal tempat tidur kitorang ni. 

12 comments:

  1. pokok tua macam di taman tasik taiping

    ReplyDelete
  2. Comei GB dan Doktor satu beca....
    Mcm adik beradik...

    ReplyDelete
  3. huhuhu.

    pandai jugak acheh carik tarikan pelancong eh?

    pakai bechak...

    ReplyDelete
  4. apabila salah percaturan partner naik bachak hehehe nasib baik tak terkandas di pertengahan jalan :)

    tapi mcm best jer naik bachak tu

    ReplyDelete
  5. ganba pantai dan beberapa pokok kelapa tu menggamit rasa betul la...boring idop kat kota nih...

    ReplyDelete
  6. lompat kak!!

    hahahaaaaaaa!!
    tak kosa hakak-hakak ni nak melompat!!!

    budak dua orang tu nengok apa pandang-pandang belakang tu??!

    ReplyDelete
  7. abg bechak tu kalau saya yang naik mesti lagi dia menyumpah hahaha

    ReplyDelete
  8. Saya suka sgt foto view yg ada pokok kelapa, rumah bumbung merah belah kanan dan kambing belah kiri tu :).
    Cantik sgt!

    ReplyDelete
  9. bestnya
    angin kuat
    sejuk menerpa kat muka
    pemandangan luas tanpa sempadan
    syokkkk
    kesian bechak tu
    bahahhahahahha

    ReplyDelete
  10. oh cantik.. indah sungguh ciptaanNYA.. memang nganga ai tengok.. ;)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D