Muzium Tsunami Aceh ni adalah tempat harus kunjung kalau ke Banda Aceh. Tak macam muzium lain, muzium ni bagi GB sangat unik dan tak membosankan - dari rekabentuk bangunannya sampailah ke spatial planning dan layout nya. Tak sangka yang arkiteknya adalah orang Indonesia juga. Ridwan Kamil. Yang sekarang ini telah menjadi mayor Kota Bandung.
Arkitek jadi mayor.
Sangat sesuatu kan? In a good way of course... hihi.
Apa yang menarik lagi pasal muzium ni adalah, selain dari sekadar menjadi tempat himpunan peringatan sempena Tsunami 2004, kita juga boleh belajar lebih lagi tentang bagaimana gempa bumi dan Tsunami boleh berlaku. Dan berfungsi juga sebagai shelter just in case kalau Tsunami melanda lagi.
Datang ke sini menjelang tengah hari Jumaat di Banda Aceh membuatkan kita agak terkejar-kejar. Sebab muzium akan ditutup awal sebab solat Jumaat. Sudahnya macam biasa la.. ada je yang GB tak sempat nak cover...
 |
Dari entrance, pandang ke atas- ada motif anyaman di dinding |
 |
Helikopter polis ni antara 'mangsa' Tsunami yang akhirnya diabadikan di sini |
 |
Selepas entrance, kita perlu melalui lorong Tsunami ni. Gelap, sempit dan panjang. Dan ada aliran air turun di dinding kiri dan kanan, yang adakalanya memercik kena ke badan kita. Bunyi gelombang, jeritan dan teriakan bercampur baur. GB rasa seolah-olah Tsunami itu di tepi telinga je, Tapi dah tentu la apa yang GB rasa tu langsung tak boleh dibandingkan dengan kejadian sebenar. Di hujung lorong, ketakutan GB bertukar menjadi air mata. Takut dan sedih. |
 |
Ruang luas bercermin, dengan setiap satu bongkah ada screen yang menunjukkan detik-detik ketika dan selepas Tsunami. Nangis lagi kat sini. |
 |
Memasuki Ruang Sumur Doa ini membuat jiwa rasa bergetar. Ada bacaan ayat-ayat suci alQuran. Dan di dinding penuh dengan nama mangsa korban, yang jiwanya telah diangkat ke atas sana. |
 |
Di kiri Iyra adalah dinding luar Ruang Sumur Doa |
 |
Dan dari sini, memandang ke atas. |
 |
Ada tanda-tanda persahabatan dan perdamaian dan bantuan yang dihulur dari seluruh dunia,diwakili oleh bendera negara |
 |
Termasuk Malaysia. :) |
 |
Kalau kawan-kawan kita hilang kat depan, kita ikut je tapak kaki ni. Nanti kita jumpa la diorang |
Sampai sini. Ada ruang pameran dan gambar-gambar pasca Tsunami. Ada yang menginsafkan tapi tak kurang juga yang menyayat hati.
 |
Oh yes we are going there! |
 |
Presentation layout tentang konsep Muzium Tsunami Aceh |
 |
Sobs! :'( |
 |
Who can forget? No Acehnese can forget this moment |
 |
Peta Aceh di dinding |
 |
Kitab Al-Quran yang tetap utuh walau dihanyutkan ombak Tsunami |
 |
Model Muzium TSunami |
Dan diorama-diorama ini. Cukup mengesankan sebab beri gambaran jelas tentang keadaan di waktu itu.
Bagaimana Tsunami membuka mata kita...
Dan mengubah peta Aceh dan Dunia
Statistik anggaran korban.
Dan ketenangan sesudah itu walau banyak air mata yang tumpah...
Seolah-olah memberi erti sebuah kebebasan dalam interpretasi berlainan...
Sekian. Suatu pengalaman yang sangat menarik dan memberi erti, di sebalik kata-kata 'apa yang ada di Aceh?' ini.
Selepas ini kita mahu makan tengah hari, dan teruskan dengan plan yang lain pulak ye...
awak! mata saya masuk habuk lagi :(
ReplyDeleteMrs smile.. kalau awak dtg sendiri lagi banyak habuk masuk mata hidung bagai..
Deletebudak sorang tu kenapa awak..?!... nak terkencing ke apa dia tu..?!..
ReplyDeletecpl- aha. Ye la tu kot! Hahaha
Deletesedihnye...
ReplyDeletebelum pegi dah rasa sedih
:(
Rapunzel cikololo- memang terasa aura sedih tu awak...!
DeleteSangat menginsafkan
ReplyDeleteBila2 masa saja nyawa boleh diambil walaupun ramai dalam satu saat
Ibu dan abah- betul kak. Itu yg buat rasa insaf sangat tu. Kite selam perasaan diorang dengan gambaran dari design muziuM tu. Bagi saya muzium tu memang best!
DeleteIbu dan abah- betul kak. Itu yg buat rasa insaf sangat tu. Kite selam perasaan diorang dengan gambaran dari design muziuM tu. Bagi saya muzium tu memang best!
DeleteSalam singgah. hee ;p
ReplyDeleteTiga lalat - mekasih la singgah yekk
DeleteTiga lalat - mekasih la singgah yekk
Deletelorong tsunami tu dapat dirasa kesedihan nya
ReplyDeletewalaupun hanya baca entry
alfatihah untuk mereka yg terkorban
Sedih saya baca tentang adik yg berjumpa semula ibunya setelah selama 7 bulan tu.
ReplyDeletesob.. sob..
ReplyDeletemoga mereka tenang di sana.. Al-fatihah
saya suka sangat dengan diorama nya!!!
ReplyDeletesaya nampak mata awak merah..
hehehheeeeeee
awak, terima kasih atas perkongsian ini..
ReplyDeletegambar-gambar yg cukup memberi 1,001 pengertian..
(ada abuk kat mata)
ReplyDeletetu sebab tak nak ikut trip nih
sedih
yessss..
ReplyDeleteada view lain muzium ni yg awak ambil, yg takde dlm blog mrs organizer...:)
Yang HILANG kat Indonesia tertulis di situ 37, 063....huhuhuuhuhuhu
Kesan yang bukan sedikit dialami oleh mereka.
ReplyDeleteAdakah negara kita boleh buat satu muzium khas untuk musibah banjir di pantai timur tahun lepas..?