Disebabkan takut ketinggalan feri, kitorang cepat-cepat bergegas ke jeti. Dan bergegas juga ke feri. Takpelah. Naik awal tak sesak sangat. Sementara nak tunggu feri penuh, datanglah pejaja-penjaja menjual macam-macam jenis makanan. GB beli kerepek pisang salai sebab masih terbayangkan kesedapan kerepek pisang salai kat Jogja haritu. Sayang sikit rasanya tak sama. Huhuhu~
 |
Macam bihun goreng |
 |
Jajan-jajan |
Tak lama lepas tu, feri makin dipenuhi penumpang. Maksud GB, serius penuh! Dan berlayar kita, dan akhirnya sampai ke Sabang dalam 45 menit kemudian...
Kat sini... kita didekati oleh pengusaha kereta sewa dan juga bechak. Bechak sini guna motor, bukan basikal. Disebabkan kitorang-kitorang ni suka cuba benda baru... kita pilihlah bechak! Ya, dua bechak sebab kita ni berempat. Best gila naik benda ni walaupun pada mulanya GB macam tak kompiden - boleh ke bechak ni bawak GB? Hahaha~!!
 |
Bechak Pak Bambang |
 |
Ok. Nampak sangat tak balance kan?? Kompem sepeda roda dua Pak Bambang menyumpah tak sudah! Hahaha!!! Di belakang adalah bechak Sonny yang dinaiki Iyra dan CPL. Untunglaaa banyak space..!!! |
Best gila naik bechak ni. Nyaman. Berangin. Pandangan luas. Dan bebas nak klik gambo walau taruk kamera 6 inci dari atas permukaan jalan sekalipun, but at own risk lah ye. Hihihi!!
 |
150mm from the road level in a moving bechak. Hihihi~ |
 |
Haa... nampak? Best kan?? |
 |
Kita lalu kawasan ladang/ kebun~ |
 |
Melalui bawah gerbang 0 kilometer Indonesia yang masih belum siap |
 |
Dan membaca cara hidup masyarakat sini dari surface nya. Sini lagi banyak motor dari kereta ya. |
 |
Dan boleh menikmati view yang ohsem!!! |
 |
Dan lebih ohsem lagi sebab kita boleh berhenti amik gambar bila sahaja nampak view yang berkenan di hati |
 |
Disebabkan bechak ini tak lah laju sangat, kita boleh amik view macam ni, siap sempat setting-setting kamera lagi. Dan tak payah berebut tingkat dengan sesiapa. Hihihi~ |
 |
Dan view ini. |
Dan kita berhenti sekejap. Untuk view ini.
 |
Dan ini. |
 |
Dan ini. |
Okelah kan, boleh pegi amik amik gambar kejap. Dan kebetulan ada serombongan budak-budak sekolah yang dari Banda Aceh pun berhenti jugak kat sini, bersuka ria sambil bergambar. Sebagai kakak-kakak, kitorang layan je sambil tolong amikkan gambar aksi lompat. Haha!
Slang mereka tak sepekat slang orang Bandung atau Jakarta atau Jogja. Masih mudah faham. Dan diorang pulak ingat kakak-kakak ni orang Aceh rupanya. See??
Dan mereka beredar. Tinggalkan kakak-kakak berempat ni. Untuk lebih menikmati apa yang ada di sini. Heheheh~
 |
Cantik weh pulau Weh ni. Ini view dari signage besar I Love Sabang tu. |
Dan mari kite teruskan perjalanan. Kali ini kita tukar tempat partner. GB naik dengan CPL. Pun muat-muat je. Nampaknya esok kene pair dengan Iyra lah. Almaklum... sebelum ke Aceh ni GB makan banyak. PMS. #alasan!
 |
Bechak adalah antara pengangkutan awam favourite di sini |
 |
Aha. View yang GB suka!!! |
Hari dah petang. Pak Bambang bilang sekejap lagi kita akan sampai kat Freddie di Sumur Tiga. Freddie?
Yes. Next entry GB akan cerita pasal tempat tidur kitorang ni.