Sebelum ke Atjeh, atau Acheh, atau Aceh: antara soalan yang GB dapat - ada apa je kat sana? Selain dari kesan Tsunami? Ada yang mahu beri itinerari sebab dah banyak kali beliau ke sana. Selain dari masjid, muzium, pesantren, dan tempat shopping, yang lain - tak ada. Maka GB ucap terima kasih sebab itinerari Dr Singa adalah lebih rare lagi. Hihihihi.
Itinerari je rare tapi pelaksananya tak rare pun tak menjadi jugak kan? Paham-paham je lah ekk... hahaha!!!
Jadi sebelum Subuh pagi 17/4/2015 tu GB dah bergerak ke Airport Subang jemput Iyra, lepas tu drive macam hantu ke Putrajaya Sentral, dan naik ERL ke KLIA 2. Dan yehhh... kite naik kapalterbang merah lagi kali ini!
 |
Pagi buta dan ramai orang. Jam tak nampak pulak pukul berapa. Maklumlaaa bukan aiponsixplus! Hahaha! |
 |
Kat sini kite tunggu dak Suzie. Sambil tu tengok interior yang ada simbol pokok tu... rasa macam ofis mengekor pulak ke mana-mana. Haishh... orang nak pegi cuti laa!! |
 |
Suddenly I missed Legoland and JayBee!! |
 |
Yeah. Ni la geng travel kali ini. Berempat ye, bukan berlima. Yang hensem tu lain hari dia join! (Alamak.. betul la. Nampak mengantuk la tak pakai eyeliner!) |
 |
Welcome to the club dak Iyra! |
 |
Tu bukan kapalterbang kite ye... |
Perjalanan adalam satu jam setengah. Depart 8am, sampai 8.30am. Waktu Indonesia lah tapi. Breakfast berat-berat atas flight. Pastu berebut tingkap dengan DrSinga sebab nak amik gambo! Hahaha!
 |
Banda Aceh. :) |
 |
First impression - Aceh sebagai Wilayah yang melaksanakan undang-undang Syariah jelas cuba ditonjolkan pada kubah sebagai part of architecture of the airport. (Bahasa rojak - maaf!) |
Dijemput oleh pak Shaiful yang akan membawa kita pusing-pusing Banda Aceh untuk hari ini, jelas berbeza suasananya dari sewaktu di Jogja. No 1: Kita yang rakyat Malaysia ni tak perlu isi borang imigresen. Cuma perlu isi borang deklarasi sahaja. Patut la borang tu tak diedarkan di atas flight. Kitorang ni dah bising-bising atas flight sebab takut bersesak kat airport nanti. Rupanya takyah isi. Hahaha. No 2: Kita bayangkan supirnya ganteng cam Decky dulu (ehem!!), tapi tak. Ngeeheehee.
Takpe. Barulah tercapai tujuan mahu insaf-insaf di Atjeh kan? Lalalala.
Cuaca di Atjeh? Panas. Masa sampai tu GB dah berpeluh-peluh. Pak Shaiful mula-mula bawak ke Kuburan Massal di Siron dahulu. Itu destinasi terdekat dengan bandara (airport).
 |
Sculpture doa musafir. |
 |
Slow and steady je pak Shaiful bawak. Ni nampak macam laju sebab ada motion effect je sebab snap pakai fon bukanaiponsixplus! :p |
Dalam 10 minit gitu, sampai dah... aura insaf terus menerpa masuk ke jiwa, dan macam biasa, terhambur ikut kalenjar di mata. Payah tul jadik hati tisu nih. Cepat nho mata masuk abuk!
(Masa tengah taip ni keluar pulak lagu Kenangan Bersamamu- Lefthanded. Gila sedih!!!)
 |
Al-fatihah kepada 46,718 jiwa korban Tsunami 2004 yang disemadikan di sini, dan seluruhnya di Aceh dan di semua tempat. |
Nangis-nangis juga. Tapi jiwa designer tetap melekat. Tengok, perhati dan komen pasal design dan layout, tapi dalam hati la.
 |
Ada wakaf untuk duduk-duduk berehat. |
 |
Dan ada surah Yaasin di setiap wakaf untuk disedekahkan kepada korban Tsunami yang sedang berehat di sini. Semoga roh mereka dicucuri Allah... |
 |
Bala tasaba, Nekmat tasyuko, Disinan le ureueng bahgia.
Bencana, kita sabari. Nikmat, Kita syukuri, Banyaklah orang akan bahagia
Disaster, be patient. Comfort, be grateful to God. More people will be happy
(Bahasa Inggerisnya GB yakin boleh diperbaiki lagi) |
Dan sampai di sini. Terasa interpretasi ombak Tsunaminya. Sayu lagi. Nangis lagi. Diam-diam tapi...
 |
Kun faya kun |
 |
INNAMA AMRUHU IDZA ARODA SYAI’AN AYYAQULA LAHU KUN FAYAKUN Sesungguhnya urusanNYA apabila DIA menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya ” Jadilah! ” maka Jadilah ia ” |
 |
Tadi front elevation. Meh tengok dekat. Alunan batu yang menggambarkan pasir dan pantai buat hati ni terasa turut hancur bersama-sama mangsa Tsunami... |
 |
Intai structure kat belakang sikit... |
 |
Alamak. Hilang sorang. |
 |
Dak Iyra di sisi Tsunami |
Ok dah. Jalan ke parkir yuk. Jumpa macam-macam pulak nak ditembak...
 |
Dan pokok Plumeria pudica (Bridal Bouquet) ini banyak ditanam di sini. Keluarga kemboja. Sesuai untuk interpretasi sedih, tapi tak kelihatan seperti kemboja conventional untuk elak rasa takut (bagi sesetengah orang lah). |
Selesai di sini. Lepas ni kita ke tempat lain pulak. Hari masih panjang ya!

gb, berkenan tengok sculpter doa musafir tu.
ReplyDeletecantik khat die.
jab... awat kat blog chek pon banyak habuk naaa...?!... .. ;(
ReplyDeletesaya pun kagum dengan ifonsix saya ..eh.. itinerary saya..
ReplyDeletekahkahkahhhhhhhhhh!!
barang siapa yang menbawa hal-hal kerja atau membincangkan tentang kerja pada trip berikutnya akan ditinggalkan di tepi bandara
ReplyDelete- mrs organiser -
:P
No eyeliner? You did not? Never ever do that again!
ReplyDeleteAhaha ahahaha...
Still ayu what... :)
Next time pohon Mrs Organizer supaya request supir hantar foto diri dulu.
If ganteng - accept. If not - reject. Cari supir lain.
Heehhehehe...
GB, saya suka betul Sculpture doa musafir tu!
Beramai-ramai ke ambik gambar labah2 tu GB? Phone oren sapa tu? Hehehe...
Kesedihan yang tak terungkap. Semoga keinsafan terus terasa.
Adoi...sejak akhir2 ni fobia la naik kapal terbang...nak g ganu pun sanggup drive :-)
ReplyDeleteHepi holiday gb
ReplyDeletebilalah nak terbang lagi ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum GB
ReplyDeleteintai2 sini....
antara distinasi dlm lis
Salam dear..
ReplyDeleteantara tpt yg akak sgt teringin nak pegi.. plan2 tak menjadi2 gak.. suka tgk yr gambar2..
Orang kata aceh tak best...tak dak apa nak tgk...tapi mcm ada somethingja...
ReplyDeleteAcheh best..tapi mmg banyak abuk masuk mata..
ReplyDeletesob..sob sobsob....
mekasih Mrs organiser utk plan percutian yg ohsem..mekasih ajk2 pelaksana dua org tuh skali..
#muahciket
Mereka dah bangkit setelah begitu hebat diuji Allah. Nampak dah pembangunan kian meriah..
ReplyDelete..very nice prelude GB, waiting for the next chapter
ReplyDeletep/s:GB, i like the word 'drive mcm hantu'.. hehee... hantu drive kete per ye GB? ;P
rasa rugi tak dapat join trip ni hari tu...belum rezeki saya
ReplyDeleteterasa macam ada sekali dalam trip ini
ReplyDelete.
.
.
.
terasa je...
kikiki
sah klu pi...
mata sentiasa merah tahan sebak
tu yang x nak ikut tu
(alasan)
suka komen dari Syed.. ;)
ReplyDeletepsstt: next time.. make it 5.. eerr.. sayalah tu.. hehehe..
Apakata
ReplyDeleteBeli jer aiponsik tu..
Org keja mampu
Orgtak keja mcm akak tak mampu....
Bagus ada byk pencerita mengenai trip ke Acheh
Lps berjurai airmata kat dr singa
Kat sini pun berjurai..
Ya Allah.. teringin sangat ni nak sampai ke bumi Acheh..
ReplyDeletesampaikan lah Ya Allah..
sampaikan lah Ya Allah..
sampaikan lah...
:)
*kelip2 mata kat POkchik*
akak minat juga explore muzium gini
ReplyDeletejika ada peluang.
nice sharing GB..
sepatutnya kena buat juga mini muzium atau slot untuk memori kisah banjir besar 2014 kan.
dulu akak macam seram je tengok pokok kemboja sebab pokok ni biasa ada di kawasan kubur.
sekarang dah terbalik, akak suka kemboja kuning dan suka bau bunga ni :)
Takde ambik gambar bersama sama Pak Shaiful tu ke? Mentang2 la tak ganteng...hahahaha
ReplyDeleteklu gi banda acheh setahun selepas tsunami , mau bengkak mata rasanya ... semuanya urusan ALlah .
ReplyDelete