Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, February 15, 2015

Low budget Short Getaway: Pulau Ketam: (Ke Hujung Part 1)

INI kisah hampir sebulan lepas. Seminggu sebelum tu DrSinga dah knock knock kat whatsapp pasal benda ni. Bukan dengan GB sorang ja, tapi juga CPL, Iyra, Wakjan, Anash, Khai, kawan blogger mat saleh, Derek, dan DaddyZZZ dengan Leftenan beserta ashkar-ashkarnya sekali. GB mulanya macam biasa, sure tak sure boleh join ke tak. Sebab keje banyak. Tapi this time GB nekad join jugak walau malam sebelum tu GB stay the whole Saturday kat opis, siap, anta ke rumah bos kul 3.30 pagi, dan sampai umah kul 4 pagi sebelum bangun semula untuk Subuh dan siap ke Jeti Pulau Ketam 2 jam kendian.

Pagal.


Sampai jeti, kitorang breakfast dulu. Pot luck style. GB bawak kopi hitam pekat melekat ja jamu diorang. Yang lain ada beli nasi lemak, roti canai. Makan ramai-ramai lor.. siap conquer restoren kat jeti tu yang sebenarnya tutup, tapi kita mintak izin kat penjaganya nak guna tempat dan pinjam cawan... hihihii... Tapi lepas tu kemas balik laa..




Masa untuk ke naik bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Tambang RM10 per trip per head. Naik je dulu. Masa turun kat jeti kat pulau nanti baru bayar ye....







Dah sampai.






Perlu tahu ya.. di sini hanya basikal dan non motorized vehicles sahaja yang dibenarkan. Maka marilah kita sewa basikal ye. Sewa ranges between RM5- RM7 bergantung kepada jenis basikal yang dipilih.

Nasihat GB, better try dulu basikal sebelum sewa. Sebab nanti jadi macam GB.  Melelong je sampai ke petang. Takkan la hilang terus skill berbasikal kan walau dah dekat 20 tahun tak naik basikal...! Kompem bukan salah GB tapi salah basikal.


Dah pilih.. dah bayar... mohle kita. Make sure dah sapu sunblock. Pakai top kalau nak. Atau sarung tangan kalau takut tangan hitam. Sebab kita akan berbasikal pusing pulau sampai ke hujung dalam panas terik nih! Bukan satu je penghujung Pulau Ketam ni yerrr.... Hihihi...









Pulau Ketam ni sebenarnya sebuah perkampungan nelayan, dan majoritinya adalah berbangsa Cina. Selain aktiviti perikanan untuk penduduk, ada juga aktiviti memancing atas kelong untuk pelancong. Dan homestay dan penginapan lain pun ada juga di sini. Menarik, sebab rare. Tapi disebabkan basikal GB tak best, GB banyak terlepas benda best dan rare kat sini. Sebab kena fokus lebih ke basikal. Kalau tak nanti accident. Lebar jalan cuma lebih kurang 2 meter aje ya...







Bergantung kepada interest dan speed masing-masing, kitorang berpecah kepada 2 kumpulan. Tapi kadang-kadang bertemu juga. Kalau terlepas, biasanya penduduk tempatan akan beritahu ke mana mereka yang dah sampai dahulu. Berbasikal di sini adakalanya boleh buat sesat juga sebab 'jalan raya' kecik tu bersimpang-simpang.












Aktiviti menangkap gambar pun boleh buat kita jadi lambat ye..





Dan akhirnya sampai ke penghujung pulau. Kat hujung yang ini, GB tengok banyak pasu aloe vera yang pokoknya masyaAllah gemuk gemuk! GB ni pantang sikit tengok aloe vera gemuk-gemuk ni, terus rasa nak minta benih nak bawak balik umah. Nasib baik ada Wakjan tolong mintakkan... hehehehe...




Bersambung nanti...

15 comments:

  1. Memang pagal! Seriously? No sleep at all?! Hebat! :)

    Uhh? No life jackets? Ada under the seats ke GB?

    Nice coverage. Tak nampak macam panas pulak :). Hotel pun ada ya? Waaa..

    Eh, mana signature ankle crossover pose GB? :)

    ReplyDelete
  2. mck suka la jalan2 macam ni......hope can meterialised one fine day....

    ReplyDelete
  3. huuu dah lama tak kayuh basikal.....best sekali sekala aktiviti mcm ni masuk kampung air orang macam macam benda nak tengok!

    mrs perasan drSinga banyak buat aktiviti best2..yg kat zoo negara hari tu pun best!

    ReplyDelete
  4. hehehehe... memang rare betul percutian tu... So, bab makan disana macam mana pulak... Ada ke kedai melayu...?

    ReplyDelete
  5. Bestnyer
    Terasa nak pi jugak
    Kalau anak2 takpandai bawak basikal... Cammana?

    ReplyDelete
  6. GB ke pulau ketam ramai-ramai sebab celebrate birthday GB kan?? hehe.. btw, happy belated birthday GB

    ReplyDelete
  7. muka akak sebelum jadi hiphopmuslimah!!!!!

    hahah..teruja dapat naik beskal!!

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee saya hendak menjual pantun lah sedikit.

    Makan ketam kena ketuk, sungguh GB tidak mengantuk?

    ReplyDelete
  9. Mesti kena pandai berbasikal - kalau tak pandai macam kakak ni habislah..

    Mana ketamnya?

    ReplyDelete
  10. GB, uncle nak contack gb cam mana ni...

    ReplyDelete
  11. takde seko pon ketam hidop dalam gambar... huh!

    ReplyDelete
  12. Uishhhh seronok nyer ... baru rahu pulau ketam ada aktiviti yang boleh dilakukan .... thanks kongsi.. :D

    ReplyDelete
  13. wahhhh menariknya... saya tak pernah terfikir nak gi pulau ketam nih... simbol pulau ketam tu memang ketam kan... jadi memang ada banyak ketam lah kan... helok jugak pusing2 pulau lepas tu ratah ketam...

    ReplyDelete
  14. seronoknye berbasikal...
    xpenah sampai lah ke pulau ketam tu..
    menarik gak view..

    *salamkenal*

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D