Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, December 21, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - Conclusion

Kenapa GB tajukkan entri-entri ni jadi dari Kokdiang ke Jogja sedangkan GB tak pernah pegi Kokdiang pun?

Sebab...

1. Kat sana selain dari bahasa standard, GB juga ada berkomunikasi dengan geng dalam slang Kedah, especially bila cakap kat dalam kereta dan tak mahu perbualan itu difahami oleh Decky. Siyes dia tak faham langsung bila kita cakap slang Kedah. Heheh.

2. Dan disebabkan tu kita rasa best pulak nak jawab 'Asal dari Kokdiang' bila orang sana tanya asal kita dari mana.

3. Masa makan kat Balai Kambang.. tetibe satu keluarga turun dari kereta dan nampak buah mangga yang tergantung di dahan dan berkata... 'tudiaaaa....besaqnya pelam!!!'

***

Decky tanya kalau ke Malaysia kuih apa yang cocok dimakan dan local? Kitorang cakap... cekodok! Terbahak-bahak dia gelak sebab kelakar kot. Sejak hari tu dia dok sebut la "cekodot...cekodot...!". Sebut pun salah. Hahahah.

***

Masa Lilik ikut sekali ke Dieng... ada satu line lawak ni yang dia selalu sebut... selalunya kalau 'terkena' dengan kitorang la..

'Waduhhh... terkena lagi aku. Sedap banget... macam makan ubi, tapi kecekik (tercekik!)'

***

Kat sana rata-ratanya kereta Toyota banyak berada atas jalan raya. Sedikit Honda dan kereta lain. Tetapi tidak Proton.

Tetibe masa on the way ke pantai-pantai, GB nampak sebijik Proton Savvy. Akhirnya nampak jugak Proton kat sini. Tapi... kete tu tengah stranded tepi jalan la pulak sebab rosak!

***

Masa kat entrance Borobudur... GB tercicirkan lip balm. Fuh... seksa... seharian hari tu dan esoknya GB menggelisah sebab bibir rasa pedih kesan sunburn. Kulit pun pedih. Salah sendiri la. Sape suruh tak apply sunblock secukup rasa kan?

Nasib baik CPL pinjamkan lipbalm dia.. hihihi

***

Kat Bandara Adi Sucipto (ariport Jogja), GB tersumbat (sengaja sebenarnya) botol sarsi yang belum dibuka tu dalam beg, so bila lalu kat scanner tu dah tentu lah disuruh bukak. Disuruh buang atau habiskan airnya. SO kat sini kitorang pun berganti-ganti passing botol la sebab nak habiskan air tuhhh. Dah macam orang mabuk. Mabuk sarsi!

Saja kan... tak sah kalau takde drama-drama!

***

Kat Jogja GB cuma beli sehelai shawl, se bouquet  bunga abadi, dan sebotol sarsi sebagai souvenirs untuk diri sendiri. Total cost ole ole untuk diri sendiri cuma RM15 saja.

Nindiaaaa shawl yang GB beli kat sana!

***

Edu Hostel

Dorm kitorang ada 6 katil. So pandai-pandailah ye. Room mates yang lagi 2 tu; sorang asal Holland, Anniek namanya. Dan sorang lagi asal dari Kanada.

During a conversation with Anniek, dia tanya...  "Adakah Muslim memang kena solat selepas bangun tidur dan sebelum tidur?"

GB just jawab yes. Dan tambahan, kita ada 5 kali waktu solat. Wajib. Dan ia langsung tidak mengganggu sebarang aktiviti, walaupun ketika melancong ataupun walau dengan siapa atau di mana kita berada. Dan kita kena pastikan ibadat kita itu tidak mengganggu orang lain. Dia faham dan hormat.

Dan GB juga terangkan, orang Islam juga perlu hormat jika orang lain mahu amalkan agama mereka.

Anneik adalah seorang free thinker namun dia mahu mengambil tahu. Bercakap tentang agama dengan seseorang yang sangat asing dengan agama kita (kerana dia yang tanya) adalah agak mengujakan.

Tak sempat pulak nak we-olsie dengan Anniek.

Lobby

Checking in

Lift door

Katil double decker. Tinggi macam almari.
Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~

Shower ada dua. Pandai-pandai lah ye bila duduk sharing macam ni...
Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~

Locker masing-masing siap dengan power point di dalam setiap satunya..
Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~

Ada mezzanine floor dekat common area. Kat sini boleh la nak tengok tv ke... wifi kei...

Breakfast ada kat rooftop bermula pukul 6.30 pagi
Selalu boleh nampak ini.

Dan ini dan lebih lagi!


Dan boleh buat begini

Dan juga begini. Ahaha!!

***


Makanan di Jogja

Makanan ringan yang dijual masa on the way keluar dari Prambanan. Sale pisang tu adalah feveret GB. Sedap!!!


Yang panjang-panjang tu kerepek belut. Sedap je GB dengan DrSinga makan!
                                                                                               

GB order ni. Nak try teh telur.. Lapisan atas itulah namanya telur. Perah limau,, kacau, dan minum. Sedap!


Belalang goreng pedas. Yang ini GB tak try.


Air kelapa. Dihidangkan sekali dengan air gula melaka buat pemanis.

GB nak taruk gambar random yang belum GB taruk dalam entries sebelum ni.







  































Sekian....

Friday, December 19, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - 5.4 (Mirota Batik, Nasi Gudeg and Pulang!)

Sebelum teruskan hajat bershopping... GB cakap kat Decky.. nak cari money changer dulu. Duit rupiah dah takde. Kesian GB. Sama ada tercicir atau terkena tipu. Mana manalah. Syukur la GB bawak RM lebih. Dan ada extra 150k tu taknak kacau sebab itu untuk  airport  tax karang. 

Nasib baik ada money changer yang bukak hari Ahad begini...


Dan marilah kita split up, jalan cari souvenirs. Kite pegi terus ke Mirota Batik aja. Letaknya di Jalan Malioboro. Decky cakap situ semua ada... tak perlu cari di tempat lain.

Sikit la. GB tak shopping  banyak. Plus sikit untuk mak ayah adik adik dan anak buah. Hehehe~
Kat mana-mana GB pegi kat Jogja ni, especially tempat untuk tourists, mesti ada bau bunga yang wangiiii ni. Kat sini, GB jumpa jawapannya,. Campuran bunga segar dan incense rupanya...

Ini campuran bunga yang buat seluruh bangunan Mirota Batik ni berbau harum. Dengan incense  sticks di sana sini... wangiii ja bau dia..

Campuran bunga mawar...kenanga...melur (atau tuberoses mungkin...), daun pandan dan limau nipis. Boleh buat kat umah bagi umah bau macam spa.

Jalan kat luar Mirota Batik. Ada banyak penjaja. Ada jual baju. Brooches. Accessories. Dan GB dapat sehelai shawl yang gojes kat sini!

Yes. I'll be back again!




Very Malioboro!

Penjaja buah

Rokok di sini sangat murah... kata Decky...

Ok. Selesai. Kita perlu pegi cari makan sekarang. Sebelum off to airport.


Kite cakap kat Decky... nak makan kat someplace yang on the way ke airport . Maka singgah kita kat Restoren Ayam Goreng Suharti. Katanya ayam gorengnya sedap!

We-olsie sikit. Nampak tak GB dah itam? Tu Anash tu tengah tak baik lagi sakit perut dia.


Tapi tak sorang pun order ayam goreng. Instead... GB order ni. Nasi gudeg. Sedap!!!
Lepas makan cepat cepat kita ke airport. Nak check in luggage lagi...

Bye Decky! See you again!!



Sebenarnya kat sini ada cerita. Tapi nanti GB akan sum up semua cerita yang pelik menarik kelakar dan summary kat next entri.



Sebenarnya airport tax punya charge  adalah 100k rupiah. Maka GB ada lebihan rupiah untuk dibelanjakan. Yang lain juga sama. Shopping lagiiii last minit! Takde gambar sebab semua rancak nak beli itu ini. Plus kamera dah simpan dalam beg. Dan henpon pulak nak save battery.

Kalau beli coklat entrng jodoh tu adakah GB akan kawin tahun ni jugak? GB tak beli tapi.... huhu~

Beg kitorang. Beg GB dua ketul je. Shopping bags yang biru dan putih tu definitely  bukan GB yang punya!


Mentang-mentang dah nak balik.. asyik we-olsie je lah kan.
Balik naik kapal cantik. Dan kat sini tak pulak dilarang berwe-olsie dekat dengan pesawat. Kalau airport lain... amboi.. kemain diharamkan lagi! Mak aiii.... ireng banget muka GB!

We-olsie dari kamera dak Jujie (CPL)


Adey. Tak puas puas lagi gamaknye ye...?


Dan... selesai. Alhamdulillah... syukur. Best gila trip kali ni. Sukat segala ceruk Jogja (walau ofkos lah banyakkk lagi ceruk Jogja ni yang kita belum sampai). Tengok alam ciptaan Allah. Candi, laut, sungai, gunung, kawah, Dan tengok budaya berbeza. Dapat member baru. Dan paling bermakna sebab pegi dengan member yang best gila. Sekepala. Dan saling memahami lagi bertoleransi.

Can't wait for next trip! Ops...!!!!