Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, November 30, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - 2.4 (Telogo Warno, dan The End of Day 2)


Dari Kawah Sikidang, kitaorang pegi ke Telogo Warno pulak. Atau dalam bahasa Kolumponye... Telaga Warna. Telaga apa? Warna apa? Haaa...meh GB nak ceciter sikit...

Telaga Warna ni sebenarnya sebuah tasik yang berkandungan sulfur tinggi, yang membuatkan warnanya kelihatan hijau-hijau, dan menurut Wak Wiki, warnanya boleh berubah menjadi kuning dan warna-warna pelangi juga, bergantung kepada cahaya matahari.

Dari gambar yang GB google... pada cuaca yang cukup baik dan pada ketinggian yang sesuai... tasik itu akan kelihatan seperti ini:

Sumber dari Google
Akan tetapi... pada hari kitorang ke sana... rupa tasik itu adalah seperti ini...


Dan begini....


Dan begini...


Dan begini....


Dan begini....


Dan begini....


Dan begini....

Dan begini...

Dan ini terjadi sebab kemarau panjang yang melanda... sedih betul tengok Telaga Warna kekeringan begitu...

Dan ini adalah reaksi kitorang.... kecewa ok....


Namun begitu... kita teruskan jugak perjalanan. Tengok la apa lagi yang ada di hadapan. So kita follow je trail yang dah sedia ada, dan nikmati perjalanan ini.

Pokok ini ada di tengah-tengah trek

Bukit Sidengkeng adalah port terbaik untuk tengok Telogo Warno, tapi kitorang tak jumpa jalan ke situ pulak.

Mereka berpijak di lantai tasik ni sebenarnya. Tak percaya? Tengok gambo kat bawah!

Gambar masa air tasik penuh. Sumber dari sini.


Kering pun kering lahhhh. Tembak tetap tembakkk....

Lepas tu, dari sini... kitorang taktau dah nak kemana. Nak teruskan tapi malas nak tawaf tasik. Tetibe terjumpa wak ini muncul dari dalam hutan...
Wak ni jalan kaki ayam jaaaa!!!

Kita tanya depan itu ada jalan tak? Katanya ada! 

Dia cerita lagi tapi GB tak faham. Ngeeeee

Sikit lah biru-biru air tasik yang dapat di capture...
Jalan sikit lagi sebelum kite berpatah balik...


Berpatah balik ke starting point, dan kita ke arah bertentangan pula. Tapi rasanya view yang sama juga.. tasik yang sudah kekeringan. Maka kita patah balik je laaa...

Lilik tolong tangkapkan gambar. Gambar hasil tangkapan Lilik adalah seperti di bawah... 
Cilok dari blog DrSinga. Obviously. Hehehe!!!

Ok. Penat dah. Jom la balik Jogja. Kalau ada yang nak gi toilet, pegi lah dulu. Sebelum tuh meh la GB tembak sedas dua!

Hydrangea spp.

2000 rupiah ye kalau nak membuang!
Skodeng sikit!

Dari kiri: Instant photographer, penjual bakso, Lilik, dan ehem,.. Decky!

Nindiaaaaa supir kitorang untuk 5 hari kat sana!!

Ok. Last sebelum bergerak pulang.
Tadi datang, Lilik drive kan... pulang ni Decky pulak yang drive. Lilik duduk di belakang pulak!
Bye bye Dieng. You gave us truly sweet and adventurous memories... ;)
Dah start hujan. Dan tetibe nampak pulak landslide ini. Masa datang tadi macam takde. Tak perasan sebab dok gelak-gelak dengan Lilik barangkali. Nak kata baru jadi... dah siap dah 'hoarding' tuh. Seriau pulak rasanya. Jauh lagi nak sampai Jogja nih!





Jalan pulak pesen sempit-sempit dan rapat betul dengan gaung. Takpe. Kita doa banyak-banyak agar selamat perjalanan ni. Niat dibetulkan, jalan-jalan untuk lihat kebesaran Allah. Bukan nak berjimba tak tentu pasal..




Tebalnya awan... Dan nampak macam kilat tuh!
Namun mata masih terpesona dengan seni ladang di lereng gunung nih.




Dan tiba-tiba nampak view yang sangat cantik, dan macam biasa Decky macam paham-paham je yang GB ni nak menembak. So kite stop kejappp je, sebab perut pun dah lapo!


Menara tinjau
Warung makan dikelilingi ladang sayur, dan dibina betul-betul di tebing gaung. Wohhh!

View dari sini. Something sangat! Syukurlah sebab kitorang stop jap.


GB taruk DrSinga kat situ. Hahaha!! Sebenarnya nak amik shot macam lain. Tapi terpaksa berpuas hati dengan shot ini...
Jap ye kakak.... tau penat dan laparrr....hahaha!!!
Nampak tak contengan kat belakang belah kanan tuh... 'Kuching SINGA setia??'

Jadi kita teruskan perjalanan. Hujan telah berhenti. Alhamdulillah. Kitorang dah makin layu, yang duduk di belakang dah tido dah... tapi GB tak boleh nak tido sebab takut Decky ngantuk. Alalala sweet tak??? #tetibe



Ok. Tiba kita ke Pekan Wonosobo, cari makan lorhh... Time ni hujan sangat lebat!! Punya la lapar sampai lupa dah nak amik gambo bagai. Kecuali menu dan makanan saya.


Ini adalah set bebek penyet. Bebek tu itik. Dan GB kene bagitau hidangan bebek di sini adalah sangat sedap dan isinya lembut! Dan air tu adalah air asam jawa dan kunyit. Hahaha... jamu-jamu sangat kan? Sambal tu pulak - pedas sampai menangis!!!

Dan lepas layan peminat sekejap sebab ada WIFI dan setelah selesai solat jamak, kitorang bergerak pulang ke Jogja. Sampai dah malam. Dan penat sangat untuk terus layan peminat di lobby hostel. Esok pulak kita harus bergerak awal. Esok punya cerita adalah next entri punya cerita ya!