Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, June 27, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 7 (Day 2: Brunei - Pasar Malam Gadong)

Sebenarnya hujan lebat ni berlarutan sampai ke malam. Tapi kitorang redah jugak mencari mana la letaknya Pasar Malam Gadong ni. Bertanya-tanya jugak la kat orang. Pusing-pusing jugak sampai la jumpa. Dan dalam hujan tu jugak kitorang jalan je. GB mula tu snap-snap jugak gambo sebab banyak nho makanan yang rare kat sini, rugi pulak kan tak amik gambo. Tapi bila hujan makin lebat... simpan je la kamera. Sayang oiii!!!


1. Nasi lemak

2. Tengok... lebat kan hujan....

3. Nasik katok. 1 dollar sahaja!

4. Bau dia masyaAllah...sedap!!!! Tahai adalah ikan tamban salai. 

5. Pais-pais. Dan cicahan ambuyat. Ambuyatnya kite tak sempat rasa tapi....

6. Makanan konsep macam ni sangat popular di sini. Tongkeng ayam pun  jenis gemuk-gemuk punye. Puas hati makan. And sedap giler!

7. Buyah tu lembu kot~

8. Macam-macam jenis nasik ada kat sini. Portion besor-besor!

9. Mana lagi nak dapat mee goreng dua posen??

10 - Aha. Ini yang murah punya! Pusu adalah ikan bilis ye...

11. 

12. Sayur-sayur pun ada jual sini. GB terjumpa buah dabai tapi tak beli, sebab ingat boleh beli kat Bintulu nanti.

13. Kambeng uols! 

14. Kuih ni GB beli. Nak try~

15. Ni la kuih takisnya~

16

17

18. GB beli kuih ni. Tapi lupa nama. Orang Brunei....tolong GB plis!!!

19

20

21
Ok. Cukup la berhujan. Makanan pun dah banyak. Kaki pun dah penat dan perut lapar pulak tu. Jom la kite balik makan kat hotel je.

22. Kat hotel ni ada pantry yang kite boleh guna untuk makan, panaskan food sebab ada microwave, simpan food dalam fridge, dan boleh buat kopi lagi. Best lah hotel ni. Sebab boleh buat macam rumah sendiri. 

23. Ni la rupanya nasi katok. Nasi banyak, sedap dan wangi sangat!!!! Sampai sekarang GB teringat nasi ni dan akan ke Brunei lagi semata-mata sebab nasi katok ni ok!

24. Kelupis. 

25. Pulut yang ada ini. Boleh ganti nasik ni~

Masa tengah makan tetibe pintu pantry dibuka. Rupanya owner hotel... dia hulur seplastik air jagung yang dia dapat kat kenduri tadi. Namanya Haji Sofian. Kitorang ni dah tengah menuju proses pengenyangan, tak sempat dah nak capai kamera amik amik gambo bagai kan. Dan sebab penat dan ngantuk, takde pulak kite borak panjang-panjang dengan dia. Takpelah...esok kite borak eh.

Thursday, June 26, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 6 (Day 2: Brunei - Hotel Apek Utama & Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin)


It's time to go find our hotel pulak. Kitorang book hotel pakai agoda.com. Nama Hotel Apek Utama. Pelik kan nama dia? Kitorang tak kisah pasal nama sebab hotel tu murah dan yang penting kitorang nak buat tempat rehat dan refresh je. And how to get there? Mula-mula kite refer map. Nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je dengan Kampong Ayer. And lepas tu macam biasa, kita tanya orang aje laaa...

Jadi, ini adalah apa yang kitorang nampak dan perlu lalui sebelum sampai hotel...

1. Tamu Kianggeh. Unik tempat ni. Must visit. 

2. Maybank pun ado kat Brunei..

3. Tak sure building apa ni...

4. Kalau ke tempat orang GB suka tengok backlane. Kat sini bersih je backlane dia,,,

5. Nampak tak roundabout...?

6. Jalan pesisir sungai untuk ke hotel.
7. Sampai dah kat pintu gerbang hotel!! Building kat Brunei ni memang humble-humble gini je. Sangat sederhana. Yang gah di sana adalah mesjid. :)


8. Biasa je building dia kan?
9. Bukan rumah kedai ni. The whole building adalah hotel semata-mata.
10. Terus I Love Brunei!
So kite check in dulu. Rehat jap, solat, pastu siap-siap nak keluar balik.

11. Amik gambar kat cermin hotel dulu sebelum kuar menuju masjid!

*

Kalau ikut plan, mula-mula nak gi Masjid Omar Ali Saifuddin. Pastu nak kejor sunset kat Pantai Jerudong. Pastu nak gi Pasar Gadong. Pastu balik hotel.

Tapi... disebabkan penat...kitorang keluar agak lambat. Kite gi Masjid Omar Ali Saifuddin pun dah petang. Kalau ikutkan keliling masjid tu pun ada air, so GB fikir sunset kat situ pun ok je. Sebab... 1. Pantai Jerudong tu dalam 20km dari situ. 2. Dah petang. 3. Mendung, so risau kalau kejar jugak ke pantai, nanti sunsetnye tak berbaloi.

Since semua dah setuju nak skip Pantai Jerudong, kitorang spend masa leisurely kat masjid berkubah emas tuh. Indah sangat. Nak sukat segenap sudut tapi kang lama pulak. Takpe, mana yang boleh GB sukat, GB sukat. Mana yang tak boleh tu, insyaAllah next time datang balik. Hihih....

12. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang berkubah emas. Masjid ni mula dibina pada tahun 1954 dan dibuka pada tahun 1958. Boleh menampung lebih kurang 3000 orang jemaah. Sumber di sini.

13. Jom kite masuk


14. Simple je design dia tapi cantik


15. Mosaic biru emas to suit the white columns

16. Kubah emas ni makin cantik keemasan menjelang petang


17

18. Lampu kat minaret dah dipasang
19. Struktur bentuk kapal zaman silam ni extended dari masjid, maksudnya dia part of the masjid jugak. Digunakan masa tilawah al-Quran. Sumber di sini.

20. Sunset malu-malu sebab langit dah mendung sebenarnya

21. Mari kite ke kapal

22. Mari kite ke atas


23. Dekorasi dalaman

24. Nampak tak kubah semakin bersinar?

25. Boleh nampak full view masjid dari atas sini

26. Dah makin gelap. Lampu dah pasang. Kubah makin keemasan. Awan makin tebal. Angin makin kencang.

27. Kite terjumpa keluarga dari Jepun ni. Lepas bertukar-tukar email address kitorang pun berlarian ke masjid sebab nak solat. Tapi time tu hujan lebat dan masing-masing takde payung atau baju hujan untuk dipinjamkan kepada keluarga tu. Mungkin diorang kene tunggu sampai hujan reda jap sebab nanti anak diorang demam pulak...

28. Disebabkan tempat wuduk wanita kat bawah..maka terpaksa kite yang pompuan-pompuan ni curi-curi amik wuduk kat tempat wuduk lelaki ni. Pun tempias-tempias sebab hujan sangat lebat.

29. Tempat solat wanita. Sejuk amat dalam ni. Sikit lagi nak demam. 

Hujan masih lebat, tapi malam masih muda. Plan seterusnya nak ke Pasar Malam Gadong, cari makan. Redah atau tidak?

Next entry eh GB citer....