Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, May 26, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 2 (Day 2: Bintulu, Miri, Brunei)

Selamat pagi Bintulu!! Dan macam mana rupa jalan dari Bintulu ke Miri. 

Kitorang bangun dan bersiap. Pukul 6.30am terus checkout dan turun. Dah terang benderang pun time tu. Mula tu ingat nak breakfast terus sebab ada restoren kat sebelah tu je, tapi tak bukak pulak. Ingat sini cerah awal, bukak kedai pun awal. Huhuhu~

Sudahnya kitorang cari je kedai lain sebab perut kene isi ni. Lapar! Tapi lambat pulak makanan siap. Takpe. Tunggu je lah. Plan asal nak gerak seawal mungkin ke Miri dan seterusnya ke Brunei. Plannya nak sampai sebelum solat Jumaat kat sana. Map dah study. Sebab masuk sana GB tak activate data plan sebab kedekut, tapi switched on roaming la (itu yang kantoi dengan kontraktor sebab diorang call masa kat Brunei). So kene la study map yang berkeping-keping tu.

Kul 7am lebih kurang, kite gerak. Dari Bintulu ke Miri amik masa lebih kurang 3 jam drive. Sepanjang jalan ada banyak kampung-kampung dan ladang-ladang. Jalan dia boleh laaaa walau bumpy giler. Takpe, baru la rasa adventurous sikit!

Kul 10 sampai Miri. Lepak jap kat pantai nak abiskan nasik goreng yang beli kat Bintulu tadi. Cantik betul pantai kat Miri ni. Kalau sunset sure ohsem nyer. Tapi kitorang takde that luxury of time. Kene berkejar ke Checkpoint Sungai Tujuh pulak.

Pantai cantik di Miri. Dan pengembara-pengembara bersama GB.
Miri ke checkpoint tak jauh. Dalam setengah jam lebih kurang sampai la. Untuk bawak kereta Malaysia drive ke Brunei, kite kene isi borang. Sayang sikit sebab GB tak amik pulak gambar borang. Tapi kene isi details macam no plet and no enjin. So sebaiknya kene ada copy geran untuk mudahkan mengisi borang tu.

Kene bayar tol RM10 nak merentas sempadan ke Kuala Belait. Motor pun kene tol juga.
Nanti sampai checkpoint, just ikut je flow dan signage sampai la ke Kuala Belait. Tak susah...

Sungai Tujuh Immigration Checkpoint. Siapkan passport memasing kat sini.

Kat sini, dokumen kereta patut dah siap isi. Kat sebelah satu lagi, banyak kereta Brunei nak masuk Sarawak. Sama macam banyaknya kereta Singapore nak masuk Malaysia. Hihihi (hi kawan kat sana!!!). Dan selepas beberapa ketika, siap sedia la untuk dapat SMS dari service providers memasing sebab kite dah kat negara Brunei Darussalam!
To be continued...

Monday, May 19, 2014

Selingan: Kedah International Photography Awards (KIPA) - Best Photo Award


1. Best Photo winners
2. Can you spot my photo?
3. Otai aka my daddy. :)
This one made it into the final
But this one made it to the stage. :)

Maaf. GB terpaksa tangguh entry Bintulu-Miri-Brunei dan delay entry Langkawi demi memberi laluan kepada sesuatu yang lain ini.

Ingat tak dalam entry ni GB ada cakap nak bagitau benda best kat kengkawan?

*
  1. Kisahnya. Pasal KIPA ni GB dapat tau dari seorang member blog. Lepas tu google website. Lepas tu print borang. Lepas tu fikir-fikir gambar mana nak hantar. Lepas tu lupa.
  2. Sampai la last day (31/12/2013) baru GB teringat balik pasal ni. Kelam kabut pilih 3 gambo dan isi borang, bayar yuran penyertaan dan email borang berserta gambarnya sekali.
  3. GB masuk kategori amatur je. Yuran RM50 je untuk 3 keping gambar.
  4. Dan lepas tu senyap tanpa berita. Kat website tulis by 15/1/2014 sepatutnya dah pilih pemenang dan ada award night.
  5. GB dah pasrah time tu. Gagal terpilih tapi there will always be next time. 
  6. Dan tetibe masa GB busy-busy nak packing barang ke Bintulu, GB dapat email dari KIPA. Katanya dua gambar GB terpilih masuk final. Alhamdulillah. Kelam kabut jugak reply email bagai dan gali balik gambar sebab diorang mintak foto beresolusi tinggi untuk dicetak sebab nak tampal kat exhibition. Masa tu GB fikir alhamdulillah...masuk final pun ok. Dua. Syukur. Excited tu dah tentu...
  7. Dan...lepas GB balik Langkawi, organizer KIPA call. Diorang tercakap GB menang satu kategori dan foto masuk dalam Top 10. Diorang cakap patutnya takleh cakap tapi dah tercakap, nak buat cemana kan?Diorang mintak GB pergi award night dan RSVP untuk family members sekali. Dan sebenarnya GB memang nak pegi pun tapi terlupa nak buat RSVP. Boleh?
  8. Maka malam Khamis lepas, GB drive dari JB ke KL, pastu dari KL ke Alor Setar dengan mak ayah dan adik. Penat giler tapi takpe. Penat hilang bila tengok dua photo yang GB anto ada displayed kat exhibition. Penat hilang bila dengar nama dipanggil naik atas pentas untuk amik Best Photo Award. Dan penat juga hilang tengok muka mak ayah..
  9. GB dapat trofi dan voucher 3D2N kat Tok Senik Resort Langkawi (yeayyyy!!!)
  10. Dan juga sijil dan photobook gambar-gambar yang menang yang akan dipost kendian.
  11. Takde cash money though but it's ok.

**

Fakta lain tentang ini:

  1. Ada 10 gambar yang menang Best Photos ikut tema yang berlainan, tapi takde pemenang ikut kategori. Amatur dan professional dicampur sekali.
  2. Grand Prize winner menang moto.
  3. Ada 2 finalists naik atas stage 2 kali sebab 2 foto diorang menang.
  4. GB satu-satunya pompuan yang menang Best Photo. Ngee...
  5. Ada artikel pasal ni kat sini

Syukur. For info, gambar-gambar tu GB tangkap pakai dak Lumix GF3 itu la.. Semoga GB rajin nak anto gambo masuk competition lagi. :)

P/S:  Ok. Pasni boleh sambung dan abiskan entri-entri tertunggak. Hihihi~

Wednesday, May 7, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 1 (Day 1: Bintulu)

The food

The people

The sunset

More sunsets

What to find in Bintulu
***

Kitorang book tiket flight ke Bintulu dari LCCT. Flight pukul 6.40 pagi, jadi malam Rabu tu, kul 12 tengah malam, geraklah kitorang dari JB. Asalnya plan nak gerak kul 9 atau 10, so sampai LCCT awal then tido kat sana. Tapi since GB sendiri pun balik opis kul 9 lebih, maka delayed la sikit. Dalam kul 4 pagi tu kite sampai...park kat parking lot RM16 sehari tu... pastu menapak. Jauh nak pengsan! Parking lot yang dekat-dekat mahal! Nasib baik gelap dan jalan bertiga...

Before tu masa kat highway Elite sebelum susur ke KLIA, kereta kitorang hampir nak langgar pokok tumbang merentang highway.  Dua lane kene block. Alhamdulillah takde kete kat belakang dan kat lane kanan. Sebab member GB yang drive tu tak perasan ada pokok dah tumbang kat situ. Dah le gelap! Tengah laju lak tuh. 

Tapi akhirnya sampai jugak kitorang dengan selamat. 

*

Ini first time GB amik flight from LCCT. Elok-elok je sebelum KLIA2 beroperasi. Ramai giler umat pepagi buta tu. Toilet pun penuh. Surau pun penuh! Kitorang refreshed dan setelkan solat Subuh dulu before boarding. 

Lepas tu menapak lagi ke parking kapal terbang.  Jauh!!! Kalau orang tua atau disabled ni dah tentu kene tolak pakai wheelchair. Kite yang tak berapa nak tua ni pun nak nangis dah rasa. 


Tup tap tup tap... 8.50am kite sampai Bintulu. Kite gi cari makan dulu. Since kat tempat orang ni kan.. kite cari la local food. Jumpa restoran ni. Kasturi Idaman. Mee kolok dia adalah ohsem! GB tak tau originally mee kolok patutnya macam tu atau tak. Tapi memang sedap! Laksa Sarawak dia pun sedap. Kopi ais dia pun sedap! 

GB suka!!!

Lepas tu ke Pasar Bintulu kita. Tengok barang local. Sayur fresh-fresh. Beras Bario. Beras Kanawit. Belacan. Udang kering. Ikan masin. Souvenirs. 

Dan amik gambar banyak-banyak...

GB cuma beli udang kering je. Untuk mak. Heheh.

*

Kebanyakan orang kat Bintulu ni friendly.  Tapi tak semua spoting nak diamik gambar. Sama ada malu atau rasa tak selesa. Jadi GB kene la pandai-pandai kalau nak jugak snap gambar diorang. Huuu...

*

Lepas check in... rest jap.. kitorang gi pantai. For chicken wings. Goreng pisang cheese. Dan sunset.

For an awesome sunset.

The kind of sunset I've longed to see since quite some time.  

Siyes rasa cam taknak balik.

Syukur.

:')

P/S: Lepas tu gi airport balik amik lagi sorang team member. Then dinner. Pastu balik hotel. Rest. Tido. Ready for tomorrow's road trip to Brunei. 

Monday, May 5, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Prelude



GB sedar satu perkara. Every time GB gi travel especially kat tempat yang bukan feveret untuk orang lain book tiket dan pegi melancong, sebenarnya GB sedang menimbulkan persoalan di minda beberapa orang yang ada di keliling ni. Ada yang pernah tanya terus kat GB tentang persoalan mereka.

Nak pegi tengok apa? Apa ada kat situ? Banyak ke gaji GB sampai asyik gi jenjalan je? Tak penat ke?

Dan ada juga yang berkias-kias tapi GB tau mereka mahu tahu.

Takpe. Kalau rajin dan kalau ada masa nanti GB tulis panjang lebar tentang hobi GB yang satu ini pulak selain dari fotografi.

*

GB suka ambil kesempatan.

Kawan serumah GB yang juga merangkap kawan seofis - dah kawin tapi asben dia keje kat Bintulu. Sebab dia selalu je ke sana, GB terfikir... why not GB cari satu waktu untuk kacau daun ikut dia ke sana dan jalan-jalan Bintulu. Dah alang-alang kat Bintulu, why not terus ke Miri dan Brunei jugak kan...? Passport kan ado..

Sebab tu la GB amik kesempatan ni untuk ke Borneo lagi.

GB cuba la rajin-rajin sikit meng update supaya takde yang kecewa sampai bukak blog GB seminggu sekali je sebab lambat update. Maaf!!! Heheh~

**

Jadi..apa yang GB dapat di sana? Banyak! Best giler! Dan banyak benda GB nak cerita dan tayang foto nya. Walaupun ada satu moment paling best yang GB tak dapat capture dengan kamera, tapi takpe. GB puas hati!

The people. The lifestyle. The food. The architecture. The landscape.

Banyak...! Nanti eh GB citer panjang lebar lagi. Harap-harap sempat la abiskan stori mori ni sebelum GB terbang gi Pulau Helang pulak wiken ni.

Har har har!!!

P/S: Ada satu lagi benda best GB nak share dengan kawan-kawan. Tapi tunggu la lepas balik Pulau Helang kang. Huuu~