Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, April 26, 2014

Happy ending vacation: Part 4 - Taiping, Kuala Selangor, dan pulang!

1. 2 ekor burung hantu carik kapan yang memandang tepat ke GB masa GB halakan lens. Seram jap.
2. Anak gajah. 3. Bapak tapir. Err..mak tenuk. Errr.. anak cipan. Errrr...
4. Tiket lerr.. 5. Signage ada sikit je lampu, orang rabun malam macam GB pasti tak boleh baca!
6. Walkway gelap bebeno. 7. As written. 8. Nasib baik fountain ni ado sikit lampu

1. Langit merah biru tempias matahari terbit. Dan pokok durian.
2. Jaga-jaga. Licin. Kalau jatuh bangun sendiri.
3. Itik bangun pagi-pagi. 4. Itu family deluxe kalau tak silap.

1. Unggas nan seekor. 2. Outdoor deco kat cafe dia
3. Kunci bilik. 4. Very nicely landscaped. :)
5. Taman Tasik Taiping yang kekeringan...
*

Lepas rehat-rehat... kite pegi Zoo Taiping. Pegi Night Safari katanya. Tiket seorang RM20. Naik tram dua round. Banyak jugak haiwan yang berjaga time tu. Heheh. Lepas tu jalan sampai nak sesat. Tapi umm... gelap sangat la situ. Tak cukup lampu. Lampu yang ada pun tak cukup terang. Agak menakutkan kalau jalan berdua apatah lagi sorang-sorang. Even jalan segroup pun boleh hilang jugak kalau tak stick to group tuh. Kalau bawak anak-anak kecik kene pastikan diorang tak berlari-lari sebab kalau nanti payah nak jumpa.

Ye...kita faham kalau diorang nak maintain natural feel dalam hutan untuk haiwan-haiwan tu... tapi kena jugak fikir pasal visitor ni. At least kalau diorang illuminate walkway, bagi direction berlampu, signage kasi terang atau apa sajalah asal keselamatan terjamin, rasa syok la sikit kot. Ada banyak sangat cara nak tingkatkan keselamatan untuk create sense of pleasure for visitors kat sini. Tolong eh Zoo Taiping... teguran ikhlas nih. Kalau diorang rasa nak hire consultant untuk design, GB ada. Meh meh...

*

Lepas tu gi makan malam. Mula tu ingat nak gi Kueytiaw Doli, tapi tetibe kite pegi makan kat belakang Balai Bomba. Dah ada pusat penjaja baru le kat situ. See...punye la lama GB tak gi Tepen sampai tup tup dah ada pusat penjaja baru dah. Pesat jugak la pembangunan kat bandar Tepen ni. Sampai ke malam pun still ada lori concrete sampai kat construction site dekat-dekat situ.

Malam pun happening dah sini. Last masa GB datang (6 tahun lepas) malam-malam kat sini takde apa sangat. Sekarang dah ada tempat hangout malam-malam. Cool.

Tapi kitorang takde la bertengah malam kat situ. Abis makan terus balik Sentosa Villa. Nak rest. Tido. Esok GB nak bangun awal mengintai sunrise.

**

Pagi di Taiping. Sunrise tak berapa nampak sebab mendung. Aduh... takpelah. Takde rezeki sunrise and sunset la vacation kali ini. GB just pusing-pusing kawasan je. Landscape dia cantik! Ada banyak pokok. Pokok durian pun banyak dan tengah berbunga pulak tuh! Ada kolam. Itik. Angsa.

Honeymoon kat sini mesti best! Hahaha!!!

Breakfast included ye kat sini. Lepas breakfast pusing kawasan lagi sampai hujung sempadan. Besar jugak la area ni. Yang tengah under construction pun ado. Next time datang mesti lagi besor. Heheh.

Dah plan dah nak datang lagi next time. Ngeee.

Ok. Sedikit info. Kat Sentosa Villa ni ada hotel room untuk single or couple traveler, ada jugak villa untuk honeymoon dan villa untuk family. Rates? Bagi GB adalah berpatutan la kalau nak compare dengan very well landscaped area dia nih. Make sure bila kat sini jalan-jalan la kat taman dia. Baru best...!

Klik la sini kalau nak tau serba sedikit...

***

Lepas checkout, kitorang gi pusing Taman Tasik Taiping, masih nak cari pokok hujan-hujan yang dahannya mencecah tasik tuh. Still tak jumpa. Lepas tu baru perasan... pokoknya ada, dahannya pun masih ada, tapi rupanya tasik yang kering dek kemarau. Patutlah tak nampak mencecah air sebab dia sebenarnya mencecah lantai tasik yang dah kering. Isk!

Hmmm.. Ok dah. Jom gerak balik KL cepat sebab malam ni nak balik JB pulak. Singgah R&R Sungai Perak untuk lunch. Pastu sempat jugak ler singgah Kuala Selangor jap makan cendol bakar. Sebelum tu ada sikit marah sebab all the way back asyik dapat call dari contractor kat site dan ada satu call ni yang buat GB bengang gila, dan aura marah tu agaknya sampai buat kete sikit lagi nak eksiden dalam hujan lebat tuh. Istighfar, mengucap. Dan syukur semua selamat. Alhamdulillah...

P/S: Sekian ceritera panjang lebar GB. Sekarang tengah packing lagi. Passport dah ready. GB nak ke Pulau Borneo lagi, tapi destinasi lain pulak kali ini. Dan macam biasa...walau lambat giler sekalipun.... GB akan up dalam entry nanti. Hehehe!

Thursday, April 17, 2014

Happy ending vacation: Part 3 - Taiping




(Amaran: GB rasa entri ni panjang kot!)

Dari Lumut, kitorang drive ke Taiping demi semangkuk mee udang Kuala Sepetang. Plan nye gini... Drive ke Kuala Sepetang (Taiping), makan mee udang, pusing Lake Garden seround, balik KL, and on the way balik melencong jap ke Kuala Selangor (kalau time tu cerah lagi) , makan cendol bakar dan karipap gergasi, balik umah dan hoorey!

Jadi...mari kite ke Taiping dulu ye...

1.45pm, gerak dari Marina Island Pangkor. Dari Lumut ke Taiping lebih kurang 80km je. Kite ikut jalan dalam, sebab jauh nak patah balik ke highway. On the way tu singgah beli goreng pisang kat Pantai Remis...sebab lapar laa... dah 2.30 petang tapi belum makan. Dah la pagi tu breakfast comel comel je kat bilik, minum nescafe dan makan jajan sebab malas pulak nak cari breakfast kat luar. So sambil ngap-ngap goreng pisang tuh, kitorang menikmati sangat perjalanan tu. Sebenarnya fun la ikut jalan dalam ni. Macam-macam boleh tengok. Dan since bukan GB yang drive, dah tentu la lagi fun sebab boleh suka-suka hati je amik gambo. Heheh! Sampai Changkat Jering....agak jammed. Ni jammed nak menghala ke highway. Parah jugak kalau situasi ni berterusan sampai time kitorang nak balik KL nanti. Lepas tu baru teringat... cuti sekolah dah nak abis rupanya. Patut la jammed!

Sudahnya pukul 3.30pm baru sampai Kuala Sepetang. Gembira! This time GB nak try Mee Udang Mak Jah pulak. For info... GB dah pernah try Mee Udang Mak Teh (sedappp!!!). Member GB tu first time, jadi dia ikut aje.

*

Besar sungguh area Mee Udang Mak Jah ni. Dah macam pusat penjaja. Seat banyak. Pilihan makanan pun banyak, selain dari mee udang tu la kan. Kat tepi jalan tu ada jual laksa udang, kerang bakar, siput duri rebus, seafood goreng. Happening sangat! Jadi kitorang order mee udang seorang semangkuk. Dan GB beli siput duri lepas teruja tengok meja sebelah penuh dengan cengkerang berduri-duri yang nampak seram tuh!

**

Cerita pasal food.

Mee udang dia penuh udang. Gemuk dan fresh. Udang dia sedap! Tapi GB makan mee tak abis sebab kenyang udang. Member ngap abis! Siput duri tu pulak.. sedap jugak! Nasib baik sebelum beli kakak gerai tu bagi tester sebab dia nampak muka GB macam seram-seram je tengok siput tu. Tapi nak try. Tapi seram. Tapi isk! Pastu member order pulak sepinggan sotong goreng tepung. Heh. Cuba bayangkan perut kitorang cemana time tu...? Ok.. dah bayangkan? Bagus... sekarang...bayangkan mata kitorang pulak.... zzzzzZZZ....

***

Cemana-cemana pun kene la make a move jugak kan walau mata dah berat. Hari pun dah petang. Perut penuh. Terbayang pukul berapa la agaknya nak sampai Kuala Selangor nanti? Maybe skip kot. Sebab dengan perut macam ni...tak terbayangkan dah nak menyumbat lagi.

Sebelum balik kite gi Taman Tasik jap. Pusing-pusing mengutip nostalgia. Dulu GB kerap ke Taiping. Pusing Taman Tasik. Naik Bukit Larut. Makan kat Pekan Taiping. Kuey tiaw Doli. Cendol. Laksa. Jadi Taiping dan GB sebenarnya bukan asing. GB suka Taiping.

Cuma...pelik sikit tengok Lake Garden this time. Feeling dia tak sama.  Pokok hujan-hujan still ada tapi feeling dah tak sama. Nape tak nampak view dahan pokok hujan-hujan yang mencecah air tasik? Dah kene trim pendek ke? Siyes GB tak boleh kutip nostalgia tu sebab feeling yang hilang tu. GB pun pelik.

So kitorang decide nak balik je KL. Dekat dengan Zoo Taiping, kite nak u-turn, tapi sebab ada satu pakcik ini bawak motor bagai bersiar-siar...maka kitorang 'ter'masuk ke simpang ke Bukit Larut. Tak jauh dari simpang tu, nampak banner 'Sentosa Villa'...

Mmm... perasaan ingin tahu menebal. Sentosa Villa? Tengok banner macam menarik. Nak jugak tau. Mana tahu next time datang Taiping boleh tidur kat situ.. Maka kitorang ikut je signboard sampai la jumpa tempatnya. Mmm...sangat secluded. Letaknya kat hujung-hujung taman perumahan. Banyak pokok. Nyaman. Redup. Nampak privacy sangat. Nampak exclusive. Tapi tetap nak masuk dalam bertanya rate bilik. Tak salah kan bertanya?

****

Dipendekkan cerita...kitorang check in. Atas alasan:
1. Highway mesti jammed giler
2. Boleh rehat-rehat sebab dah penat seharian
3. Lagipun esok (Isnin) memasing dah amik leave
4. Esok boleh la singgah Kuala Selangor makan cendol bakar dan karipap gergasi.
5. Heheh!

P/S: Kang next GB citer apa kitorang buat kat Taiping heh. Biasa la. Nasib baik dua-dua kepala sama gila. Boleh la buat kerja gila dengan aman.

P/S 2: Oh ye. GB akan buat satu entry summary bergambar pasal kisah jenjalan kali ini selepas final part. So...be prepared for sooo many pics ek!

Tuesday, April 15, 2014

Happy ending vacation: Part 2 - Still in Pangkor

Pusing-pusing Pangkor naik Teksi

GB against red bricks wall of Dutch Fort, Pangkor Island
Esoknya, kitorang check out dan naik teksi pusing pulau. Just pegi Kota Belanda dan Batu Bersurat yang takde pape tu je pun. Tapi mata sungguh terpersona melihat betapa cantiknya pantai-pantai di Pulau Pangkor ni. GB dah plan... next time datang lagi, stay lama sikit. Sewa motor dan pusing pulau sendiri. Sebelum tu kene la belajar naik motor dulu. Sebab boleh kata, lalu la kat mana ceruk pun, view yang GB nampak semuanya cantik-cantik!

Bila sampai jeti, GB ada diskas dengan member tu... 'Rasa macam nak duduk sehari lagi.'

Heheh. Kalau nak ikutkan kepala gila kitorang rasanya memang extend sehari lagi. Tapi memandangkan kitorang plan nak pegi makan mee udang kat Kuala Sepetang pulak, maka kite pospon dulu niat tu. Next time datang balik Pangkor ok!

Next entry GB citer pasal journey memburu mee udang Kuala Sepetang tu pulak ye...

P/S: GB dah banyak kali ditanya oleh mereka yang tak faham tentang profession GB dan mereka yang pelik tengok GB yang memang dah well known as pelik nih, "kenapa kerja berpanas begini walaupun ada degree?". Kelu kejap sebab fikir apa nak jawab. Boleh tak GB jawab gini... "Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya...". ;)

Thursday, April 3, 2014

Happy ending vacation: Part 1 - Pangkor

 



Agak lama jugak GB plan bercuti ke Pulau Pangkor dengan kawan yang dah GB kenal sejak darjah 1 lagi ni. Tapi banyak kali postpone sebab mak tak sihat. Takkan GB nak gi jalan-jalan dan tinggalkan mak kat rumah. So bila mak dah makin ok, boleh la GB teruskan plan.

Untuk proceed sebenarnya kita kena paksa diri juga. Kalau tak makin lama la tertangguh. Untuk itu kawan GB dah book terus bilik kat Pangkor, pastu pandai-pandai la kitorang nak 'jadikan' macam mana. Huhu~

Sebabkan ni first time kitorang gi Pangkor, so memasing sangatlah excited! GB dah plan baekkk punya nak menyunset bagai kat sana dan amik gambo banyak-banyak macam biasa lah. Jadi kamera-kamera wajiblah bawak. Tripod. Chargers. Tapi... hat dengan sunglasses pulak tertinggal. Aiseymen...

*

Dipendekkan citer setelah kitorang drive dan singgah makan dan drive lagi sampai ke Marina Island Pangkor, beli tiket feri dan off berlayar ke sana! Teksi-teksi pink menunggu. Pink-pink comel semuanya. Kaum lelaki, di sini macho anda akan lenyap sebab memang dah takde teksi kaler lain dah! Rasanyalah.... heheh! :p

**

On the way ke Teluk Nipah, memang teruja sebab tengok betapa cantiknya pulau ni. Cuaca pun cantik! Kitorang check in kat Anjungan Beach Resort and Spa. Very nice secluded resort with a pool yang cuma 3 minutes walk ke pantai, tempat makan-makan dan kemudahan lain. Seriously sangat dekat dan selesa!

(GB rekemen tempat ni kalau ada sesiapa nak gi honeymoon ok! Sebab GB pun nanti macam nak gi situ balik untuk honeymoon! #tetibe~)

***

Rest jap. Then siap. Pastu keluar. Ke pantai, berlariku. Mmm..berjalan je sebenarnya. Bawak kamera. Kamera lagi satu. Lenses. Tripod. Cari port. Pacak.

Tapi...

Petang tu mendung. The sun still set. Tapi takde hues. Kelabu je. Pastu hujan. Sampai ke malam! Huhuhu.... kecewa!

Alasan kukuh untuk kembali. Mana boleh tak capture sunset kat Pangkor. Kan??

P/S: Kan best kalau hari-hari kite boleh cuti-cuti? Pastu bila kembali ke alam nyata...baru sedar betapa projek yang tengah naik tu tak boleh tinggal gitu je. Sobs!