Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, February 27, 2014

Yang cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata orang lain~

Roost Cafe, Jalan Dhoby, JB

Kat umah mak ayah GB yang di Sungai Petani tu, perabot masih ada lagi. Sengaja disewakan dengan perabot sebab malas nak angkut semua pindah Shah Alam. Antaranya kerusi lama yang dah berusia hampir 30 tahun. Ala...kerusi kayu zaman dulu yang kene taruk kusyen tu...

Kalau ikutkan... mak nak jual kerusi tu dulu sebab kite dah ada set lain. Tapi GB tahan-tahan...tak payah la jual. GB asing-asingkan... ada yang GB taruk dalam bilik tidur GB. Ada yang taruk kat ruang tengok TV. Sebabnya GB sayang kerusi tu. Ada kenangan zaman kanak-kanak (masa di Kuantan) di situ.

Dengan kerusi tu la dulu GB buat kubu dan main dengan adik-adik. Mak bertempik sebab bersepah, then kemas balik...tapi tak lama. Lepas tu eksaited nak buat kubu semula. Lepas tu bersepah balik, mak muncul dari dapur dan bertempik lagi. Heheh...Macam tu lah sampai beberapa kali sehari...

*

GB ni sentimental sikit. Penyayang. Sebab tu banyak barang lama kat rumah GB tak bagi mak jual. Tunggu nanti GB nak amik taruk kat rumah sendiri. Satu benda yang GB cari... almari gobok buat simpan lauk yang dulu selalu ada kat mana-mana rumah yang GB pegi. Dulu kat umah tokwan ada gobok tu, tapi lepas tokwan meninggal... gobok tu dah taktau pegi mana. Buaian besi lama yang selalu GB duduk berbuai dengan tokwan pun dah bercerai berai.. Nak mintak takut... nak pasang tak reti. Berkarat gitu je. Sedih pulak sebab kenangan GB dengan tokwan tak banyak mana pun... Kan GB membesor kat Kuantan. Balik Kedah jumpa tokwan pun berapa kali je.

Ada yang cakap... 'Ala...beli je baru...'. Tapi GB tetap rasa yang beli baru tak sama feelnya walau bentuknya sama.

Taktau lah. Mungkin sentimental terlebih sangat kot. Huhuhu~

Monday, February 24, 2014

Hidup ini bagai layang-layang yang banyak di Pasir Gudang lah!



Happening sungguh event ni. Untuk pertama kalinya GB pegi, thanks to kawan baik GB yang sudi datang menjenguk dan temankan GB nunnnn jauh dari sana. Takde plan plan, ad hoc je pun. Tup tup cakap nak datang JB. GB suke!!!

Rentung memang rentung, tapi since tujuan utama ke sini adalah untuk tengok dan amik gambo layang-layang... maka GB fikir tak perlulah nak berjangok sangat. Pakai je sarung tangan, sport shoes, hat dan glasses... dah kurang risau pasal rentung di situ. Memang la nampak pelik dari orang lain tapi...like I care! :p

P/S: Sedikit nasihat terhadap diri sendiri... "Kalau tak suka sesiapa... tak perlu kot cerita kat orang lain. Simpan je sorang-sorang. Ada masalah nak simpan sorang-sorang? Then be very afraid sebab takut masalah utamanya adalah diri kita sendiri. Sebab the more you tell, the more you'll be judged. Kerana mulut, wajah yang cantik binasa. Sekian."

Friday, February 21, 2014

Mari kite habiskan kisah 'throwback' ini: Kota Johor Lama


Ini adalah destinasi jelajah Kota Tinggi terakhir sebelum masing-masing pulang ke sarang. Sebenarnya kat sini ada Muzium dan tinggalan sejarah Kota Johor Lama. Dan ada kubur lama juga di luar, tapi GB dah lupa kubur siapa.

Nak cerita banyak-banyak...rasanya lagi best kalau baca kat blog kakak saya di sana nun. Hehehe...!

*

Lepas ni kitorang balik JB cari makan. Tapi lajak pulak je JPO sebab jem amat dan hujan lebat gile pulak. #tetibe.

Akhirnya selesai jugak entry throwback jenjalan kat Kota Tinggi ni.

Boleh la GB cerita pasal benda lain pulak lepas ni. Hihih~

Semua jenis makanan yang masuk perut along the journey: Kuih siput, Belangkas masak pedas, Kachang pol Bandar Penawar, Laksa Kari JPO

Thursday, February 13, 2014

Throwback: Siri Jelajah Kota Tinggi dan terus melencong ke Bayu Balau Beach Resort - Muzium Nelayan Tanjung Balau



Menarik jugak muzium ni. Since lepas sunrise dan breakfast tu dah takde nak buat apa...so kite gi muzium dulu. Dekat je dengan chalet. Jalan kaki je. Orang pun tak ramai dan itu adalah best sebab kite bebas bergambar dan amik gambar tanpa gangguan.


Friday, February 7, 2014

Throwback: Siri Jelajah Kota Tinggi dan terus melencong ke Bayu Balau Beach Resort - Sunrise


Sebenarnya selepas pegi makam sana makam sini, kitorang terus ke Bayu Balau Beach Resort untuk tido semalam dan relax-relax. Best jugak tempat ni. Chalet dia kecik comel je. Letaknya betul-betul tepi pantai. Ohsem sangat la untuk terus bangun, cuci muka, solat dan kejar sunrise besoknya. Hehehe.

Sebenarnya port ni ramai orang pacak tripod nak menyunrise jugak. Haritu GB, CPL, DrSinga dan dakIyra keluar awal. Dah tembak tembak...pusing pusing belakang makkk aiii...ramai rupanya tengah pacak tripod jugak! Dah kantoi aksi tonggong-tonggeng masa menembak sunrise tu..isk!

HDR-ed

Monday, February 3, 2014

Setelah dingin, datang hangat...

CNY red lanterns. Danga Bay, JB. 

Beberapa minggu sudah udara di JB ni terasa dingin bak bayu Kundasang. Sampai tengah hari pun masih nyaman...dok kat site pun rasa best je.

Tapi sekarang... panas betul cuaca. Dah sebulan lebih tak hujan. Air tasik sebelah site office ni dah mengering. Orang pun ramai yang sakit. Mak GB pun sakit kat sana. Adik-adik pun sama. GB cuba bertahan dengan vitamin C dan alfalfa Shaklee, dan cuba minum air banyak. Harap-harap Allah beri kesihatan yang berterusan. Sebab kalau sakit kat sini siapa nak jaga? #tetibetacing....

P/S: Mak dah bagi hint suh balik keje kat KL. Owh..gimana sihhhh....?