Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, January 25, 2014

Another January 25th. Another new beginning.


Someone might call or text or whatsapp or post a comment on my facebook "Happy birthday!!!" today.

Every wish is sweet. Every wish is wishful.

Every wish brings me hope. 

And every wish means love.

Thanks for loving your gadisBunga. 

Thanks for loving me.

:)

Wednesday, January 22, 2014

Throwback: Siri Jelajah Kota Tinggi dan terus melencong ke Desaru - Balau Beach Resort

Sunset

Tempat ni cantik weh! Subhanallah! :D

(Esok sambung tulis entry panjang-panjang eh! Kbai!)

Wednesday, January 15, 2014

Bila gadis ber'skirt' memanjat batu dan bukit demi sebuah ini...

Kawasan ni sebenarnya tak boleh masuk...tasik tu dalam sangat! Seri Alam memang dah tutup access ke kawasan ni untuk public dan ada polis bantuan yang akan meronda setiap beberapa jam... (sumber: sahabat yang kerja di UM Land). So kawan-kawan....harap-harap tak payah la masuk especially kalau hujan atau mendung. Kalau cerah terang benderang pun dinasihatkan tak payah masuk juga lah. Memang bahaya pun...tebing dia tinggi sangat dan tasiknya dalam sangat! But in my case, i'd consider myself lucky lah ye.  Huhuhu~

GB dah cari tempat ni lama. Dah setahun. Jadi semalam cuti Maulid Nabi, GB dan member serumah keluar makan dan lepas tu timbul pulak idea nak ke Kip Mart Masai beli skirt. Boleh??

Bila dah menghala ke Masai, tambah-tambah pulak hari cuti pulak, GB terus terfikir nak ajak member explore Masai/Seri Alam demi nak mencari tempat ni. GB tak tau kat mana sebenarnya, kecuali satu je petunjuk dia; opposite MRSM Seri Alam.

Dua tiga kali jugak kena patah balik sebab salah jalan. Sebab MRSM ni baru maka dia takde dalam Waze search, kecuali bila usha balik map sendiri, dan jumpa kawasan yang GB yakin itulah MRSM nya, terus shoot ke sana.

Sampai je MRSM, nampak kawasan yang macam takde apa-apa kat oppositenya. Batu-batu je. Hutan sekunder. Tapi GB yakin dah dekat...sampai la kat palang yang ada signboard 'Kawasan Kuari, dilarang masuk'. (Lebih kurang gitu la dia tulis).

Tapi GB redah je!

Member rumah taknak ikut so diorang tinggal dalam kete. Dan GB pulak memang pada mulanya macam ragu-ragu nak naik, sebab bukitnya tinggi dan GB pakai skirt!

Tapi...alang-alang dah sampai...takkan nak balik gitu je kan? GB redah panjat jugak. Degil. First time panjat, turun balik sebab curam. Pusing cari port yang landai sikit. Berpaut pada anak-anak pokok Acacia mangium yang akarnya kuat mencengkam, dan akhirnya....

Kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan sekadar gambar dari kamera, apatah lagi kata-kata.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Dan 10 minit kendian... azan Asar berkumandang.... :)

P/S: Oh ye. GB pakai safety boots ye panjat bukit tu. Nasib baik memang ready je ada dalam boot kete. Hihihi~

P/S 2: Dulu GB pakai baju kurung naik bot kat Tasik Chini. Pastu baju kurung jugak panjat bukit kat site. Baju kurung pusing site. Dan skirt kembang panjat kuari. Ada orang tu penah cakap "Orang gila je naik bot pakai baju kurung", but hey... I kinda love my own craziness. :)

Monday, January 13, 2014

Throwback: Siri Jelajah Kota Tinggi: Makam-makam di Kota Tinggi

Dari atas, kiri: 1. Makam tanpa identiti di persekitaran Makam Laksamana Bentan
2. Tanda arah kiblat di perkuburan kawasan Makam Tun Habab
3. Antara ukiran batu nisan yang ditemui di Makam Tun Habab
4. Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
5. Kain kuning diikat di batu nisan di Makam Laksamana Bentan
6. Larangan menabur bunga-bungaan di Makam Sultan Mahmud
7. Antara ukiran batu nisan yang ditemui di Makam Sultan Mahmud

*

GB tak reti cerita pasal sejarah. Sebab tu masa SPM GB dapat 4 je untuk sejarah, Tu pun dah seronok sangat dah tuh. Jadi, kalau kengkawan nak baca detail dengan gambar-gambarnya sekali, moh le ke blog kawan GB ni... ;)

P/S: Lepas nih kite citer pasal Desaru pulak ye...hihi... GB sukaaaa Desaru!

Saturday, January 11, 2014

Tidur yang dipermainkan




Dulu kan, GB jarang mimpi bila tidur memalam. So bila sekali sekala dapat mimpi tu rasa best la pulak.

Tapi sekarang ni boleh kata hampir setiap malam GB mimpi. Mimpi gi keje la, mimpi jenjalan, mimpi kengkawan. Pelik pulak. Kenapa agaknya eh?

Restless sangat ke GB??

P/S: Harini paling banyak update blog. 2 entri kat sana dan satu di sini. Post kat fesbuk pun banyak. Padahal tadi siang gi je site. Isk!

Thursday, January 9, 2014

Mengintai dari celah monitor

Obviously...gambar takde kaitan dengan tajuk.
(Night construction work at Puteri Harbour )

Sebenarnya kita (baca:GB)  malu laa diintai-intai dari celah monitor.

Hehehe...!!

P/S: Ok. Frankly, boleh share kat sini. Apa reaksi spontan kawan-kawan bila tersedar sedang diperhatikan (macam diintai dari celah monitor tuh..)? GB? Rasanya terus blushed pipi...pastu adjust angle mata dan muka supaya kita hilang dari pandangan dia. Bukan sebab tak suka...tapi malu laaa weh!

Tuesday, January 7, 2014

Secara seriosanya...saya amik masa berhari-hari untuk memikirkan tajuk entri ini.



And yet, takde tajuk yang sesuai.

Ok ok. Biar saya cerita sikit apa yang saya rasa sekarang supaya di akhir nanti kita boleh figure out apa tajuk yang sesuai.

Saya rasa pelik. Rasa bercampur baur. Rasa suka. Tapi sekejap-sekejap saya tarik balik kesukaan tu. Rasa yakin, tapi tiba-tiba saya  

Nampaknya entri ni gini ajelah.

Considered as takde tajuk. 

Boleh?

P/S: Someone reminded me that I look great with the confidence, by letting my real self out without even bother trying too hard just to look good. But once in a blue moon, my confidence fade with the thoughts of my own issues, my self conscious begin to wrap me in, and I start to look at myself as if 'I don't worth it'. So now, would someone please take this vampire away from me? Thank you.
 

Thursday, January 2, 2014

Throwback: Siri Jelajah Kota Tinggi: Limulus polyphemus a.k.a. The Predator

Atau nama manjanya...belangkas.

Frankly GB tak berapa boleh terima sangat rasa dia. Sebab rasa pelik. Rasa laut. Rasa kacang kuda. Sebab tekejut tengok rupanya pun ada. Ingatkan masak telurnye aje rupanya sekali dengan kulit. Dah macam predator je rupa dia. Heheh.

Tapi menjejak kaki ke Kota Tinggi, mana boleh tak rasa signature dish tempatan. Jadi, kitorang pergi je ke Restoran Belangkas Mahkota kat tengah-tengah town tuh.

Yang bulat-bulat kecik tu la telur dia

Kulit predator yang dah abis dikorek. Hewww...

Kesimpulannya GB tak terliur dah kalau ada orang sebut-sebut belangkas lepas ni ye. Huhuhu...

P/S: GB pergi October lepas dengan CikPuanLawa, IyraMutalib dan DrSinga bersama Laksamana Bentan dan anak mereka. Sempena siri jelajah sejarah dan libur-libur.

Wednesday, January 1, 2014

Kecepus kecepus je bunga api 2014 GB. Tapi takpe, bunga api di hati lebih besor lagi!

Less than perfect bunga api at Puteri Harbour, last night

Semalam. Tangan terasa gatal. Sebab dah lama tak gi tembak tembak. Pastu mulut pun bersuara kat bebudak opis....

"Sapa nak cari bunga api malam ni???"

*

Dua orang angkat tangan.

Maka lepas makan malam kitorang pun pegi gamble je cari bunga api. Tapi taknak tempat yang jem dan ramai orang. Dan disebabkan tu kitorang try Puteri Harbour.

Orang ramai tapi tak sesak. Ada la tempat nak pacak tripod sambil membayangkan letusannya nanti mungkin gempak sebab kite pacak betul-betul kat tepi tu je. Rupanya alahaiiii.... cenonet kecepash klecepush je bunga apinya. Hahahah!!!

Takpe...

Selamat Tahun Baru 2014.

P/S: I loved 2013 and I know I will love 2014 even more! ;D