Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, December 21, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - Conclusion

Kenapa GB tajukkan entri-entri ni jadi dari Kokdiang ke Jogja sedangkan GB tak pernah pegi Kokdiang pun?

Sebab...

1. Kat sana selain dari bahasa standard, GB juga ada berkomunikasi dengan geng dalam slang Kedah, especially bila cakap kat dalam kereta dan tak mahu perbualan itu difahami oleh Decky. Siyes dia tak faham langsung bila kita cakap slang Kedah. Heheh.

2. Dan disebabkan tu kita rasa best pulak nak jawab 'Asal dari Kokdiang' bila orang sana tanya asal kita dari mana.

3. Masa makan kat Balai Kambang.. tetibe satu keluarga turun dari kereta dan nampak buah mangga yang tergantung di dahan dan berkata... 'tudiaaaa....besaqnya pelam!!!'

***

Decky tanya kalau ke Malaysia kuih apa yang cocok dimakan dan local? Kitorang cakap... cekodok! Terbahak-bahak dia gelak sebab kelakar kot. Sejak hari tu dia dok sebut la "cekodot...cekodot...!". Sebut pun salah. Hahahah.

***

Masa Lilik ikut sekali ke Dieng... ada satu line lawak ni yang dia selalu sebut... selalunya kalau 'terkena' dengan kitorang la..

'Waduhhh... terkena lagi aku. Sedap banget... macam makan ubi, tapi kecekik (tercekik!)'

***

Kat sana rata-ratanya kereta Toyota banyak berada atas jalan raya. Sedikit Honda dan kereta lain. Tetapi tidak Proton.

Tetibe masa on the way ke pantai-pantai, GB nampak sebijik Proton Savvy. Akhirnya nampak jugak Proton kat sini. Tapi... kete tu tengah stranded tepi jalan la pulak sebab rosak!

***

Masa kat entrance Borobudur... GB tercicirkan lip balm. Fuh... seksa... seharian hari tu dan esoknya GB menggelisah sebab bibir rasa pedih kesan sunburn. Kulit pun pedih. Salah sendiri la. Sape suruh tak apply sunblock secukup rasa kan?

Nasib baik CPL pinjamkan lipbalm dia.. hihihi

***

Kat Bandara Adi Sucipto (ariport Jogja), GB tersumbat (sengaja sebenarnya) botol sarsi yang belum dibuka tu dalam beg, so bila lalu kat scanner tu dah tentu lah disuruh bukak. Disuruh buang atau habiskan airnya. SO kat sini kitorang pun berganti-ganti passing botol la sebab nak habiskan air tuhhh. Dah macam orang mabuk. Mabuk sarsi!

Saja kan... tak sah kalau takde drama-drama!

***

Kat Jogja GB cuma beli sehelai shawl, se bouquet  bunga abadi, dan sebotol sarsi sebagai souvenirs untuk diri sendiri. Total cost ole ole untuk diri sendiri cuma RM15 saja.

Nindiaaaa shawl yang GB beli kat sana!

***

Edu Hostel

Dorm kitorang ada 6 katil. So pandai-pandailah ye. Room mates yang lagi 2 tu; sorang asal Holland, Anniek namanya. Dan sorang lagi asal dari Kanada.

During a conversation with Anniek, dia tanya...  "Adakah Muslim memang kena solat selepas bangun tidur dan sebelum tidur?"

GB just jawab yes. Dan tambahan, kita ada 5 kali waktu solat. Wajib. Dan ia langsung tidak mengganggu sebarang aktiviti, walaupun ketika melancong ataupun walau dengan siapa atau di mana kita berada. Dan kita kena pastikan ibadat kita itu tidak mengganggu orang lain. Dia faham dan hormat.

Dan GB juga terangkan, orang Islam juga perlu hormat jika orang lain mahu amalkan agama mereka.

Anneik adalah seorang free thinker namun dia mahu mengambil tahu. Bercakap tentang agama dengan seseorang yang sangat asing dengan agama kita (kerana dia yang tanya) adalah agak mengujakan.

Tak sempat pulak nak we-olsie dengan Anniek.

Lobby

Checking in

Lift door

Katil double decker. Tinggi macam almari.
Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~

Shower ada dua. Pandai-pandai lah ye bila duduk sharing macam ni...
Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~

Locker masing-masing siap dengan power point di dalam setiap satunya..
Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~

Ada mezzanine floor dekat common area. Kat sini boleh la nak tengok tv ke... wifi kei...

Breakfast ada kat rooftop bermula pukul 6.30 pagi
Selalu boleh nampak ini.

Dan ini dan lebih lagi!


Dan boleh buat begini

Dan juga begini. Ahaha!!

***


Makanan di Jogja

Makanan ringan yang dijual masa on the way keluar dari Prambanan. Sale pisang tu adalah feveret GB. Sedap!!!


Yang panjang-panjang tu kerepek belut. Sedap je GB dengan DrSinga makan!
                                                                                               

GB order ni. Nak try teh telur.. Lapisan atas itulah namanya telur. Perah limau,, kacau, dan minum. Sedap!


Belalang goreng pedas. Yang ini GB tak try.


Air kelapa. Dihidangkan sekali dengan air gula melaka buat pemanis.

GB nak taruk gambar random yang belum GB taruk dalam entries sebelum ni.







  































Sekian....

21 comments:

  1. Salam dik GB. Bestnya, banyak gambaq. Err, kepala goreng tu, kepala apa yg digoreng tu gamaknya eh?

    ReplyDelete
  2. kalo ngetat x mo abis kan entry bleh tak..?!.. paste link je ke blog awak akak dan kak anak.., hehehe

    ReplyDelete
  3. Ergkkk,belalang goreng pedas mcmne la rasenye ye.... wlupun katil double decker tp tilam tu tebal bestla xsakit bdn....^_^

    ReplyDelete
  4. Bestnyer pengembaraan gB dgn sahabat yg sekepala....
    Gambar2 cukup menceritakan keindahan jogja..
    Nanti jalan2 lagi ya...

    ReplyDelete
  5. Gambar tunjuk shawl.. wajah admin ambil kesempatan hahaha.. boleh tahan hostel tu mmg menarik sungguh.. power point dlm loker.. mmg tak takut hilang la :D

    Btw nice trip lagi2 ada legend kak anash sekali hahahaha :D

    ReplyDelete
  6. GB, shawl tu memang ohsem la.... And GB semakin kurus. Penat yer....

    Ada pecel lele kepala? Kepala apa tu dik? Sereeemmm akak.

    ReplyDelete
  7. Puas hati betul tengok gambar2 ni kat blog GB..lepas ni kemana pulak kita??:p

    ReplyDelete
  8. ..lma dah x bce blog...
    cantik2 gambar... seronok cuci mata kat sini..;)

    ReplyDelete
  9. bestnye jalan2 GB..cantik gambau2 ko amik..

    ReplyDelete
  10. MMg berjalan sungguh GB ye..nekcik mmg niat nak santai santai jer..tu yg tak kemana sangat..cuma JJCM..tapi takmo lah makan belalang goreng tu GB..makan pun asyiik ayam..sbb lelain tu lele jer..he..he

    ReplyDelete
  11. Baru betul jenjalan aje tak shopping. Jadilah beli shawl tu. Bunga yg dibawa balik tu dah diaplikasikan belum?

    ReplyDelete
  12. kenapa tak cuba belalang goreng pedas tu..

    ReplyDelete
  13. minum air sarsi tu
    moment paling saya suka
    gambar cam biasa
    cantik2
    saya suka!

    ReplyDelete
  14. panggil Fid .. tak dengar
    panggil JiBi ..pun tak dengar

    panggil Kokdiang !!! baru dengar!!

    kahkahkahhhhhhhh!!

    ReplyDelete
  15. nak sgt pergi jogja... tapi boss kata x blh dive so dia kurang layan :(

    ReplyDelete
  16. Amboi.. cantik shawl! Cukup ke sehelai je :)

    Cantik juga explanation GB pada Anneik tu. Semoga terbuka hati dia :)

    Oh wait, before I forget, saya suka overall reviews cam ni. Sgt memberi gambaran keadaan dan suasana di sana. Enjoy sgt saya tgk foto dan baca info.

    Kerepak belut tu sedap ya GB? Macam2 diaorg kerepekkan kan? :)

    Byknya foto2 snacks and drinks. Nak tanya, end up GB took how many photos? Ada tak sampai lebih seribu? Saya pernah sampai nak dekat 1,500 photos...haha...

    Love your random photos. Cam journalistic pun ada. Saya suka sebab they are'intimate' and very 'telling' of the place. Suka sgt especially the people shots. You know la me kan..hihi.

    Huuu.... tak sampai half way saya scroll, saya kena naik balik and scroll again and again...hihi...

    GB dok seat depan ke? Byk saya tgk shots dari depan. Nice...

    ReplyDelete
  17. Macam best aje tempat tinggal dia. Tahun ni bercuti ke mana pula Miss GB? =)

    ReplyDelete
  18. kerepek belut? belalang goreng pedas?

    omaigadddd!! tak boleh nak hadam!

    ReplyDelete
  19. amboi segak sungguh GB pakai shawl hat beli di sana..

    gena boleh geng ka kita? hiks

    ReplyDelete
  20. Apasal GB tak try makan belalang goreng tu? Kat sini macam susah nak dapat jer.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D