Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, December 18, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - 5.1 (Bakpia Pathok, Pasar Burung)

Hari terakhir ni kita santai-santai sikit. Bangun tak seawal biasa. Lepas solat Subuh boleh baring-baring dulu sebelum mandi, naik ke rooftop untuk breakfast, dan siap untuk check out.

Empat malam di sini, kita dapat empat vouchers. Tapi Voucher cuma guna untuk 2 hari sahaja. Selebihnya kan keluar awal... breakfast hanya mula disaji pada pukul 6.30am.. Makanannya alhamdulillah sedap! Tapi kalau nak bertambah kena beli lah ye... no tambah-tambah konsepnya.

Di rooftop ni ada dipping  pool. Boleh je nak berendam dalam tu. Tapi takpe. Kite amik gambo je lah yek!

Menu breakfast untuk hari ini. Nasi apa tah namanya. Kopi. Dan sarsi. Tapi sarsi tu tak minum. GB beli sebab nak botolnya aja..

Kota Jogja dan langitnya yang kelabuuu..

Anash shangat dengan baju tema hari ini!

Kalau tak mendung patutnya boleh nampak Gunung Merapi dari sini. Isk!



Bakal hajjah Jogja?


Baru sempat nak pusing -pusing rooftop. Kite tengok sikit viewnya macam mana ya!









Kat sini konsepnya semuanya sharing. Nama pun hostel kan. Ok dah. Let's check out!

**
Pagi ni kite pegi beli kuih bakpia dulu. Beli direct kat kilangnya. Panas berasap lagi. Bakpia ni sedap... rasanya sama macam kuih cina inti kacang hijau yang GB sangat suka kat Malaysia. Rasanya satu keturunan. Sebab bakpia ni pun sebenarnya makanan orang Cina. Menurut kata Decky, bakpia yang famous  dan sedap di sini adalah Bakpia Pathok 25. Banyak perasa. Durian.. cheese... nenas... cekelat... ori.. semua sedap!







***

Next stop, kita ke Pasar Burung. Pasar Burung ini takde dalam itinerary. Tapi memandangkan Kraton belum dibuka... maka kita jalan aja di sini dahulu. Maka dengan berbaju kurung berkasut Asadi, GB pun ngangkut kamera dan menembak di sini. Yang lain juga begitu. Oh tempat ni adalah heaven sangat bagi kaki foto!


Ficus pumila on brick wall

Passiflora vitifolia












Batu permata juga ada dijual







Dah kenapa moncong-moncong ni CPL?





Kesian burung ni kene rantai kaki... :'(


Penjual sate. GB tak beli. Hihihi.


Taktau nak excited atau nak kesian. Comel memang la comel. Tapi kesian la kene cat cat gini. Hihihi

GB ternganga jap tengok aksi mbah ni. Dia kaut je burung-burung tu dengan tangan. Pastu masuk dalam paperbag. Gile ah!






Sesat dalam hutan.

Bukan setakat burung je ada kat sini..



Pakcik ni marah kot GB amik gambo. Heheh

Gerai dawet. Cendol. Tak penah pulak GB makan dawet di sini.






Ok sudah panas. Dah berlengas pulak. Nanti nak jalan lagi. Petang karang baru fly balik KL. Kalau busuk kang nak mandi kat mana??

Ai Decky!

Dan ayuh kita ke destinasi seterusnya. Beli cekelat jom!




6 comments:

  1. mana cekelet nye...

    awak masa kat sini saya dah pening.. sebab saya tak tahan hama ...

    saya tak cakap la dengan korang tapi nye...

    anak ayam tu macam wonder pet ..
    (tapi wonder pet tu anak itek kan..?!)

    hahaha... suka sangat lah.. amek gambo kite time tak semenggah gitu... baju tu nampak macam saya preggy... huwaaa...!!

    gambar2 awak cantek sangat...

    ReplyDelete
  2. dok tengok postings GB, CPL n DrS (anash nye blog tak tau)...rasa mcm nak cari gang pi mlawat sini.....macam best sgt kot....dok hostel, rafting...hmmm

    ReplyDelete
  3. GB....awat lambat sangat update blog..kan dah nekcik salah bli bakpia..dah terbeli bakpia 27..keras banget...8 kotak kau!!

    ReplyDelete
  4. memang cantik botol sarsi tu..macam labu sayung pun ada..kan??

    ReplyDelete
  5. Tak penah sampai lagi ke sana. Hope berkesempatan ke sana.. thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  6. Packaging mongo coklat yg xclusive tu sama mcm Wonka chocolate....
    Mongo coklat hanya kat jodga ker? Kat jakarta bandung takda?

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D