Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, December 16, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - 4.2 (Pantai Indrayanti, Pantai Sundak,Pantai Slili, dan Sunset Pantai Parangtritis)

Kita mulakan entri dengan makan sikit ye.

Breakfast di Hostel. Nasi goreng dan kopi. Dap!


Kuih Decky beli. Kuih serabi. Dap!

 
Makan tengah hari selepas ber tubing di Kali Oya. SHidangan istimewa di area Gunungkidul, nasi merah. Bersama-lauk pauk Jawa. Pun sedap!


*

Kita mulakan perjalanan ke pantai-pantai pula.

Gate masuk untuk ke pantai.Tiket beli di sini. 


Dan terjumpa view ohsemni masa on the way ke pantai.This is rare! Bajak tanah guna lembu!

 **
Pantai Indrayanti.

Nama sebenarnya adalah Pantai Pulang Syawal. Cantik. Ramai orang, Happening. Ombaknya juga kuat.

Mana tidaknya... pantai ini letaknya di pesisir Lautan Hindi...

Sesampainya kitorang di situ... GB terdiam seketika. Menghadap Lautan Hindi yang terbentang. Yang dikatakan menjadi tempat berakhirnya MH370.

'Pesanku pada laut... jagakan ia untuk kami...'

Kesat air mata... dan kita teruskan nikmati kebesaran Allah...





Rajin betul diorang cat rumah umang-umang nih!


Hujan!


Ayuh kite ke Barat!

***

Pantai Sundak. Pantai ini uniknya adalah kerana batu karang yang banyak di pesisir pantainya. Cantik!



Seriau je baca ni.


Ini la peyek undur-undur. Undur-undur adalah sejenis hidupan pantai, kalau menurut kata mbah yang menjual kat gerai tu.


Anash shangat sedang beraksi



Nampak taburan kelopak mawar di pasiran pantai ni. Tak pasti untuk apa.

We are here!

Ketam batu di tangan sapa ek?








***

Pantai Slili. Yang unik. Dan kecik sahaja. Kenapa unik? Sebab sebenarnya ia diapit oleh dua pantai besar. Iaitu pantai Krakal dan Pantai Sadranan. Pantai-pantai besar tu kitorang taknak singgah. Tapi singgah di Pantai Slili ini best jugak. Cantik! Dan kecil sahaja, bagaikan teluk. Di situ ombaknya kurang kuat. Tapi masih boleh saksikan ombak yang meninggi di luar teluk kecil ini.

 


Burung-burung laut kelihatan

Mintak tolong Decky amikkan gambo
  
Ok dah cukup posing. Nak amik gambo view pulak.







***
Dari sini Decky mahu bawa kita tengok sunset kat Pantai Parangtritis. Pantai ini popular tapi takde dalam itinerary kitorang sebab ramai dah pegi.Tapi Decky cakap pantainya on the way sahaja ke Jogja, so ok lah. Kita on je. Maka ekspedisi mengejar sunset pun bermula...

Singgah beli buah nona. Orang sini panggil buah sirkaya.



Manis dan sedapppp buah nona ni!!!

Dan teruskan perjalanan. Nampak Decky ni sangat cuba berusaha supaya bisa sampai ke pantai sebelum benam matahari. 



Kubur untuk pelbagai kepercayaan.



Dan pasangan suami isteri ini menangkap perhatian kitorang, Sangat sweet. Sangat klasik. Dan sangat sporting!!
 Dan akhirnya kita sampai. Tapi matahari tidak kelihatan sebab mendung. Tapi takpe. Itu rezeki kita.

***

Pantai Parangtritis.

Pantai ini letaknya lebih kurang 28km je dari Jogja. Maka kerana itu fahamlah GB kenapa Decky nak jugak bawak ke sini. Pantai ini popular. Banyak aktiviti. Luas dan cantik. Berpasir volkanik kehitaman yang berkilau di bawah sinaran matahari.







Ada mbah menjual jagung bakar. Kita beli jagung sebab nak makan dan sebab nak duduk atas tikar sebenarnya.



Jagung ni sedap dan manis tapi bumbunya pedas sangat!!! Menusuk tajam di lidah dan di hidung!

Dan ada pemuzik juga yang banyak main lagu-lagu gaya Suria FM. Sting scoin spoon semua dia pandai. Tapi bila minta lagu Judika dia tak reti, Aiyyark!! Tapi suaranya siyes sedap!

Sesudah ini kita pulang ke Jogja. Malam makin larut dan gelap walau jam baru pukul 6 lebih.

***

On the way pulang, Decky tanya, mau makan sate kambing? Uishh... dengar kambing-kambing ni mana bisa ditolak. Kita on aja!! Makan sate kambing yang rare tapi siyes sedap sangat!!! Berlatarkan kelam-gelap lampu dan muzik background Jawa yang teramat klasik. Sempurna!








Macam tak percaya hari ke empat sudah berakhir. Dan lebih tak percaya yang esok akan balik ke KL. Isk. Isk.

Tapi masih gigih turun layan peminat (baca: online with wifi) di lobby sampai tersengguk tertidur di situ.

23 comments:

  1. seronok layan cerita serta gambar GB kt sana...

    ReplyDelete
  2. Sebak bila bab MH370... :(

    Klatak tu kambing ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kakcik nur- klathak tu kambing muda. Pergh sedap!

      Delete
  3. itu jari tangan Harimau Malaya!!

    ReplyDelete
  4. pehal singa malaya dah jadi harimau malaya wkakakakkakakaka

    GB cantik sangat gambar2 GB
    puas tengok korang punya blog

    walau dah baca entry saman kat drsinga
    tetap bergenang air mata bila baca pasal lautan hindi kat entry nih
    semoga Allah pelihara mereka semua, amin!

    kuih2 dan makanan tetap nampak menggiurkan
    nak2 kuih serabi tuh
    ombak2 kuat kan, and most pantai2 derang mmg kuat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elly nadira- mekasih mekasih.. hihi

      Taktau la... every time ter come across gambar pantai dan lautan di sana... saya pun naik sebak..

      Delete
  5. Bestnyer makanan
    Cantiknya pemandangan
    Jeleznya kita....
    Kita nampak doc kita berkain batik laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBu dan abah- doc kite berseluar batik sebenarnya! Heheh

      Delete
  6. mujur adegan 'anash shangat' itu sopan...bukan menyangkung tapi bersimpuh
    hahaah

    kompom..pastelink je nanti..
    sebab x de gambo satay kambeng

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anash - haruslah gambar sopan sahaja yang saya taruk di sininya!

      Delete
  7. Jowo!! Semua food super sedap nampaknya. GB x letak pun gambar batu karang yg cantik... Akk cuba nak imagine rasa jagung bakar.pedas. Macam mana agaknya yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. K aziela - batu karangnya banyak kecik kecik tepi pantai. Hihhii.

      Jagung tu dia taruk serbuk berperisa pedas. Kalau nak buat sendiri serbuk berperisanya itulah kene dicari. Hihi

      Delete
  8. Replies
    1. Ccc-.alhamdulillah ateq. Diberi masa dan chances untuk jenjalan. Hihi

      Delete
  9. cantiknya kulit siput dibuat gitu..Bila tengok gambar ni rasa macam diaorang berusaha jadikan apa yang ada disekeliling diaorang sebagai sumber pendapatn..kan??walaupun kedainya hanya dialas tikar tapi asal mendatangkan hasil mereka tetap buat.

    ReplyDelete
  10. pantai yang ada batu tu sangat cantik !

    ReplyDelete
  11. nekcik ingat umang umang tu mainan sbb kulitnyer yg kalerful..rupanya real..rasa mcm nak bli bawak balik..siap ada rumah umang umang

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D