Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, December 13, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - 4.1 (Tubing at Gua Pindul and Rafting at Kali Oya)


(Nota: Gambar-gambar dalam entri ini diambil sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note 2. Sayang kamera punya pasal... takut basah. Dan kedekut nak hire tukang amik gambo...huuu)

***

Sedari awal Decky sudah beri warning; jangan bawa kamera..takut basah. Or even worse... takut terjatuh dalam air. Dan GB pula.... macam tak biasa kan... dalam hati dah fikir 'mana boleh tak amik gambo!'. Masa ni la mula fikir 'kan bagus kalau beli waterproof  camera. Dan 'kenapa laa tak beli waterproof casing haritu..!!!

Finally.. GB decide untuk bawak smartphone ni je. Walau sedar hakikat gambar yang bakal terhasil nanti tidaklah secantik mana... tapi takpe. Janji puas hati. Bungkus la dengan plastik. Terpercik-percik jugak air tapi takpe...tak rosak. Ngee..

Tapi CPL pun bawak kamera kompak. Yeay! Maka dapatlah kite tengok gambar cantik kat situ selain dari gambar dari fon ni aje yang begitu begitu aja lah. 

Tapi sebenarnya ramai je bawak go pro diorang. Dan sebenarnya jugak... boleh je nak hire orang amikkan gambo dengan bayaran yang minima. Tapi.. dah kedekut sangat kan?? Hahah!

***

Sebenarnya GB penakut air. Tapi since kita di tempat orang dan bukan boleh datang selalu pun... maka GB cuba apa sahaja yang ada. Macam tubing kat Gua Pindul ni. Nampak adventurous kan. Tapi sebenarnya relax je atas tube tu. Aliran air tenang. Tidak ganas. Cuma perlu benamkan bontot dalam tube tu. Tube tu dah dilapik dengan tali supaya yang bersaiz kecil tu tak terbolos ke dalam sungai. Hahah. Pegang tali tube member sebelah. Dan enjoy the view...! 

Dikeliling perusahaan pertanian. Subur betul tanah Jogja ni..

Bakal orang ireng. Lagi-lagi yang kat depan tuh!

Dah terbenam dalam tube. Sebagai penakut air... adegan membenamkan diri dimulakan dengan jerit menjerit dahulu. Ceh!


Excited memasing time nih!

Tu yang di hujung itu adalah guide kitorang. Guide untuk kitorang berempat sahaja.


I love this supermultipurpose shoes. Jumpa kat Giant Kota Damansara. Asadi. Harga sepasang RM15 sahaja. Boleh jalan-jalan... panjat bukit panjat candi... masuk sungai. Pakai dengan jeans boleh. Dengan seluar track boleh. Dengan baju kurung pun bolehh...

Sebab ramai orang time tu, perjalanan masuk ke mulut gua ada sedikit jammed lah. Tapi semuanya bisa diatur dengan adanya pak guide.




Perjalanan sepanjang gua ni lama juga. Dalam 45 minit. Air tenang sahaja.. sejuk dan best!







Kelawar pun ada juga.

Muka amazed Anash bila nampak mulut gua

Nampak ini!!!

Sekarang kite betul betul kat bawah mulut gua tu!!

Kalau kena anglenya... boleh nampak ray of lights dari atas tuh! Sebenarnya nampak... tapi kamera kite tak dapat capture...



Tak lama lepas tu... kita pun sampai ke penghujung gua...

Dan ayuh kita ke Kali Oya pula. Kene naik lori balik.

Kali Oya yang dah jadi cetek dek kemarau panjang. 

Kat sini proses menghitamkan kulit continued. Serius panas tapi nyaman sebab ada contact dengan sungai.








Tetibe terjumpa buah mengkudu ni kat tengah sungai

Air terjun ni kononnya boleh datangkan jodoh kat orang yang mandi di bawahnya. Hehehe

Tapi terjun dari atas tu takde la berkaitan dengan kepercayaan apa apa ek. Just nak uji keberanian je. 


Di sinilah tempatnya kita berjemur sampai jadik greyscale!

Selesai tubing, kita naik atas semula. Dan ada gerai jual makanan-makanan tradisional. Nasi singkong la... kerepek kulit lembu laa...


Konsepnya makan dulu bayar kat kaunter tiket masa datang tadi. Hihihi

Makanan bermacam jenis. Mana yang berkenan GB cuba ja. DrSinga pun. CPL pun. Anash pun.

Kite pilih yang tradisional aje. Yang moden moden ni kat KL pun melambak!



Kopi hitam!


Kuih ni berintikan tempe. Sedap.

Lupa nak cakap. Kopi ni boleh la. Sedap berbanding kopi susu. Huhu

Dikelilingi sawah padi nih! Nyaman banget!


Nasi singkong. Singkong ni ubi kayu. Direbus dan diparut dan dicampur dengan nasi. Rasanya? Sedap!!!



Dah ada lori sampai. Masa balik ni sumbat aja sampai penuh...tak ikut lori yang datang tadi.




Excited jumpa orang-orang!!


Balik naik lori semula...


Menikmati sawah padi yang indah dari atas lori









Sampai di base. Kita mandi. Tukar baju. Dan cari makan. Dan jom kita ke tempat lain pulak. Sambil tahan perit muka yang terbakar... uish... time ni dah tak larat nak cantik-cantik dah. Next entri kita sambung cerita pantai yang mengadap Lautan Hindi ya.... *sambil air mata bergenang mengenangkan MH370





9 comments:

  1. Aku sukaa singkong, kau suka keju hey..! Femes lagu tu kan? Itulah rupa.nasi singkong yer. Apa ada dlm nasi tu?

    Akk x pernah tau pasal tubing ni. Sgt best nampaknya

    ReplyDelete
  2. Seronoknya pi masuk
    Gua cara tubing cenggitu..
    Kreatip laaa depa...

    Sedap tak nasi singkong?
    Ada macam nasi lemak bungkus daun pisang tu...
    (Pantang nampak ni)

    ReplyDelete
  3. m loving this entry.......tubing tu lain dari kebiasaan..:)

    ReplyDelete
  4. bestnya tempat nie! mrs sangat suka...
    duduk mcm tu memang bontot kita basahlah kan? kena cari timing yang betul semoga bff tak ikut sekali time tu :P

    ReplyDelete
  5. saya memang sempat tertidor masa tu!
    best!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. aduiii.. u ni mmg buat jantung akak berdup dap.. akak ke sana just kena santai2.. sebab dgn org tua...

    mmg tak akan boleh macam awak lahh..

    ReplyDelete
  7. salam , lama tak mengintai....semua orang mood dah berpindah ke lain agaknya

    ReplyDelete
  8. bila kesana
    mmg kena makan something yang tak dak kat malaysia
    most food dia sedap2 kan
    manalah tak ireng
    kahkahkah
    duk direct ngadap matahari
    tapi ireng pun ireng la kan
    janji puas berjalan sana sini

    ReplyDelete
  9. Bontot tu sepanjang bergerak dalam air tak takut ada buaya ngap ke? hihi... telentang sepanjang 45minit aduhai kalau kakak dah pitam agaknya:)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D