Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, December 7, 2014

Dari Kokdiang ke Jogja - 3.2 (Borobudur Temple)

Dari Punthuk Setumbu, kite bergerak ke Candi Borobudur. Melalui jalan kampung yang berlampu jalan unik. 

Lampu jalan nih!

Tiba-tiba Decky cakap sesuatu sambil menunjuk ke arah sesuatu. Dan hentikan kereta tepi jalan. GB sebenarnya tak dengar apa yang dia cakap. Sampailah GB tengok apa yang dia tunjuk. Borobodur dari kejauhan!

Yes, we are going there!
Sebenarnya... ada beberapa keralatan berlaku. No 1: GB tertinggal tiket pakej Prambanan-Borobudur yang dibeli haritu kat hostel. GB yang simpan tiket, taruk dalam beg tarik sebab takut tercicir bila ke sana sini. Nak patah balik amik kat hostel makan masa 2 jam pergi balik. Rugi dah masa kat situ. Jadi kitorang buat beberapa plan. Sementara Decky masuk tanyakan pasal harga tiket. Dan keralatan no 2: Kalau GB bawak pun tiket tu, kite still kena beli tiket baru. Sebab rupanya tiket tu perlu digunakan dalam tempoh 2 hari selepas pembelian. Grrrr.... geram nih. Haritu kat Prambanan sungguh-sungguh kitorang tanya bila expiry date nya. Tapi kata orang kaunter... tiada expiry date. Fuhh... panas hati....

Jadi kite beli aje lah tiket baru dan stick to plan asal. It's ok. Things like these really happens when we travel. Geram tu memang la sebab tiket tu mahal kot. Short sikit bajet kat situ. Dari nak untung jadi ter rugi pulak. Tapi segera kita lupakan sebab taknak spoilkan mood cuti ni.

Hari yang panas. Hati juga sedikit panas. Perjalanan yang bakal ditempuh pula... tengok aje lah. Besarrrr kawasan ni!

Welcome drink. Harus amik kopi walau cuaca tengah panas.



Zoom habis Borobudur di depan sana


Mula memanjat

Tinggi wehhhh

Riser tangga kebanyakannya tak ikut proportion zaman sekarang. It's either orang dulu-dulu tinggi-tinggi atau itu adalah proportion biasa bagi pergerakan mereka

Jauh lagi nak sampai atas

Zoom tengok hujung sikit...












Mereka ini sedang melakukan proses restorasi. 

Kacak bapak ini. Masa dia angkat muka tengok GB tak sempat pulak nak snap. Hehehe.

Kak Anash dengan project beliau



Kesian Kak Anash. Kene menanggung sakit perut sebab salah makan semalam. Mampu sengih lagi tapi. Hihihi.

Jom tengok serba sikit ukiran-ukiran atau relief yang ada di candi ini. Serius GB kagum dengan pengukirnya. Sebenarnya kalau dibaca mula, ia adalah suatu hikayat yang panjang.




Setiap wajah ada ekspressi. Dan ada beribu-ribu ukiran wajah di sini.










Bila tengok ke bawah terasa macam tak percaya pulak. Tinggi tu kite dah panjat!


Candi ini pernah terima kesan yang agak teruk akibat letusan Gunung Merapi. Jadi sebab itulah sehingga kini masih ada kerja pemulihan dijalankan

 Cuaca adalah panas. GB dah mula rasa rentung. Legam sudah. Baru hari ketiga nih. Dan pendakian di Borobudur taklah terasa penat sangat sebab kita tak mendaki terus-terusan hingga ke puncak. Sebaliknya di setiap level kita akan pusing dahulu sebelum teruskan mendaki.

Yes, mendaki. Sebab Borobudur ini dibina di atas sebuah bukit.
Panas...!!!




Sebab dah sangat panas, kite duduk berehat kejap. Tumpang berteduh. Dah berlengas sangat nih! Sambil ber we-olsie sikit!







Nak tahu ada apa di dalamnya?

Ada ini. 







Ini adalah yang berada di dalamnya.


Jom turun kot...

Tingginya nak turun..!!

Dan on the way turun GB singgah di another level. Dan jumpa ini.







Akhirnya dah sampai bawah

Masih ada area yang belum dibuka
Masa balik ni kite dikejar pulak oleh mbah yang menjual souvenirs. Lepas dipujuk-pujuk dan ditawar-tawa, DrSinga beli. Hehehe.

GB tahu ada orang yang mempersoal kenapa kita nak kena pergi tempat ibadat agama lain? Bagi GB, ia lebih dari sekadar tempat ibadat. Ia melambangkan keagungan pengetahuan senibina dan kejuruteraan. Kehalusan kesenian dan kesusasteraan. Dan lambang kesanggupan. Demi apa yang mereka percaya. Kalau mereka sanggup bina struktur seagung itu demi apa yang mereka percaya, maka atas alasan apakah kita tidak mahu tambah baik dan kuatkan amal ibadat kita demi Tuhan yang kita percaya juga?

Next entri adalah lebih adventurous. Next, ok!

7 comments:

  1. Subhanallah! Cantik tempat ni kan. Antara tempat paling menarik yag paut dilawati :)

    ReplyDelete
  2. statement last...

    saya setuju dengan awak....

    #sayarindutraveldengankorangsemua ...

    puas hati tengok dari lensa awak ... :)

    ReplyDelete
  3. sangat sokong statement yang akhir tu...narrow minded yang mampu berfikir macam tu :)

    ReplyDelete
  4. oh patung gak yang berada di dalam tu..mrs ingatkan kosong

    kalau difikirkan kembali, kebanyakan tempat-tempat ibadat yang mempunyai seni ukiran yang sangat cantik..macam masjid2 kita :)

    ReplyDelete
  5. masa kat punthuk setumbu .. macam jauhh sangat Borobudur tu kan?
    tapi masa Decky tunjuk tu.. lhorrr.. dekat je rupa-rupanya!!

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D